Dia.

17 3 0
                                    

Bukan aku tak percaya,
Kasih yang kau tumpahkan itu,
Tulusnya sejernih laut biru.

Sayang yang kau beri,
Luasnya ,
Seperti langit dan bumi. 🎭

Angan yang kau bawa,
Tinggi,
Setara duduknya mentari pagi. ⛅

Bahagia yang kau cipta,
Nikmatnya,
Umpama hidup bagaikan di syurga.

Aku tahu. Aku mengerti.🙍

Berilah,
Andai itu yang kau mahu.
Jika itu yang kau perlu.

Namun,
Jangan salah langkah ,
Nafsu itu usah serakah,
Nanti syaitan gelak berdekah,
Lihat kau yang luka berdarah. 🔪

Maka,
Curahkanlah cinta itu ,
Hanya pada yang selayaknya,
Bukan pada dia ,
Bukan pada mereka ,
Tapi,
Pada dirimu sendiri ,
Terlebih dahulu. 💑

Ketahuilah,
Dirimu itu begitu berharga,
Hingga,
Takmampu dikira,
Mahupun ditulis dengan pena.

*141017

Lama tak update, busy huhu

Bebas.Where stories live. Discover now