Bab 6

735 24 3
                                    

Aku pulang ke rumah, aku mendapati ramai orang di rumah. "Natrah, masuk cepat. Ada tetamu ni," kata Puan Shikin. "Ye, ibu," kataku. "Siapa ni ibu? Kawan ibu ke?" tanyaku. "Memang kawan ibu," kata ibuku. "Kalau macam tu akak naik dulu la," kataku. Ibuku menggeleng. "Duduk dulu. Ada benda nak bincang," kata ibuku. "Okay," kataku lalu duduk di sebelah adikku. "Inilah Natrah? Cantik, manis mukanya," kata kawan ibuku itu. Aku hanya tersenyum bila dipuju begitu. "Macam ni, makcik nak satukan kamu dengan anak makcik," kata kawan ibuku itu. Aku terkejut. Aku melihat reaksi anaknya juga begitu. "Erm, ibu tahu kamu terkejut tapi ini amanat arwah suami kawan ibu ini," kata ibuku. Aku mengangguk perlahan. "Makcik, saya setuju tapi biar saya kenal dulu dengan anak makcik. Nama anak makcik ni apa?" tanyaku. "Muhammad Fairuz. Panggil Fairuz," kata kawan ibuku, Puan Filzah. "Ouh, selamat berkenalan Fairuz," kataku sambil tersenyum. "Selamat berkenalan juga, Natrah," katanya juga sambil tersenyum. "Erm, awak masih belajar ke?" tanyaku. Belum sempat dia menjawab, ibuku telah menyampuk. "Dia masih belajar. Berita baiknya, dia satu U dengan kamu. Senanglah nak berjumpa. Fairuz, kamu tolonglah tengok- tengokkan anak makcik ni ye," kata ibuku. Fairuz mengangguk. "Syikin, saya minta diri dulu la. Dah lama juga saya kat sini," kata Puan Filzah. Ibuku mengangguk.

Keesokannya, aku pergi ke U bersama Izz. Aku menceritakan semuanya kepadanya. Dia tersenyum. "Tabahlah, Nat. Kau kena tabah macam aku tapi aku tabah dari segi lain. Kau kena tabah, aku tahu kau kuat," kata Izz. Senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya. Sungguh tenang riak wajahnya seperti tiada apa-apa masalah. "Untung aku dapat kawan dengan kau. Kau selalu bagi semangat kat aku. Kau selalu suruh aku kuat. Aku harap sangat kau ada dengan aku selama-lamanya," kataku. Izz tergelak kecil. "Aku akan pergi juga satu hari nanti. Hari itu akan datang tak lama lagi," kata Izz. Aku cuba menangkap kata-katanya. "Apa kau cakap ni. Aku tak faham," rungutku. "Bila hari tu datang, kau akan faham," kata Izz. Setelah kami berdua berbual-bual kosong. Kami pun sampai di U. Kami berdua berjalan bersama-sama. Kami berdua ternampak kawan-kawan kami di pondok. Kami pun menuju ke situ. "Hai, korang," kata Izz. Semua di situ tersenyum. "Hai," kata semua jejaka-jejaka yang agak tampan di situ. "Tak masuk kelas lagi ke?" tanyaku. "Tunggu korang la," kata Mifzal. Aku dan Izz tersenyum. "Luqman takde?" tanyaku. "Tak, sibuk berkepit dengan bakal tunang dia yang lawa 'sangat' tu," kata Indera sambil tersenyum sinis. Aku tergelak. Aku rasa macam tak kisah Luqman berkepit dengan Hajar. "Biarlah dia. Nat pun dah nak jadi milik orang. Nanti dia lupakan aku," kata Izz sambil membuat-buat suara sedih. "Hahaha, lambat lagi la," kataku. "Nak jadi milik siapa pula ni? Fikri?" tanya Azri. "Entah la. Aku tak kenal," kataku. "Mak aku kata dari jurusan teknologi maklumat. Tak silap aku nama dia Fairuz," kataku. "Fairuz? Untungnya kau," kata Izz. "Apa yang untungnya?" tanyaku. "Serius kau tak tahu?" tanya Aiman. Aku mengangguk. Semua di situ menggeleng. "Ketinggalan zaman. Fairuz tu antara jejaka-jejaka yang tampan dan terkenal di U ni," kata Indera. "Hensem tu mungkin. Terkenal tu tak tau la," kataku. "Jomlah masuk dewan kuliah," kata Azri. Sedang kami berjalan, kami terserempak dengan Luqman. Kami tersenyum kepada Luqman tapi dia buat tak tahu aje. Geram betul.

Waktu break, kami berehat bersama Fairuz dan gengnya. Riuh juga la kafe tu dengan suara kami. "Fairuz, dengar kata kau nak jadi hak milik orang dah. Betul ke?" tanya Indera. Saja je nak buat aku malu. "Nak jadi hak milik sape pula ni?" tanya Fairuz. Aku tahu dia saja buat tak tahu. "Natrah," belum sempat Indera menjawab ada satu suara memanggilku tetapi itu suara perempuan. Aku memandang orang itu. HAJAR. Apa yang dia nak? "Kenapa ye, Hajar? Cari Luqman ke?" tanya Azri. "Tak, aku cari Natrah. Ikut aku sekarang," kata Hajar. "Nak pergi mana? Aku malas la," kataku tanpa memandangnya. Hajar terus menarik tanganku menuju ke arah satu kelas yang kosong. Dia menolakku sehinggaku terjatuh. Kemudian dia menarik rambutku. "Kau dengar sini ye. Jangan pernah rapat dengan Luqman. Dia milik aku, bukan kau," tengking Hajar. Aku terus bangun dari situ untuk pergi dari situ. Sedang aku cuba untuk bangun, satu tamparan hinggap di pipiku yang mulus ini. "Kau dah kenapa ni?" tanyaku dengan nada yang tertahan kerana tidak mahu naik angin di sini. Dia tidak menjawab soalanku sebaliknya meninggalkanku. Tanpa membuang masa aku terus pergi menuju ke arah geng-gengku melepak sambil menangis. "Kau okay ke ni?" tanya Izz. Dia memelukku dan menepuk perlahan bahuku untuk meredakan tangisanku. "Izz, jom ikut aku jap," kataku. Izz mengangguk. "Takkan Izz je. Kitorang pun ikut sekali la. Kata kawan. Kawan saling berkongsi masalah," kata Aiman. Aku mengangguk.

Bersambung
Macam mana? Best tak? Kalau tak best, komen tau. Saya cuba nak untuk betulkan kesalahan saya. Luv you all 😘😘

Mr Dingin And Mrs PeramahWhere stories live. Discover now