------------------------------------------------------
Phone berbunyi selama beberapa saat sebelum diangkat.
"Ha, Faizal. Aku dah dapat locate mana Faris sekarang." Kata Aman dengan penuh semangat.
Faizal hanya diam menunggu jawapan."Dia ada dekat area Tangkak."
"Hah? Dia buat apa kat situ?" Soal Faizal tiba-tiba.
"Mana la aku tahu. Eh, kau bukan kerja kat Johor gak ke? Tadi kau datang ni cuti ke?" Soal Aman pulak.
"Memang aku kerja sana. Tapi aku tengah outstation. Bos hantar aku sini. Alang-alang tu aku jumpa kau. Ok la. Nanti aku cari dia kat sana. Thanks." Faizal mematikan talian sebelum Aman sempat bersuara.Faizal segera masuk ke dalam kereta dan bergerak menuju ke Tangkak. Nasib baik kerjanya sudah disiapkan pagi tadi.
Tiba-tiba phone Faizal berbunyi. Dengan pantas Faizal menekan punat hijau.
"Weh, hang dah gerak ke?" Tanya Aman.
"Belum." Jawab Faizal ringkas.
"Ha...amik aku kat rumah boleh? Nak ikut."
"Ha...ok. Tunggu sana. Aku gerak sekarang." Faizal mematikan panggilan. Kereta dipandu ke rumah Aman dahulu.---------------------------------------------------------
"Azrol! Bawak uncle tu lari! Aku settle diorang ni!" Kata aku
Azrol membawa seorang lelaki dalam usia lingkungan 50 tahun belok ke arah kanan. Aku pula membelok ke arah kiri. Aku menyorok di sebalik dinding di sebuah lorong di belakang deretan kedai. Aku mengambil batu yang agak besar. Saiz hampir sebesar tapak tangan aku.
Sebaik sahaja aku ternampak 3 orang gangster itu muncul dan belok ke arah kanan, aku baling batu tersebut ke arah salah seorang gangser itu. Batu itu terkena belakang badannya. Lelaki itu berhenti dan menoleh ke arah aku.
"Korang dua pergi kejar pakcik tu. Aku settle dia ni." Kata lelaki itu.
Lelaki tersebut mengeluarkan pistolnya.Damn. Habislah aku.
Aku segera mengambil sebatang besi yang agak panjang. Cukup untuk mempertahankan diri. Lelaki tersebut melepaskan beberapa tembakan namun tersasar. Entah berapa lama dia tak guna pistol ni. Atau memang tak pandai guna.Lelaki tersebut berlari ke arah aku. Aku cuba sedaya upaya untuk lari sejauh mungkin. Aku ternampak simpang ke kanan. Aku terus membelok tanpa berfikir panjang. Aku berhenti di sebalik dinding.
Apabila kelibat lelaki itu muncul, aku terus memukul kepalanya. Dia terjatuh menyembah bumi Taiping. Belum sempat dia bangun, aku terus menyepak mukanya beberapa kali dan memukul tangannya. Pistolnya terlepas dari genggaman. Aku segera mengambil pistol itu dan menembak jantungnya.
Pistol itu dilengkapi silencer jadi ia tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.Aku menarik nafas lega. Aku harus mencari Azrol dan lelaki itu. Tiba-tiba aku ternampak dari jauh mereka berlari ke arah tempat parkir kereta sebuah shopping mall. Dua orang gangster itu sedang mengejar mereka. Aku terus berlari ke arah mereka dengan pistol yang dirampas tadi.
Sampai sahaja di basement parking, aku ternampak kelibat mereka. Azrol sedang bergelut dengan dua orang gangster itu. Lelaki tua itu pula sedang cuba sembunyikan diri.
Kereta sudah tak banyak kerana sudah malam dan mall itu dah nak tutup.Berbekalkan pengalaman yang aku ada semasa bermain sukan memanah bersama sepupu aku yang mewakili Selangor untuk SUKMA dahulu(walaupun amat berbeza dengan menembak), aku cuba menembak dua lelaki itu sambil menyorok di sebalik kereta Proton Waja.
Bang! Bang!
Dua das dilepaskan. Satu tersasar manakala satu lagi terkena kaki seorang gangster yang mempunyai tatu naga di lengannya. Kesempatan itu digunakan Azrol untuk menolak lelaki itu dan menumbuknya beberapa kali sebelum bergelut dengan seorang lagi gangster. Aku segera berlari ke arah mereka untuk memberi bantuan kepada Azrol.
Kepala Azrol dipukul dengan batang besi (hampir sama dengan yang aku gunakan sebentar tadi) oleh lelaki yang berambut merah lalu terjatuh ke belakang. Aku terus menerpa ke arah lelaki berambut merah itu dan memukul mukanya beberapa kali dengan batang besi sebelum aku memukul kakinya pula. Lelaki itu tumbang. Mengerang kesakitan.Lelaki bertatu naga itu bangun sambil menahan sakit lalu mengeluarkan pistol dan menembak Azrol tepat di leher. Darah dari leher Azrol terpercik dengan banyak. Azrol yang sedang menahan sakit itu rebah semula sebelum badannya menjadi kaku. Tidak bernyawa lagi.
Aku yang melihat Azrol di tembak terus mengeluarkan pistol dan menembak kaki lelaki bertatu naga itu. Dia terjatuh lalu melutut sambil menjerit.
Aku bengang.
Aku ingin menuntut bela atas kematian Azrol. Aku memukul lelaki berambut merah yang sudah tidak bermaya itu beberapa kali untuk melepaskan geram. Mukanya sudah penuh dengan darah.
Aku mengambil pistol lalu melepaskan tiga das tembakan di dadanya. Puas.
Tiba-tiba lelaki tua itu menolak aku dan aku terdengar bunyi tembakan dilepaskan pada waktu yang sama.
Aku terkejut. Aku yang sedang terbaring akibat ditolak melihat lelaki tua itu rebah. Badannya sudah mula dibasahi darah. Tembakan itu datang dari pistol lelaki bertatu naga yang masih melutut menahan sakit itu. Mata aku mula berkaca. Aku semakin geram.
Aku mengacu pistol ke arahnya yang sudah tidak mampu bergerak kerana kakinya yang sudah ditembak itu. Belum sempat dia menekan picu, peluru dari pistol aku terlebih dahulu hinggap di dahinya. 3 das tembakan aku lepaskan. Habis semua peluru di dalam pistol itu. Pistol lelaki bertatu naga itu terlepas dari genggaman. Badannya terus rebah. Sudah tidak bernyawa.
4 saat kemudian security guard dan polis tiba di situ. Aku tahu mesti ada pengunjung disitu yang menelefon polis kerana aku ternampak kelibat beberapa orang awam disitu tadi. Ketika polis tiba aku masih lagi mengacu pistol ke arah lelaki bertatu naga itu. Aku melepaskan pistol itu.
"Polis! Angkat tangan!" Kata salah seorang anggota polis dengan pistolnya yang diacu kearah aku.Aku akur mengikut arahan polis itu. Aku sempat melihat lelaki tua yang menyelamatkan nyawa aku tadi. Sudah kaku.
Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dalam hati.Tangan aku digari dan dibawa masuk ke dalam kereta polis. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, aku melihat mayat Azrol yang terkorban itu. Air mata aku mengalir apabila melihat kawan aku dari tadika itu sudah tiada.
YOU ARE READING
Jasad
Mystery / Thriller(Wattys 2017) "Aku menjeling ke arah tasik pula. Apa yang aku nampak ialah satu susuk tubuh perempuan sedang berdiri di atas tasik. Berdiri kaku. Kakinya tidak menyentuh permukaan tasik."