Bab 8 Bagaimana Perkataan Ini Dibaca?

125 7 1
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.


"Ini adalah kad nama semua pelajar kelas kita, bantu saya tulis nama mereka berdasarkan tempat duduk masing-masing. Nanti lepas habis kelas, serahkan pada saya."

Bai Luo Yin mengambil kad nama itu tanpa berkata apa-apa. Satu demi satu nama ditulis dengan teliti.

Semua pelajar lelaki di dalam kelas itu memandangnya dengan penuh iri hati. Masakan tidak, baru saja separuh hari bersekolah, guru paling cantik di sekolah itu sudah pun meminta pertolongannya.

Tapi, mengapa dia? Sejujurnya, Bai Luo Yin sudah terbiasa akan hal ini kerana setiap kali berada di kelas baru, guru kelas akan memintanya menyalin senarai carta kedudukan pelajar kerana tulisannya yang cantik.

Dan tentu sekali tulisannnya itu seelok rupa parasnya.

"Gao Chao, Wang Jian, Wei Ze Long, Gu Xin, Fang Xiao Shi... "

Bai Luo Yin menyalin setiap nama ke dalam carta kedudukan mengikut turutan; apabila dia mengambil kad nama yang seterusnya, dia tergamam seketika.

Gu .. Ke? Tak sama.

Gu .. Mu? Mana ada orang yang nama macam ni.

Gu .. Lang? Salah.

Dia kebingungan buat beberapa detik dan akhirnya menepuk bahu You Qi.

"Hey, macam mana nak baca ni?"

You Qi memegang kad itu dengan sebelah tangannya dan jari telunjuk di tangan yang satu lagi menyentuh hidungnya. Dia berfikir sejenak.

Beberapa saat kemudian, dia tiba-tiba bersin. Hidungnya dilap menggunakan tisu lalu dia menjawab dengan kuat, "Kenapa la ada orang yang tandatangannya macam selebriti?"

"Benci betul aku dengan orang macam ni."

Sepanjang pengalaman menyalin nama carta kedudukan pelajar selama bertahun-tahun, Bai Luo Yin sudah menjumpai pelbagai gaya penulisan; sama ada tulisan yang buruk atau kesalahan ejaan, dia sudah cam kesemuanya.

Tapi, apa yang paling dibencinya ialah mereka yang berpura-pura hebat dengan menulis dalam gaya kaligrafi, ia serta-merta menukarkan struktur huruf dan menyukarkannya untuk dibaca.

"Kau pergilah tanya dia, nombor tempat duduknya ada di kad tu kan? Cuma pergi tanya dia dan semua masalah selesai."

Dalam hidupnya, ini kali pertama Bai Luo Yin menjumpai orang yang sedemikian rupa. -suka menunjuk-nunjuk dan suka menarik perhatian orang lain-

•••

Gu Hai sedang membaca buku dengan kepalanya sedikit tertunduk. Tiba-tiba seseorang merampas buku itu dari tangannya.

Bai Luo Yin dengan tenang membelek buku tersebut ke muka surat hadapan, nama Gu Hai tertulis di ruangan kosong itu, tetapi ia ditulis dalam gaya kaligrafi, sukar baginya untuk mengenal satu huruf pun.

Gu Hai melihat ke atas dengan pandangan tajam, sementara Bai Luo Yin masih lagi tenang membelek setiap buku yang ada di atas meja.

Bai Luo Yin mengharapkan sebuah buku mempunyai nama yang ditulis dalam tulisan tangan biasa. Tetapi sayang, kesemuanya ditulis dalam gaya kaligrafi.

"Kau buat apa ni?" Satu suara sedikit kasar yang penuh amaran tiba-tiba bertanya Bai Luo Yin.

Buat seketika, dia memandang Gu Hai lalu menjawab ringkas, "Buat carta tempat duduk, bagi tahu aku nama kau."

"Gu Hai."

Bai Luo Yin sedikit terkejut, tetapi kemudian berkata dengan tenang, "Seorang manusia sepatutnya menulis dalam bahasa manusia."

Gu Hai agak terkejut. Kata-kata Bai Luo Yin itu sangat kasar; selain ayahnya, tiada siapa yang berani berkata sedemikian di hadapannya.

Ini kerana, sepuluh tahun lalu dia dikenali sebagai anak seorang Jeneral. Namun, identitinya sekarang hanyalah sebagai 'orang biasa'.

Dihina oleh seseorang itu kadang kala tidaklah begitu menyakitkan.

Jadi, tulisan ini dibaca sebagai 'Hai'?

Bai Luo Yin mahu saja mengoyakkan kertas yang dipegangnya.

Macam mana la ia boleh boleh dibaca sebagai 'Hai'?

Penulisannya langsung tak menyerupai perkataan 'Hai'!

Dengan perasaan yang penuh marah, Bai Luo Yin menulis nama Gu Hai di dalam carta kedudukan pelajar.

Are You Addicted? (Bahasa Melayu)Where stories live. Discover now