Nabi.

48 11 4
                                    

Tanggal 12 Rabiul Awal,
Lahirlah seorang insan ke dunia ini,
Kehadirannya sentiasa dinanti nanti,
Hadirnya membawa sinar ke dalam bumi.

Lahir baginda tanpa seorang ayah,
Waktu kecilnya bersama aminah,
Itulah dia ibunda tercinta.

Baginda lantas diuji ,
Ibunya aminah ditarik pergi

Lalu,

Tinggal baginda bersama kakeknya,
Namun tak lama,
Kerana kakeknya meninggal jua.

Tabah sungguh hati si kecil ini.

Lalu membesar baginda,

Bersama pamannya,
Diterima baik oleh keluarga,
Lalu membesar baginda menjadi insan berguna.

Diwaktu remaja,
Di ajak mengembara,
Di ajar juga untuk berniaga,
Ilmu diperoleh tidak dipersia,
Jadilah baginda antara peniaga ternama.

Tika umurnya menjangkau dua lima,
Lamaran Khadijah baginda terima,
Seorang bangsawan yang ternama,
Seluruh kota mekah turut gembira.
Berbahagialah baginda bersama isterinya.

Sampai suatu masa,
Baginda selalu ke gua hira',
Datang berniat untuk menyorok,
Ditempat itu jualah diturunkan wahyu iqra '.

Menggigil baginda ketakutan,
Lalu pulanglah baginda meminta dikasihankan,
Oleh isterinya yang jelitawan.

Baginda berkali diuji,
kini isterinya pula di ambil pergi.

Berdukalah baginda di tahun itu,

Tahun kesedihan,
Tahun pemergian insan kesayangan.

Kental jiwanya,
Walau sering diduga,
Tak pernah dikenal erti kalah.

Baginda kembali bangkit,
Walaupun dugaan menimpa amatlah rumit.

Dengan semangat berkobar,
Agama Islam mula baginda sebar.

Walau di caci, di herdik , di maki,
Semangatnya itu tak pernah mati,
Agama Islam yang kita anuti harini,
Berkat perjuangan lelaki sejati ini.

Hebat jasa baginda ,
namun tak pernah meminta harta ,
Cukup sekadar melihat agama ini kekal gah.

Wajarlah lelaki ini dicintai Tuhannya,
Dek kerana jiwanya yang tabah,
Kerna Jasanya yang kekal gah,
juga akhlaknya yang amat mahmudah.

Duhai ummat di zaman ini,
Sudahkah kalian berselawat pada nabi ?

Sudahkah biodatanya,
kalian kaji ?

Sedalam manakah cintamu,
pada insan sejati ini ?

Duhai Rasulullah,
Tunggu kami di pintu Jannah.

*12.12.16

Salam maulidur rasul.

Allahumma Solli Ala Muhammad.

Bebas.Where stories live. Discover now