5

1.1K 117 7
                                    

     Selesai sahaja solat Zohor, aku mengajak Hafiz untuk menemani aku ke bandar untuk mencari beberapa barang keperluan.

     Selepas 2 jam berada di bandar dan semua barang keperluan sudah dicari, kami ingin balik ke kampung semula.
Enjin kereta aku dihidupkan. Aku memandu seperti biasa manakala Hafiz duduk di kerusi penumpang sebelah aku.

     Ketika masih di dalam kawasan bandar dalam perjalanan menuju kampung, kami lalu di sebelah sebuah tasik. Di belakang tasik itu hanya ada hutan. Tasik itu kelihatan suram dan agak mengerikan walaupun hari masih lagi terang.
Tidak ada banyak kereta di situ.

     Ketika kami lalu betul-betul di sebelah tasik, bulu roma kami berdiri tegak.

     "Lapar la Fiz, balik nanti singgah warung, nak makan jap." kataku untuk memecahkan kesunyian. Hafiz hanya mengangguk. Aku menjeling ke arah Hafiz. Dia kelihatan pucat dan sedang memandang ke arah tasik.
Seolah-olah ternampak sesuatu yang menyeramkan.

     Aku menjeling ke arah tasik pula. Apa yang aku nampak ialah satu susuk tubuh perempuan sedang berdiri di atas tasik. Berdiri kaku.
Kakinya tidak menyentuh permukaan tasik.
Terapung.

     Rambutnya menutup wajahnya. Baju putih yang dipakainya kelihatan agak lusuh.

     Aku memandang hadapan semula. Mahu mengalihkan perhatian dari "makhluk" di tasik tu.

     Aku tahu Hafiz juga nampak benda yang sama. Aku masih lagi tenang,walaupun dalam hati timbul sedikit perasaan takut. Ini bukan pertama kali aku ternampak "mereka". Dari kecil hingga sekarang entah berapa banyak kali aku ternampak "mereka". Aku hanya mendiamkan diri.

     Sampai sahaja di warung Pak Jamil, aku dan Hafiz duduk. Pak Jamil datang ke meja kami untuk mengambil pesanan. "Haa... kamu dari mana ni?" tanya Pak Jamil sambil tersenyum. "Baru balik dari bandar tadi. Ada barang sikit nak cari. Heheh." Jawab aku. Kami terus memesan makanan dan minuman tadi. Selepas Pak Jamil meninggalkan meja kami, Hafiz bersuara.

    "Kau nampak tak...kat tasik tadi?" Aku mengambil masa senggang beberapa saat sebelum menjawab. "Ada...elok je terapung atas tasik tu. Heh."
     "Nasib baik dia tak kacau kita." Kata Hafiz.
     Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. "Kau rasa...kes Pak Samad ada kena mengena dengan 'benda' tu ke?" Tanya aku.

     Hafiz memandang aku. Masih lagi berfikir. Selepas beberapa saat, dia menjawab. "Entah la, boleh jadi jugak."

     Kami diam beberapa saat sebelum makanan dan minuman yang dipesan sampai. Nasi goreng ayam, mee goreng mamak, sirap bandung dan teh ais di letakkan di atas meja.
"Terima kasih." Kata aku kepada pelayan yang menghantar makanan kami.

     "Dah la, tak payah fikir dulu pasal 'benda' kat tasik tadi. Makan dulu. Sedap ni." Kata Hafiz lalu menyuapkan nasi goreng ayam ke dalam mulutnya dengan berselera.

     Aku tak tahu, tapi dari hari pertama aku sampai disini lagi aku dah rasa tak sedap hati. Aku cuba berfikiran positif mengatakan itu semua mainan perasaan.

Ayam goreng Hafiz diratahnya dengan penuh khusyuk.

Aku juga mula menumpukan perhatian terhadap mee goreng mamak yang sudah terhidang.

     Selesai makan, kami tersandar di kerusi, kekenyangan seperti ular sawa yang baru meratah beberapa ekor ayam. Aku dan Hafiz sendawa beberapa kali.

Kami tidak banyak bercakap ketika makan. Keadaan di situ hanya bising dengan suara pelanggan lain.

"Weh, aku ada benda nak cerita kat kau." Aku mula bersuara.
"Cerita ah." Jawab Hafiz ringkas.

"Aku sejak minggu lepas ada mimpi pelik-pelik ah."
Aku diam seketika.
"Pelik macam mana?"

Aku mula menceritakan dua mimpi pelik yang aku alami kepada Hafiz secara terperinci. Tiada satu detail pun yang aku tertinggal. Hafiz mendengar dengan tekun.

Selesai bercerita, Hafiz menongkat dagunya. Sirap bandung dihirup sedikit.

"Pelik juga mimpi kau ni."
"Itu sebab aku cerita kat kau. Kalau normal aku diam je." Balasku.
"Macam ni la. Kau try tunggu beberapa hari. Tengok ada lagi tak mimpi macam ni. Kalau ada lagi...kau try jumpa...ustaz?"

Aku mengangguk perlahan.
"Boleh jugak."
--------------------------------------------------------

     Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku dan Faizal sedang menonton televisyen di ruang tamu. Kakak aku yang lain semua sudah tidur.

     "Weh, aku dah mengantuk gila ni, aku masuk tidur dulu." Kata Faizal dalam keadaan tidak bermaya sambil berjalan masuk ke dalam biliknya.

     Aku tidak bercadang untuk tidur lagi. 11.55 malam nanti ada siaran langsung perlawanan bolasepak pasukan kegemaran aku.

     Aku pergi ke dapur untuk membuat secawan kopi. Nak bagi segar sikit muka ni.

     Bau harum kopi menusuk hidung aku. Tetapi tidak berapa lama kemudian aku terbau sesuatu yang teramat busuk. Tak tahu dari mana datangnya. Takkan bau kopi pulak busuk macam ni. Bau sampah? Bangkai? Entah.

     Yang pasti baunya terlalu kuat sehingga menyakitkan hidung aku. Aku segera meninggalkan dapur.

     Bau itu hilang sebaik sahaja aku duduk di ruang tamu. Aku kembali menghadap televisyen. Tiba-tiba aku terdengar bunyi sinki dibuka.

     Aku mengabaikan bunyi sinki itu. Mungkin kakak aku atau Faizal terjaga lalu pergi ke dapur. Selepas 10 saat, sinki itu masih lagi berbunyi. Airnya kedengaran lancar, seperti tiada apa-apa menghalang laluannya. Tidak ada bunyi seperti seseorang sedang membasuh.

     "Ahh sudah..." Kataku perlahan. Aku bangun perlahan-lahan menuju ke dapur. Tiada siapa-siapa disitu, air sinki dilihat terbuka begitu sahaja. Bulu roma aku sudah berdiri tegak. Ikutkan hati aku tak nak masuk dapur. Biarkan je sinki tu terbuka.
Tapi nanti kakak aku bising pulak.
Nak tak nak aku pergi juga ke dapur untuk menutup sinki.

     Aku bergegas meninggalkan dapur dan kembali duduk di ruang tamu. Beberapa saat kemudian sinki kembali terbuka.

     "Tolonglah kata tu kakak atau Faizal weh..." Kata aku kepada diri sendiri. Aku melangkah ke dapur, tiada sesiapa disitu. Aihh 'benda' ni nak main bukak tutup sinki pulak. Buat darah aku seriau satu hal. Kalau dia bukak sampai ke pagi tak ke melambung bil air rumah ni. Bising kakak aku nanti.

     Aku segera menutup air sinki dan aku berdiri statik disitu, memandang ke arah sinki.
Ok dah kot. Tak de pape dah.
Aku pergi ke ruang tamu semula.
Tiba-tiba angin bertiup dengan kuat di luar rumah sebaik sahaja aku duduk.
Bam! Bam! Bam!

Pintu utama rumah diketuk dengan kuat. 'Tenaga' yang mengetuknya teramat kuat. Tak kedengaran macam manusia biasa langsung. Aku mengabaikan ketukan itu. Angin masih lagi bertiup kencang. Semakin lama semakin kuat ketukan di pintu rumah. Aku membaca ayat-ayat suci yang aku ingat.
Tiba-tiba aku terdengar banyak bisikan di dalam kepala aku. Aku memegang kepala aku. Perasaan takut tadi sudah hilang. Aku semakin rimas dengan bunyi ketukan pintu dan bisikan di dalam kepala aku. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dibisikkan. Dari mana datang pun tak tahu.

     Aku semakin serabut. Pintu rumah seolah-olah sedang menunggu masa untuk tercabut. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.
"DIAMLAHHH!!!" Aku menjerit sekuat hati. Bunyi ketukan di pintu dan bisikan tadi sudah hilang. Angin kencang tadi juga sudah tiada.

     Tiba-tiba aku terdengar bunyi sinki dibuka semula. Aku dah tak tahan. Sampai bila 'dia' nak main bukak tutup sinki? Aku bangun lalu berjalan ke arah dapur.  "Boleh berhenti tak?!" Jerit aku. Langkah aku terhenti.

     Faizal yang sedang membasuh gelas memandang aku. "Woi, kau dah kenapa malam-malam ni?!" Tanya Faizal yang sedikit meninggikan suaranya.

     "Err...sorry,sorry. Tak sengaja." Aku terus pergi meninggalkan dapur.

    Fuhh...lega.
Nasib baik Faizal. Kalau 'dia' lagi boleh jadi gila aku. Nasib baik jugak bukan kakak aku. Kalau tak dah kena bebel tadi.

JasadWhere stories live. Discover now