Termasuk hari ini, dah 4 hari aku tak bercakap dengan Luqman. Aku mengelak jumpa dengan dia. Izz pun perasan tapi bila Izz tanya aku jawab saja je. Kadang kala rasa bersalah juga bila aku asyik tipu dia je. "Nat, kalau kau ada masalah. Jangan pendam, bagitau aku. Mungkin aku boleh selesaikan," kata Izz. Dia mengukir senyuman. "Nak ke kau dengar masalah aku?" tanyaku. "Kita kan BFF. Mestilah nak," kata Izz. "Luqman," kataku. "Kenapa dengan dia? Dia buat kau sakit ke?" tanya Izz. Aku menggeleng kemudian tergelak kecil. "Aku serius,Nat," kata Izz. "Aku pun serius. Siapa cakap aku tak serius," kataku. "Luqman jealous aku bersembang dengan Fikri," sambungku. "Oh, itu je. Luqman pun, itu pun nak bergaduh macam apa je," kata Izz. Aku mengeluh. Betul juga apa yang dikatakan Izz itu.
"Hai, Natrah," kata seorang lelaki kepadaku. "Hai," kataku tanpa memandangnya. "Awak tahu ke siapa ni?" tanya orang itu. "Tak," jawabku pendek. "Kalau tak tahu kenapa tak pandang," kata orang itu lagi. Dia tak nampak ke aku tengah sibuk siapkan assignment ni. "Kalau nak sembang, lain kali boleh tak? Saya sibuk ni," kataku dengan nada yang tegas. "Okay, saya pergi dulu. Saya taknak kacau awak buat assignment awak tu," kata orang itu. Setelah aku betul-betul pasti orang itu pergi, aku memandang ke arah orang itu berjalan. LUQMAN. Dia yang bercakap dengan aku. Apa yang aku dah buat. Aku mengambil telefonku lalu menaip mesej dan menghantar kepada Luqman.
Natrah
Assalamualaikum, Luqman. Maafkan saya tadi.Luqman
Waalaikumussalam, takpe. Saya faham, Izz pun cakap assignment banyak.Natrah
Maafkan saya lagi sekali. Memang bamyak sangat hari ni. Tak perasan pula tadi awak.Luqman
Hmm, takpelah. Saya ada hal. ByeNatrah
ByeLuqman sudah tidak membalas mesej aku. Aku pun menutup telefonku lalu menyambung menyiapkan assignment.
Di rumah, hanya tinggal aku sahaja. Ahli keluargaku yang lain ada hal. Aku mendengar lagu di telefon. Assignment semua dah siap, nak relaks jap. Sedang aku melayan perasaan, ada mesej baru masuk dari telefonku.
Izz
Assalamualaikum, Nat.Natrah
Waalaikumussalam, Izz. Kenapa?Izz
Aku nak ajak kau minum ni. Nak tak?Natrah
Boleh juga tu. Semua ada ke?Izz
Semua ada. Luqman je takdeNatrah
Oh, takpelah kalau macam tu. Aku siap kejap. Dalam setengah jam aku sampai.Izz tidak membalas mesej aku. Aku terus naik ke tingkat atas dan bersiap.
Aku memandu kereta pergi ke Old Town Cafe. Aku memarkir kereta aku berhampiran dengan cafe itu. Aku ternampak seorang lelaki bersama seorang perempuan. Aku terkejut.
Bersambung
Macam mana bab 4. Okay tak? Kalau tak okay, komen tau. Luv you all. 😘😘