"Faiz...ye...dia masuk dalam badan Faiz...dan bunuh Hafiz dalam hutan haritu." Kata Amirul."Sial..." Kata Faiz sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"Kepala yang kau dengan Syed nampak haritu dan kelibat dekat tasik haritu pun semua angkara 'dia.' " jelas Amirul lagi merujuk kepada syaitan yang diserunya.
Kami bertiga hanya membisu.
"Dan Pak Samad...aku minta maaf pasal tu. Aku tak sangka dia akan terlibat." Kata Amirul dengan nada kesal.
Kalau diikutkan hati, memang sekarang jugak aku mahu menamatkan riwayat dia. Cuma niat aku dihalang dengan keadaan aku yang diikat.
Amirul melihat jam tangannya. "Aku pergi dapur kejap."
Selepas kelibat Amirul hilang. Aku membuka ikatan tali di kaki.
Ya, ikatan di tangan terlebih dahulu berjaya dilonggarkan. Hanya menunggu masa untuk bertindak.Aku meletakkan jari telunjuk di bibir tanda diam kepada Faiz dan Syed. Mereka faham.
Selepas ikatan di kaki dileraikan, aku pergi ke arah Syed untuk meleraikan ikatannya pula, kemudian Faiz.
Kini kami bebas.
Bebas dari ikatan tali.
Menunggu masa untuk bertindak.-----------------------------------------------------
"Dah dua hari bro. Report polis nak? Dah boleh buat report ni." Soal Aman.
"Boleh. Tapi nak cakap apa?"
"Mmm..." Aman menongkat dagunya.
"Kata je la hilang. Nak kata apa lagi."
Faizal sekadar mengangguk.
Keretanya dipandu laju di lebuh raya.Sebaik sahaja di Johor, atau lebih spesifik, Tangkak, mereka akan melakukan laporan kepada pihak polis.
"Kalau dorang dah tak de kat situ macam mana?" Soal Faizal.
"Aku track dua kali, selang dua jam. Still kat tempat sama. Rasanya tak pergi mana-mana kot." Jawab Aman dengan yakin.
-------------------------------------------------------
"Ah...sorry lambat. Aku makan sekali ta..." Amirul tidak menghabiskan ayatnya.
Tangannya mengeluarkan pistol yang diletakkan di belakang seluarnya.
"Mana Faris?!" Tanya Amirul sambil mengacukan pistol ke arah Syed dan Faiz yang 'terikat' di kerusi.
Ini semua sudah dirancang mereka bertiga sewaktu Amirul di dapur. Syed dan Faiz berpura-pura masih lagi diikat. Ikatan pada tangan dan kaki mereka boleh dileraikan dengan sekali sentakkan.
Ya. Tali itu diikat semula oleh Faris.Dan Faris pula...
"Tu..." Jawab Faiz dengan muka selamba. Mulutnya dimuncungkan ke arah kiri Amirul.
Amirul segera menoleh kiri.
Dush!
Satu tumbukan padu dari buku lima Faris hinggap di muka Amirul.Tumbukan yang kuat itu menyebabkan badannya terhuyung-hayang dan genggaman tangannya menjadi lemah sekaligus pistol di tangannya terlepas.
Tangan Faris melepaskan satu lagi tumbukan padu ke muka Amirul sekaligus menumbangkannya. Amirul kini rebah di atas lantai rumahnya sendiri.
Faris dengan pantas duduk di atas dada Amirul dan melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke mukanya. Hidung Amirul sudah berdarah. Bibirnya juga berdarah dan sudah pecah dan terkoyak sedikit akibat tumbukan bertali-arus daripada Faris.
Tumbukan daripada seorang lelaki yang sedang dikuasai dengan sifat dendam.
Tumbukan daripada seorang lelaki yang dikuasai sifat marah yang semakin kuat dibisik syaitan.
Tumbukan daripada seorang lelaki yang teraniaya.
Tumbukan Faris berhenti.
Dia bangun menuju kerusinya tadi. Punggung dilabuhkan sementara Faiz dan Syed pula bangun dan kali ini giliran mereka pula untuk melepaskan geram dan membalas dendam terhadap manusia yang menjadikan hidup mereka huru-hara.----------------------------------------------------
"Woi!"
"Keluar sekarang!"
"Kau keluar sekarang!"Amirul berlegar-legar di tasik, tempat di mana dia melakukan perjanjian dengan syaitan yang dilaknat tempoh hari.
Mencari kelibat makhluk tersebut.
"Panggil aku Karmila..." Kata makhluk perempuan berpakaian serba putih itu yang tiba-tiba muncul di hadapan Amirul.
Ceh. Nama hantu pun lagi lawa dari nama awek kat KL tu.
"Aku tak kisah. Kenapa kau bunuh Pak Samad hah?!" Tanya Amirul yang sedang marah. Rasa takut tidak lagi berada dalam dirinya.
Atau kamus hidupnya."HAHAHAHA!"
Hilai tawa Karmila amat kuat. Seolah-olah penonton di rumah sedang mentertawakan aksi kumpulan Sepahtu dalan rancangan Maharaja Lawak Mega."Aku ada hak nak buat apa yang aku nak wahai anak Adam!" Kata Karmila.
"Tapi kau kata orang lain akan dapat kesan kalau dia tak dapat dibunuh. Masalahnya kau belum cuba bunuh dia lagi kan?" Soal Amirul.
Dia tahu Karmila mungkin belum cuba membunuh Faris kerana perjanjian yang mereka buat baru dua hari berlalu. Selalunya perkara macam ni lambat sikit progress.
Karmila melepaskan hilai tawa yang lebih besar.
"Kau memang pandai. Tapi macam yang aku kata, aku ada hak nak buat apa yang aku nak."
Amirul sedar dia sudah tertipu. Sesungguhnya makhluk yang dilaknat Allah ini tidak boleh dibawa untuk berunding sama sekali.
Tidak kira apa perjanjian yang ingin dilakukan.
Sebaliknya lebih banyak nyawa yang akan terancam...
----------------------------------------------------
YOU ARE READING
Jasad
Mistério / Suspense(Wattys 2017) "Aku menjeling ke arah tasik pula. Apa yang aku nampak ialah satu susuk tubuh perempuan sedang berdiri di atas tasik. Berdiri kaku. Kakinya tidak menyentuh permukaan tasik."