Pengganti.

41 6 2
                                    

Bukan aku sengaja,
Meletakkan jurang antara kita.
Aku tahu kau perlu masa,
Untuk berfikir sewarasnya.

Aku tahu kau tak sengaja,
Natijahnya kau juga sama,
Inginkan yang terbaik untuk persahabatan ini.

Setelah satu persatu,
Ujian yang melanda,
Kita tempuh dengan padu.
Setelah segala tomahan,
Kau dan aku terpaksa telan.

Aku yakin,
Kau takkan sesekali letakkan noktah untuk kisah fantasi ini .
Walau kini wajah tak bertemu wajah,
Namun hati tetap sebati,
Diikat atas persahabatan kerana ilahi

Terbanglah,
Walau sejauh mana pun kau pergi,
Kita tetap kita,
Tiada apa yang berbeza,

Aku masih sayang kau,
Ya, tetap sama macam dulu.
Cari pengganti tempat kau?
Maaf, aku takmampu. 😳

-300417



Bebas.Where stories live. Discover now