Bab 12 Mengapa Dia Selalu Tidur Di Dalam Kelas?

132 5 0
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.

Semenjak You Qi menerima sekotak besar tisu tandas, dia tidak henti-henti menggunakannya.

Walaupun hanya digunakan untuk mengelap hidung yang berair, tetapi hampir satu gulung dia habiskan.

Selesai saja mengelap hidungnya, dia berpaling lalu tersengih pada orang di belakangnya. Tingkah lakunya itu tidak ubah seperti gadis remaja yang sedang dilamun cinta monyet.

Menjengkelkan!

Bai Luo Yin tidak tahan melihat perbuatannya yang sengaja dibuat-buat itu.

Walaupun dengan ketinggian 1.80m dan berwajah mirip Takeshi Kaneshiro, Yu Qi masih saja kelihatan bodoh.

(T/N: Takeshi Kaneshiro (Jingcheng Wu) - seorang pelakon dan penyanyi yang berdarah Taiwan dan Jepun, dia sangat popular pada 1990an kerana wajahnya yang tampan.)

"Aku dah cakap kan? Bukan aku yang bagi tisu tu. Tolonglah berhenti buat benda bodoh ni!"

You Qi tidak menghiraukan Bai Luo Yin, dia tetap berpura-pura bersin di hadapannya.

Kali ini bersinnya yang disengajakan itu lebih parah sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

Bai Luo Yin akhirnya buntu dan dia terus menelaah buku-buku di di atas meja tanpa mengangkat kepala memandang You Qi yang berterusan mengejeknya.

Setelah selesai, matanya terasa berat dan dengan serta merta dia hanyut dibuai mimpi.

Tiada siapa yang berani membangunkannya.

Sebahagian pelajar perempuan di dalam kelas itu berterusan menggedik di hadapan You Qi.

Sebahagian lagi adalah pelajar-pelajar perempuan yang selekeh; jika ada letupan yang berlaku di hadapan mereka pun, mereka masih bersikap acuh tak acuh.

Pelajar-pelajar lelaki pula, yang mana sedang bermain terus bermain dan yang mana sedang bersembang terus bersembang.

Sejujurnya, segala perkara yang remeh-temeh yang berlaku di dalam kelas itu langsung tidak diambil peduli.

Dan sudah pasti, segala-galanya ada pengecualian.

Pada kedudukan paling belakang di baris yang terakhir, ada seorang pelajar lelaki yang tidak berbuat apa-apa.

Pelajar itu biasanya pantas dalam melakukan sesuatu perkara.  Jika pelajar lain mengambil masa selama dua waktu pembelajaran untuk mengulang kaji, tetapi dia hanya memerlukan setengah jam sahaja.

You Qi dari tadi asyik bergerak ke kiri dan kanan. Dia masih tidak berhenti bersin. Malah, bersinnya itu bertambah kuat sehingga bunyinya kedengaran ke segenap ruangan kelas.

Gu Hai merasa terganggu, dia menoleh ke arah datangnya bunyi yang menyakitkan hati itu.

Dia memandang langsung ke arah itu. Jadi, orang pertama yang dia nampak bukan You Qi, tetapi orang yang berada di belakangnya.

Iaitu Bai Luo Yin.

Dia tidur lagi?

•••

Gu Hai tertanya-tanya apa yang dilakukan Bai Luo Yin pada waktu malam.

Mengapa dia selalu nampak penat dan sentiasa tidur di dalam kelas?

Dia  tertanya-tanya sama ada Bai Luo Yin benar-benar tidur atau hanya berpura-pura.

Kalau dia benar-benar tidur, mengapa setiap kali namanya dipanggil, dia bisa menjawab?

"Kau tengok siapa tu?"

Tiba-tiba satu suara bertanya, menghilangkan seribu persoalan yang bermain dalam kepala Gu Hai.

Pandangannya dialihkan dari Bai Luo Yin ke arah tempat duduk di hadapannya, ternyata ia seorang gadis yang juga rakan sekelasnya.

Gadis itu mempunyai rupa paras yang menarik, dengan suaranya yang agak manis. Jelas ada campuran loghat Beijing dan Hong Kong dalam percakapannya, sesiapa saja yang mendengar suaranya pasti meremang bulu roma.

"Kau kenal dia?"

Gu Hai menunjukkan jarinya ke arah Bai Luo Yin.

Dan Xiao Xuan memandang lembut pada Gu Hai, "Siapa yang tak kenal dia, kitorang satu kelas dulu. Pernah sekali aku ajak dia keluar, tapi pandang aku pun dia tak nak. Aku nak bagi tau kau yang dia ni unik dan bijak sebenarnya. Tak pe, nanti lama-lama kau kenal lah dia."

Dan Xiao Xuan tidak tahu jika ayatnya itu berjaya mempengaruhi pandangan Gu Hai terhadap Bai Luo Yin.

"Dia memang suka tidur ke?"

"Tidur, ahh! Macam tu lah dia, hari-hari tidur. Dari loceng mula kelas sampailah loceng habis waktu sekolah. Lagi satu, aku nak bagi tau kau, tapi, kau jangan bagi tau orang lain pulak. Bai Luo Yin, dia tak ada ibu."

Kata-kata itu diucapkan kepada Gu Hai dalam nada yang sangat perlahan. Namun, masih bisa menyentuh lubuk hatinya yang paling dalam. Dadanya seolah-olah dihimpit kesedihan.

Tiada ibu.

Bagi seseorang yang tidak pernah merasa bagaimana hangatnya pelukan seorang ibu, ianya adalah satu perkara yang sangat menyakitkan.

"Kau rasa panas ke? Kau berpeluh ni."

Dan Xiao Xuan mengambil kipas kecil dan dengan gaya tubuh yang agak menggoda dia mula mengibas Gu Hai.

Semua pelajar lelaki mula memberi perhatian kepada mereka berdua. Ada yang mulai berbisik.

Gu Hai melirik matanya ke arah pelajar-pelajar yang memandangnya lalu dengan serta merta mereka beralih ke arah lain.

•••

Apabila waktu rehat, Gu Hai pergi ke meja Bai Luo Yin dan mengamati alat tulisnya yang diletakkan di atas meja.

Sebatang pen dakwat basah, sebatang pensel dan sebatang highlight pen yang lama, sebotol dakwat berharga 5 mao (sen) yang hampir kosong, sebatang pembaris yang skalanya sudah pudar dan bekas alat tulis yang ringkas.

Gu Hai beralih pula melihat apa yang ada di dalam lacinya.

Sebuah beg lusuh, tali sandangnya kelihatan seperti sudah rosak beberapa kali. Ada beberapa tampalan dengan jahitan yang berlainan warna pada beg itu.

Sejujurnya, ini bukan kali pertama Gu Hai bertemu seseorang yang sangat miskin, tetapi melihat seseorang yang tidak malu mempamerkan kemiskinan mereka seperti Bai Luo Yin, ini adalah kali pertamanya.

•••

Setelah waktu sekolah tamat, kelihatan sebuah kereta tentera diletakkan di bawah pokok besar di lapangan sekolah. Tempat itu tidak sepatutnya menjadi tempat meletak kenderaan.

Oleh kerana kereta tersebut mempunyai nombor pendaftaran tentera yang menjadi simbol pihak kerajaan tertinggi di daerah itu, bukan saja di bawah pokok itu bahkan kalau diletakkan di atas pokok itu sekali pun tiada siapa yang berani membuat aduan.

"Berapa kali aku nak cakap, jangan datang ambil aku. Aku boleh balik naik teksi."

Pemandu itu hanya tersenyum dan sedikit mengangguk, "Saya risau kalau ada sesuatu yang buruk berlaku pada kamu. Trafik kat sini selalu sesak. Lagi pun teksi-teksi sekitar sini, pemandunya teruk. Macam mana kalau nanti mereka tipu kamu? Dah, jom masuk!"

Gu Hai memandang ke arah pintu utama sekolah dan matanya menangkap satu figura yang amat dikenalinya.

Tanpa berkata sepatah pun dia terus pergi ke jalan utama, meninggalkan pemandu tadi yang kebingungan.

Are You Addicted? (Bahasa Melayu)Where stories live. Discover now