Bab 9 Banyaknya Kau Makan!

123 5 0
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.

Bai Luo Yin telah menulis sebanyak 57 nama berdasarkan kedudukan mereka, dan setiap kad nama perlu diberikan semula kepada pemiliknya.

Apabila Gu Hai menerima kad namanya, dia tidak melekatkannya pada meja, tetapi merenung lama pada kad tersebut.

Fikirannya tiba-tiba melayang.

Ketika masih kecil, ayahnya pernah memberitahunya bahawa tulisan tangan mencerminkan ciri-ciri dan pencapaian seseorang.

Ya, tulisan tangan Bai Luo Yin itu sememangnya mencerminkan kekuasaan dan aura yang kuat. Namun caranya bercakap semalam dengan kata-kata kasarnya, itu sangat berbeza.

Adakah disebabkan layanan aku kepadanya terlalu buruk?

Gu Hai ingin mencari tahu.

Apabila loceng berdering, Gu Hai mengambil kad namanya lalu berjalan menuju ke tempat duduk di hadapan Bai Luo Yin, iaitu tempat duduk You Qi, dia duduk lalu memerhatikan Bai Luo Yin secara senyap-senyap.

Bai Luo Yin sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya sampaikan Gu Hai yang duduk di hadapannya itu tidak diendahkan.

Beberapa detik berlalu akhirnya Gu Hai bersuara. "Betul ke ni tulisan kau?"

Wajah Bai Luo Yin masih tertunduk menatap kertas kerjanya. Kata-kata daripada Gu Hai sedikit mengganggu perhatiannya. Kemudian dia memegang pembaris lalu memukul kepala Gu Hai.

"Kau ada nak cakap apa-apa? Kalau tak ada, jangan kacau aku!"

Sekarang baru Gu Hai dapat melihat wajah Bai Luo Yin dengan lebih jelas.

Boleh tahan.

Memang wajahnya itu seelok tulisannya. Tidaklah terlalu tampan, cuma biasa-biasa saja. Tapi, jika ditatap lebih lama, ada sesuatu yang istimewa pada wajahnya itu.
Gu Hai berterusan memerhatikan Bai Luo Yin yang sedang sibuk menjawab soalan matematiknya.

Tiba-tiba Gu Hai menunjukkan ke arah satu soalan lalu berkata, "Aku tahu macam mana nak jawab ni."

Bai Luo Yin pantas menyambar tangan Gu Hai dan mengalihkannya dari bukunya.

"Terima kasih. Aku boleh buat sendiri."

Genggaman Bai Luo Yin agak kuat. Mujur saja kulit Gu Hai sedikit gelap, kalau tidak habis tangannya dipenuhi tanda merah!

"Ambil pembaris aku." Bai Luo Yin mengarah Gu Hai, tetapi dia tidak bergerak walau seinci.

"Kau tak dengar ke? Aku suruh ambil pembaris tu kan? Apa yang susah sangat?"

Gu Hai akhirnya mengalah. Pembaris itu diambil lalu dengan lembutnya diletakkan di atas tapak tangan Bai Luo Yin.

Loceng sekali lagi berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Gu Hai kembali ke tempat duduknya.

Di tangannya terdapat sehelai kertas yang bertulis sebuah karangan yang dikoyaknya dari buku Bai Luo Yin; sehelai kertas itu sudah cukup untuk dia menghargai betapa cantiknya tulisan tangan Bai Luo Yin.

•••

Selesai waktu sekolah, You Qi menyimpan barang-barangnya ke dalam beg. Dia berpaling menghadap Bai Luo Yin lalu berkata, "Jom pergi makan?"

"Aku bukan duduk kat asrama. Aku makan kat rumah je."

Bai Luo Yin keluar dari kelas tetapi dikejar You Qi. "Jomlah. Hari ni aku belanja. Jom kita makan kat kafeteria."

Bai Luo Yin berasa kurang senang dan berkata, "Kau ni. Agak-agaklah pilih tempat kalau nak belanja orang pun. Kafeteria tu kot."

Bai Luo Yin baru teringat yang hari ini ayahnya akan memasak untuk makan tengah hari, lalu dia mengubah fikiran dan menerima pelawaan You Qi.

Sepanjang perjalanan menuju kafeteria, You Qi sentiasa mengekalkan imej coolnya. Dia tidak suka memakai pakaian seragam sekolah, hanya memakai baju kemeja dan dua butang paling atas pada bajunya tidak dipasang, mendedahkan sebahagian dadanya.

Bai Luo Yin juga mendapati You Qi selalu membawa headphone. Apabila ada orang menegurnya dia tidak mendengar apa-apa pun.

Tapi ketika Bai Luo Yin mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, You Qi mesti hilang sabar.

Oleh itu, Bai Luo Yin dapat mengagak yang dia sebenarnya memasang mikrofon tersembunyi pada badannya untuk mencuri dengar.

"Aku rasa kau betul-betul cool."

Bai Luo Yin fikir dia salah dengar. Orang yang berada di sebelahnya itu mungkin sedang berpura-pura cool, tetapi dia pula yang dikatakan sedemikian.

"Bukan kau ke yang cool?"

"Aku berlakon je jadi macam ni," You Qi tersengih. "Tapi kau memang coollah. Aku dapat rasa yang kau seolah-olah berkata 'jangan dekat dengan aku!'."

"Jangan mengarutlah!"

You Qi tidak berkata apa-apa. Dan buat seketika apabila tiada orang di sekeliling, dan mengeluarkan tisu lalu bersin.

Bai Luo Yin memandangnya dan berkata, "Kau ada selesema ke?"

You Qi kaget. "Jadi, kau boleh nampak kan?"

"Habis tu? Kau ingat aku buta?"

Dalam setiap kelas, You Qi bersin tidak kurang dari lima kali, dan apabila kelas berakhir, dia akan meninggalkan tempat duduknya.

Ketika Bai Luo Yin mengangkat wajahnya, dia dapat lihat banyak tisu yang telah digunakan di dalam lacinya.

Malas berfikir tentang itu, Bai Luo Yin mengalihkan pandangannya dari You Qi, cuba mencari perhatian lain. Dia takut nanti selera makannya akan hilang.

•••

"Banyak betul kau makan."

Yu Qi memandang beberapa pinggan di atas meja; dua set hidangan, lapan ban daging, semangkuk mee goreng, tiga usus yang disumbat roti, semangkuk mee segera dan sepinggan ladu.

Dirasakannya seperti Wu Song yang sedang makan di situ.

(T/N: Wu Song ialah watak fiksyen dalam siri "Water Margin" yang terkenal kerana mengalahkan harimau hanya dengan tangan kosong)

Kesemua hidangan itu dimakan oleh Bai Luo Yin.

"Banyak ke? Aku tak kenyang lagi?"

You Qi berpeluh, sedikit cemas.

Dia ingin sekali turunkan berat badan kerana saiz kakinya yang terlalu besar dan nampak tidak sesuai apabila memakai seluar.

Dia selalu saja mencemburui Bai Luo Yin yang tidak terlalu gemuk, tidak terlalu kurus. Dan sekarang dia melihat Bai Luo Yin makan terlalu banyak tetapi badannya masih saja fit.

Cemburunya semakin menebal.

"Kerap ke kau bersenam?"

Yu Qi mula membongkar gaya hidup Bai Luo Yin.

Bai Luo Yin yang sudah selesai makan mengelap mulutnya dan menjawab, "Takde nak bersenamnya. Cuma berjalan pergi dan balik dari sekolah dan rehat yang cukup."

"Pelik. Habis kat mana makanan yng kau makan tu pergi?"

Bai Luo Yin menunjukkan jari telunjuk ke perutnya lalu menjawab, "Kau tanya dia. Aku tak tahu."

Bai Luo Yin berdiri lalu meninggalkan You Qi.

Yu Qi masih kaku. Dia menyesal belanja Bai Luo Yin pada hari ini. Dan sekarang dia tidak dapat lagi ke kafeteria untuk hari ini kerana semua hidangan pada kad makannya telah digunakan.

"Kawan, boleh aku pinjam kad makan kau? Kad makan aku tertinggal kat rumah." Suara yang agak rendah dan sedikit ramah itu kedengaran di telinga Yu Qi.

Dia mengambil kad makannya menggunakan dua jari lalu diberikan pada orang itu.

"Nah, guna je. Tak payah pulangkan."

Are You Addicted? (Bahasa Melayu)Where stories live. Discover now