Aku menoleh ke belakang. Heh. Seperti yang dijangka. Syed. Yang jenis menyapa orang dengan menumbuk bahu ni mesti dia. Kalau orang lain tadi mahu berentap kat situ jugak. Nasib tak kuat sangat dia tumbuk.
"Sorang jeke?" Tanya Faiz di sebelah Syed sambil ketawa. Soalan cliche bila kita terjumpa kawan di luar.
"Sorang jela. Korang ni kenapa gelak?" soal aku, sebelah kening aku dinaikkan.
"Tak de la, muka kau terkejut tadi macam nampak hantu hahaha. Tah pape ah. Itu pun terkejut." Makin galak Syed dan Faiz gelak. Selepas beberapa saat aku pun turut tertawa.
Kami berjalan bersama-sama sambil berbual kosong. Kami singgah di kedai runcit. Syed macam biasa, beli rokok lagi. Perokok tegar.
"Tak habis-habis lagi ke tambah risiko dihidap penyakit kanser tu?" Soal Faiz. Syed hanya tersengih. "Kalau dah ajal, korek hidung pun boleh mati."
Boleh tahan melampau mamat ni punya hiperbola. Syed menghulurkan wang kepada cashier lalu beredar.Sebaik sahaja kami keluar dari kedai, kami disapa dari belakang.
"Korang!" Langkah aku terhenti. Suara seorang wanita kedengaran. Siapa lagi ni? Kami menoleh ke belakang.
Ehh. Hidup lagi dorang ni. Aku menyiku lengan Faiz sambil mengangkat kedua-dua keningku.
"Eh, dah tak de la!" Faiz menolak siku aku. Aku tergelak kecil."Lama gila do kita tak jumpa hahaha." kata Natasha. Ain juga ada disebelahnya. Mereka berdua gelak tidak henti-henti. Di mana letaknya bahagian yang kelakar?
Mereka berdua juga rakan sekelas aku ketika sekolah menengah dulu. Tapi kitorang tak berapa banyak bercakap masa tu.
Ketinggian mereka lebih kurang sama. Badan dua-dua kecil molek aje.
Ain, nama penuh Ain Nur Diana, lebih selesa dipanggil Ain, kelihatan cantik dengan tudung bawal kegemarannya dan kardigan biru yang menutupi t-shirt putihnya. Antara pelajar paling pandai dalam kelas. Kedudukan 3 teratas berada dalam tangan setiap kali exam. Faiz juga pernah menyimpan perasaan terhadap Ain ketika sekolah dulu. Itulah sebab aku menyiku Faiz tadi. Saja nak menyakat.
Natasha Amirah, atau Nat pula masih dengan kaca matanya dari tingkatan 4 itu dan rambut paras bahunya disikat rapi. Kemeja merah dikenakannya bersama seluar jeans biru. Pelajar yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Beribu kem sudah disertainya. Ok, tipu je. Tak de la sampai beribu. Tapi still banyak. Nat juga merupakan ketua pasukan bola baling sekolah."Itu la. Lama gila. Tapi bila korang nak meninggi ni?" Tanya Syed kepada mereka berdua lalu tergelak diikuti aku dan Faiz. Nat dan Ain hanya membuat muka 'menyampah' sebelum tersenyum kecil.
"Eh by the way kenapa korang tiba-tiba ada kat sini? Tak kerja ke?" soalku.
"Kerja la. Tapi kitorang tengok kat twitter korang dok check in SwarmApp kat area sini. Pastu Hafiz pun ada post gambar kat sini. Kitorang pun saja je la datang. Dah lama tak jumpa en. Kitorang amik cuti kejap." Kata Ain.
"Eh Hafiz mana?" Soal Nat setelah menyedari tiada kelibat Hafiz bersama kami.
"Entah. Kat rumah kot. Ni kitorang pun terserempak je tadi. Hahaha." Kata Faiz.
"Eh, malam ni lepak town kat tempat biasa nak? Ajak Hafiz sekali?" Cadang aku. Dah lama tak lepak ramai-ramai macam dulu. Rindu.
Mereka mengangguk tanda setuju. Kami berbual kosong beberapa minit sebelum bersurai. Aku memberitahu Hafiz melalui whatsapp rancangan kami malam ni. Dia bersetuju.
-------------------------------------------------------
Aku dan Hafiz menaiki satu kereta. Perjalanan ke bandar mengambil masa lebih kurang 15 minit. Kami tiba di tempat biasa kami lepak zaman-zaman selepas SPM dulu.
City Square Mall.
YOU ARE READING
Jasad
Mystery / Thriller(Wattys 2017) "Aku menjeling ke arah tasik pula. Apa yang aku nampak ialah satu susuk tubuh perempuan sedang berdiri di atas tasik. Berdiri kaku. Kakinya tidak menyentuh permukaan tasik."