LUQMAN dengan perempuan lain. Apa semua ni? Dia marah aku macam aku buat salah besar sangat tapi dia? Sabar nat,sabar. "Nat,sabar ye. Aku tahu kau nampak apa. Sabar ye," kata Izz. Aku suka berkawan dengan Izz, dia selalu memberi kata-kata semangat kepadaku. "It's okay, Izz. Mungkin itu adik dia. Kita tak tau kan," kataku dengan nada yang sayu. "Nat, aku tahu kau kuat. Kau kena kuat macam aku," kata Izz. Senyuman dia yang sentiasa melekat di wajahnya juga hilang. "Kau kuat? Kau kuat sebab apa?" tanyaku. "Aku kuat dari segi lain. Kau tak perlu tahu. Satu hari nanti kau tahu juga," kata Izz. Aku tahu yang dia memberiku senyuman palsu.
"Hai, guys. Lama tunggu," tanya Izz ceria. "Taklah, sekejap je. Dalam satu jam juga la," kata Indera sambil tersenyum sinis. "Erm, Luqman tak join ke?" tanyaku. "Tak,dia kata dia ada hal dengan kau tapi kau ada kat sini. Gaduh ke?" tanya Azri. Aku menunduk. "Korang dah order ke?" tanya Izz. Aku tahu dia cuba untuk mengubah suasana tegang kepada ceria. Dia pandai mengubah suasana. "Kalau belum, biar aku dengan Izz pergi order," kataku sambil tersenyum. Indera, Azri, Mifzal dan Aiman menggeleng. "Kitorang dah order, korang order la korang punya," kata Mifzal. Aku dan Izz pun order makanan. Setelah mendapat makanan yang di'order', kami pun makan.
"Sekarang ni kita nak pergi mana?" tanyaku. "Sekarang dah pukul berapa?" tanya Izz. Orang tanya dia, dia tanya balik. "Pukul 5:15. Kenapa?" tanya Mifzal. "Aku kena jemput along aku dengan family dia kat airport. Baru balik dari bercuti. Jomlah teman jap," kata Izz. Semua hanya mengangguk. Setelah tiba di KLIA 2, kami menunggu di tempat menunggu. "Lambat lagi ke, Izz?" tanya Azri. Aiman dan Indera sudah lena. Mifzal pula melayan telefon. "Entahlah," kata Izz. Aku sedang melayan perasaan. Sedang aku melayan perasaan, telefon aku berbunyi menandakan mesej baru masuk.
Luqman
Hi awak.Aku hanya membiarkan mesej itu. Aku malas nak balas. Biarlah dia nak marah ke apa.
Luqman
Kenapa tak balas ni?Aku pun membalas mesej itu.
Natrah
Saja. Dah puas ke dating?Aku memberikan soalan itu kerana aku ternampak Luqman dengan perempuan tadi di KLIA 2.
Luqman
So, kau dah tahu la.Natrah
YupLuqman
Aku dengan dia bakal bertunang tak lama lagi. Jemput datang yeNatrah
Baguslah tu. Bagus sangat. 😏Luqman
Memang aku bagus dari dulu lagiNatrah
Sekarang, aku dengan kau dah takde apa-apa hubunganLuqman
Aku tak setujuNatrah
Kalau kau tak setuju, itu masalah kau.Luqman
Masalah aku masalah kau juga.Natrah
Kita P.U.T.U.S. Faham?Luqman
Please, NatNatrah
Kau kena lupakan aku, jangan pernah tegur aku kat universiti, jangan pernah. When someone hurt, they will learn to hate. Itulah aku sekarang.Luqman
Tapi.. aku masih sayangkan kau...Aku tidak membalas mesej itu. Aku sebak, sanggup dia buat aku macam ni. "Nat, sabar ye. Aku terbaca mesej kau dengan Luqman. Aku tahu dia nak bertunang, dia dah bagitahu kitorang. Kau je belum tahu sebab dia takut kau mula bencikan dia. Sekarang benda yang dia takutkan sudah terjadi. Aku harap kau buang rasa benci kat dia jauh-jauh. Kau tahu tak?" kata Izz dengan soalan dia yang tergantung itu. "Tahu apa?" tanyaku. "Sejak kau datang, dia berubah. Seratus peratus berubah dari seorang lelaki yang dingin kepada lelaki yang kepoh. Nak tahu sebab apa dia berubah. Dia beribah sebab kau peramah. Dia suka tengok perangai kau yang peramah ni. Waktu aku kawan dengan dia, dia jarang senyum kat aku. Aku boleh kita dia senyum berapa kali kat aku tapi bila dengan kau. Tak terkira senyuman dia. Yelah, aku dulu tak bertudung, aku tak lawa tapi kau lawa. Kau sorang je yang dapat mengubah perangai dia," kat Izz panjang lebar. "Nak tanya ni," kataku. Izz mengangkat keningnya. "Sebab apa dia bertunang. Dia betul-betul cintakan perempuan tu ke?" tanyaku. Izz menggeleng. "Dia dingin sangat dengan perempuan tu. Dia langsung tak cintakan perempuan tu. Perempuan paling gedik kat U. Nama dia Hajar," kata Izz. Aku mengangguk. Aku ternampak Izz sedang melambai kepada seorang lelaki bersama seorang perempuan dan bayi lelaki. Mungkin abang dia. Izz berlari ke arah diorang. "Along, rindu kat along. Lama sangat pergi sana," kata Izz lalu memeluk abangnya itu. Aku berdiri di sisi Izz hanya tersenyum melihat perangai Izz. "Nat, ni abang aku. Izzaz Faizzi," kata Izz. Dia bagitau nama penuh abang dia, nama penuh dia tak pernah bagitau. "Ni pula kakak ipar aku, Aisyah Izzati. Ni anak saudara aku, Aniq Farhan," kata Izz sambil mendukung Aniq. "Angah, along balik dengan kak Aisyah tau. Angah bawa la Aniq tu jalan-jalan," kata abang Izz. Izz mengangguk. Kami berdua pun berjalan menuju ke arah kawan-kawan kami. Nyenyaknya tidur. "Korang, taknak balik ke?" tanyaku. Selepas 5 minit mengejut mereka, bangun juga akhirnya. Kami pun membawa Aniq jalan-jalan.
Aku pulang ke rumah. Aku mendapati bahawa ada ramai orang di dalam rumah. Siapa pula la yang datang.
Bersambung
Macam mana? Best ke? Kalau tak best, komen tau. Luv you all 😘😘