Bab 10 Aku Siat Kau Hidup-Hidup!

120 4 0
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.


"Bai Luo Yin, keluar sekejap!"

Semasa waktu pembelajaran kendiri, Bai Luo Ying telah dipanggil keluar oleh seorang guru bahasa.

"Saya tak tahu apa yang awak fikir tentang saya, awak ada bagi tahu saya yang awak tak pernah merungut kalau saya bagi kerja rumah. Kalau ada pun, awak akan bagi tahu saya awal-awal. Janganlah nak main-main dengan saya! Selama ni saya pandang awak tinggi, tapi tindakan awak kali ni mengecewakan saya."

Bai Luo Yin terpinga-pinga. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.

"Jelaskan pada saya, apa makna semua ni?"

Guru bahasa itu tiba-tiba membaling buku latihannya ke arahnya.

Bai Luo Yin membuka buku itu.

Kosong.

Sepatah perkataan pun tiada.

Dia cuba untuk ingat kembali. Setahunya dia sudahpun menulis karangan yang diberikan gurunya itu. Walaupun isinya biasa-biasa saja, tapi takkan ia perlu dikoyakkan.

"Bagi tahu saya, kenapa kamu hantar buku kosong?"

"Kosong?"

Bai Luo Yin tersentak. Hampir-hampir saja dia tersungkur.

Guru bahasa itu kelihatan begitu marah, "Sudahlah! Saya dah bertahun-tahun mengajar. Dah macam-macam perangai yang saya jumpa. Saya nak awak balik, lepas tu tulis semula karangan yang saya suruh buat."

"Tak.... " Bai Luo Yin sedikit cemas.

"Cikgu, memang saya ada tulis karangan tu, tapi saya tak tahu siapa yang koyak halaman ni."

Guru bahasa tadi bepaling semula dengan ekspresi wajahnya yang menakutkan.

"Jadi, kamu nak kata saya yang koyak buku tu?

"Tak, bukan itu yang saya maksudkan."

"Baiklah, duduk kat luar ni sampai kamu faham. Jangan masuk kelas selagi waktu saya belum habis!"

Bai Luo Yin tidak bergerak sama sekali.

Guru bahasa tadi menoleh lagi sambil berkata, "Jangan ingat saya ni sasaran mudah!"

Siapa sasar siapa?

Bai Luo Yin mengetip bibirnya.

Celaka!

Kalau aku dapat siapa yang koyakkan buku aku.

Aku siat hidup-hidup!

•••

Dalam sebuah restoran masakan panas, Gu Hai sedang menikmati makan malam bersama dua sahabat karibnya, mereka sudah berkawan sejak dari kecil. Ketiga-tiganya membesar di kem tentera ayahnya.

"Ayah kau tak cuba cari kau ke?"

"Tak."

"Ahh.. Kali ni dia mesti marah gila?"

Gu Hai mengeluarkan tawa kecil. Jarinya mengetik-ngetik gelas wine dan berkata dengan nada tenang, "Macam mana dia tak marahnya, sejak dulu lagi dia tak dapat kawal aku. Setahu aku, dia memang dah lama nak aku keluar dari rumah tu, cuma dia je tak ada sebab nak halau aku."

"Apa-apa pun kau tetap anaknya. Takkanlah dia nak halau kau pulak, kan?"

Li Shuo menuangkan segelas lagi wine ke dalam gelas Gu Hai. Kemudian ketiga-tiganya minum dengan hanya sekali teguk.

"Kau baru tau ke yang dia tu kejam. Kau tak ingat, dulu kalau aku lawan cakap dia, dia akan kurung aku dalam kandang kuda? Tu pun mujur ibu aku ada masa tu, kalau tak, tak ada nya aku hidup hari ni."

Zhou Shi Hu mengangguk, "Yalah, sejak aku kecil, aku selalu gelabah kalau nampak ayah kau."

"Betul tu. Err.. Hari tu, kau kata yang ada orang sabotaj plan kau dan habis barang-barang kena curi. Kau dah dapat tahu siapa pelakunya?"

Mimikirkan akan hal itu, Gu Hai berasa marah. Giginya diketip rapat.

"Aku dah jumpa dua barang tu dekat kedai second-hand, orang yang jual tu pakai ID palsu, jadi susah sikit aku nak tahu siapa orang yang sebenarnya. Tapi takpe, aku akan cari sampai lubang cacing siapa yang berani curi barang-barang tu!"

Li Shuo tersenyum lebar dan berkata, "Nahaslah orang tu!"

Zhou Shi Hu memasukkan beberapa keping daging ke dalam periuk yang sedang mendidih lalu menatap Gu Hai dan bertanya, "Aku dengar perempuan tu ada sorang anak lelaki, kau dah jumpa dia ke belum?"

"Lagi baik kalau aku tak jumpa dia."

Li Shuo senyum dan berkata dalam nada yang berjenaka, "Atau kau takut nanti dia akan jadi anak yang dibanggakan oleh ayah kau?"

Gu Hai merenung Li Shuo dengan pandangan matanya yang tajam. Hampir saja mangkuk Li Shuo yang dipenuhi daging panas yang mendidih itu bertukar menjadi beku.

Zhou Shi Hu menepuk bahu Li Shuo, mahu meredakan keadaan.

"Sudah lah. Jangan cakap benda yang tak guna lagi. Makan, makan!"

Are You Addicted? (Bahasa Melayu)Where stories live. Discover now