17

736 84 1
                                    

Aku yang sedang berdiri di pintu ruang makan menjenguk ke luar. Mencari kelibat tuan rumah. "Amirul?" Aku menjerit dengan kuat.
Tiada jawapan.

Syed sedang terkial-kial mencari flashlight dalam telefonnya. Bila sampai time betul-betul nak pakai, memang payah nak cari. Kalau tak, senang je jumpa.

Aku memandang ke sebelah kiri. Tiba-tiba muka aku dipukul dari kanan dengan besi berbentuk silinder panjang. Badan aku terhuyang-hayang. Cuba menahan diri dari terjatuh.

Aku cuba memandang atas.
Tidak sampai satu saat, aku dipukul kembali dan kaki aku diterajang. Aku terjatuh menyebabkan muka aku menyembah bumi.

"Woii!!!" Jerit Syed dari dalam ruang makan sambil menyuluh flashlight ke arah pelaku tersebut.

Bang! Bang!
Dua das tembakan dilepaskan dari pistol milik lelaki misteri itu. Mungkin...perompak?

Peluru tersebut terkena tepat pada henfon Syed lalu menyebabkannya pecah dan keadaan menjadi gelap semula.
Faiz datang dari arah kiri perompak tersebut cuba untuk memukulnya namun perompak tersebut terlebih dahulu berjaya memukul Faiz dengan palang besinya.

Faiz terhuyung-hayang sebelum ditumbuk oleh perompak tersebut menyebabkannya pengsan.

Aku yang masih dalam kesakitan dan hidung yang sudah mula berdarah cuba bangun untuk melawan.
Palang besi dihayun ke muka aku.
Kali ini aku berjaya menahan besi tersebut dengan kedua belah tangan aku lalu menolaknya ke arah perompak tersebut.

Aku tak dapat lihat muka sebenar perompak tersebut kerana dia diselindungi topeng hitam yang hanya mempunyai lubang kecil untuk mata dan hidung. Pakaiannya juga serba hitam.

"Apa kau nak hah?!" Aku menjerit kepada perompak tersebut. Hanya membisu.
"Aku bukan tuan rumah ni! Tapi kalau kau nak duit aku boleh je bagi!" Kataku lagi sebelum tangannya pantas menghayun palang besi ke muka aku. Kali ini aku tidak berjaya mengelak. Dahi aku jugak sudah mula berdarah sebaik sahaja aku terjatuh.
Syed berlari ke arah perompak tersebut, cuba untuk menyerang namun mukanya juga dipukul oleh perompak tersebut sehingga jatuh tersembam sebelum pengsan.

Badan aku semakin lemah. Sudah beberapa kali aku cuba bangun namun gagal. Mata aku semakin lama semakin kecil. Akhirnya semuanya menjadi hitam...lebih hitam dari keadaan sebelum ni. Mata aku terlelap.

----------------------------------------------------------

Tap, tap, tap

Telinga aku menangkap bunyi tapak kaki yang berjalan perlahan mengelilingi aku.
Aku membuka mata perlahan-lahan.
Aku memandang sekeliling. Kelibat perompak serba hitam itu bermundar-mandir dihadapan...kami.
Aku, Syed dan Faiz diikat pada kerusi. Tangan diikat kebelakang. Begitu juga kaki yang diikat pada kaki kerusi.
Faiz dan Syed masih belum menyedarkan diri.
Aku memandang perompak tersebut.
"Apa kau nak hah? Kalau nak rompak, ambik jela duit kitorang." Aku bersuara dengan tegas walaupun badan aku masih lemah.
"Mana Amirul? Apa kau dah buat dengan dia?" Aku bersuara dengan lebih kuat.

Lelaki tersebut berhenti di hadapan aku. Aku memandang tajam matanya. Perlahan-lahan topeng hitamnya dibuka dan dicampak ke bawah.
Aku tercengang. Lelaki yang berdiri di hadapan aku...dan yang melakukan semua ni...
"Amirul?!" Aku terkejut.
Amirul hanya memberi senyuman sinis kepada aku.
"Apasal kau buat semua ni? Aku tak kenal kau pun!" Aku menjerit.

Amirul mengeleng beberapa kali sambil tergelak kecil.
"Kelakar eh?" Soal ku.
"Tak." Riak wajah Amirul bertukar serius.
"Kau mungkin tak kenal aku...tapi aku kenal kau..." Katanya sambil menghampiri aku.
"Siapa kau?" Soal aku dengan nada marah. Mana taknya. Baru je kenal, pastu dijemput untuk 'minum' , akhirnya lain yang jadi.

"Heheh." Amirul tersenyum sinis sambil berjalan mengelilingi aku.
Kakinya berhenti betul-betul disebelah kiri aku. Badannya ditundukkan. Tangannya mencapai palang besi. Kepalanya dirapatkan pada telinga aku.

"Kau...bunuh..."
Amirul bangun dan bergerak 2 langkah kebelakang.
"Bapak aku!"
Tangannya memukul muka aku dengan palang besinya. Kepala aku tertoleh ke kanan dek kerana pukulannya yang sungguh kuat. Bibir dan hidung aku berdarah kembali.
Aku mengangkat muka aku.
Aku terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Amirul.

"Siapa bapak kau hah?! Bila aku bunuh?! Aku tak tahu pape!" Teriak aku. Kalau bukan kerana aku diikat, dan tentu aku cuba fight balik dia ni.

"Hahahah." Amirul tergelak lagi sekali sambil menggeleng-gelengkan kepalanyan Entah apa yang lucunya.
"Cuba kau ingat betul-betul...Faris!"
Kata Amirul, menekankan suaranya pada nama aku.

Riak mukanya kembali serius. Aku dapat lihat melalui matanya yang dia sangat marah.
Aku cuba mengingati apa-apa perkaitan aku dengan mana-mana kes pembunuhan. Sungguh! Aku tak ingat!

"Aku tak tahu pape la setan! Serius!" Aku cuba meyakinkan Amirul. Aku ada juga terfikirkan kebarangkalian dia tersilap orang.
"Entah-entah kau salah orang..." Kata aku dengan nada perlahan."

"No,no,no. Aku tak salah." Amirul mendekatkan mukanya kepada telinga aku lagi sekali.

"Taiping, Perak. 2013!"

Kata Amirul dengan tenang sebelum menekan suara pada perkataaan 2013.

Mata aku terbeliak. Sel-sel otak aku seolah-olah baru berfungsi dengan baik. Aku teringat peristiwa di Taiping, Perak pada tahun 2013.


JasadWhere stories live. Discover now