Tiga tahun kemudian.
"Abang aku kata, tasik ni ada penunggu." Kata Syasya.
"Syed cerita kat kau ke?" Soal Emir.
"Ye la. Dia cerita masa dia dengan kawan-kawan dia kena kacau dengan hantu tu."
"Kau betul ke nak buat ni?" Tanya Zaim pula.
"Betul. Ala...kau jangan risau la. Kita ikut peraturan confirm selamat."
Aina segera mengeluarkan sekeping kertas yang mengandungi mantera."Aku tak sedap hati la weh." Riak wajah Zaim berubah.
"Ala...tak ada apa-apa la." Kata Aina tenang.
Satu bulatan dibentuk Aina, Zaim, Emir dan Syasya.
Ayam panggang, pulut kuning, pisau dan piring kecil berisi air sudah tersedia bersama beberapa lagi alatan lain untuk pemujaan.Aina mengambil nafas.
Setelah bersedia, mantera dibaca.Selepas beberapa minit, Aina menyimpan semula kertas mantera yang sudah habis dibaca.
Tiba-tiba angin bertiup dengan kencang. Bunyi haiwan-haiwan dari hutan membingitkan telinga mereka.
Tiba-tiba sesusuk tubuh perempuan berpakaian serba putih dan berambut panjang muncul di tengah-tengah bulatan mereka.
Mereka berempat terkejut dan berganjak sedikit ke belakang.
Perempuan tersebut mengangkat mukanya menampakkan matanya yang serba putih, tidak mempunyai anak mata.
"Apa yang kamu semua mahu, wahai anak Adam?" Kata perempuan itu.
"S...si...siapa kau?" Soal Emir terketar-ketar.
"Nama aku...Karmila." Karmila mengukir senyuman sinis.
-TAMAT-
YOU ARE READING
Jasad
Mystère / Thriller(Wattys 2017) "Aku menjeling ke arah tasik pula. Apa yang aku nampak ialah satu susuk tubuh perempuan sedang berdiri di atas tasik. Berdiri kaku. Kakinya tidak menyentuh permukaan tasik."