+1

1K 136 18
                                    

Gadis yang memakai gaun singkat dan tampak elegan itu berjalan dengan penuh rasa bangga apabila semua mata tertumpu kepadanya. Dia suka menjadi tumpuan. Dia suka apabila semua jejaka melirik ke arahnya. Dia ialah Han Yeseul.

" Ops! Saya minta maaf cik. Saya tak sengaja." Seorang gadis yang melanggar Yeseul, tertunduk meminta maaf.

" Oh wait. I rasa, I kenal you. Erm Park Hyena right?" Sungguh Yeseul tidak menyangka dia berjumpa dengan gadis ini. Gadis bernama Hyena itu diperhatinya atas bawah. Cantik! Nampak ayu dan naif sahaja budak ini. Tidak sangka Jaehyun ditunangkan dengan gadis ini. Gadis ini mengingatkan kepada dirinya yang dulu.

" Oh eonnie kenal saya?" Soal Hyena hairan.

" Yes. Eonnie kawan Jaehyun, Han Yeseul." Tangan Yeseul bersalaman dengan tangan Hyena.

" Kawan Jaehyun oppa? Eonnie datang sini nak jumpa Jaehyun oppa ke?" Soal Hyena hairan. Ya lah, kini mereka sedang berada di lobi Jung's Holdings, jadi mungkin gadis ini mahu berjumpa dengan tunangnya itu.

" Aniyo. Eonnie ada kerja di sini sebab tu singgah kejap. Hyena nak jumpa Jaehyun ke?" Yeseul berbohong. Ya, setelah pulang dari luar negara sejak 3 tahun yang lalu, dia terus bergegas ke sinj dengan tujuan mahu berjumpa dengan Jaehyun namun setelah terserempak dengan tunang kepada jejaka kesayangannya itu, niatnya itu dimatikan.

" Ha'ah. Jaehyun kata nak bawa Hyena keluar lunch. Eonnie nak join?" Hyena mempelawa. Yeseul ketawa dalam hati. Wrong decision, dear!

" It's okay. Korang pergilah. But, jangan lupa kirim salam rindu eonnie dekat Jaehyun. I mean rindu as a friend. Hyena tak marah kan?" Yeseul sengaja menguji. Dia ketawa kecil.

" Aniyo. Eonnie kan kawan Jaehyun oppa." Balas Hyena. Kau terlalu naif, Park Hyena. Bisik hati Yeseul perlahan.

" I got to go! Nice too meet you, Hyena."

" Me too. Em eonnie, kita akan jumpa lagi kan?" Soal Hyena. Entah kenapa berasa senang dengan gadis di hadapannya itu.

Yeseul mengangguk perlahan. Kita akan selalu jumpa, dear.


××××××

" Kenapa lambat sangat?" Soal Jaehyun hairan. Gadis bertubuh kecil itu dipandangnya. Walaupun pertunangannya dengan Hyena itu diaturkan, namun dia tetap cuba untuk menyayangi gadis itu.

" Tadi Hyena terserempak dengan kawan oppa." Hyena berkata.

" Kawan oppa? Perempuan ke lelaki? Taeyong hyung? Mark? Mingyu? Dokyeom?"

" Perempuan. Nama dia Han Yeseul." Jaehyun tersentak. Han Yeseul? Macam pernah dengar tapi entahlah, mungkin bekas kekasihnya dahulu.

" Oh ye." Balas Jaehyun pendek. Dia malas mahu menyerabutkan otaknya dengan perkara yang tidak patut.

" Oppa, dia cantik sangat! She looks like celebrity." Hyena bersuara teruja.

" Dah, jom kita pergi makan." Jaehyun memulakan langkah. Hyena mengeluh kecewa apabila Jaehyun tidak memberikan sebarang reaksi.

××××××××

" Suprise!" Seorang jejaka yang berdiri di hadapan pintu rumah Yeseul berkata ceria. Yeseul memandang bosan. Dari berasa terkejut, dia lebih kepada berasa menyampah.

" Eh tak terkejut ke? Alaa sedihnya aku." Jejaka itu mencebik sedih.

" Kau terbang jauh-jauh dari Thailand semata-mata nak terkejutkan aku je ke?" Soal Yeseul lantas memberi ruang kepada jejaka itu untuk masuk ke rumahnya. Ten Chittaphon Leechaiyapornkul. Teman baiknya yang semasa dia berada di Thailand dahulu. Dia menetap di Thailand sejak 3 tahun yang lalu dan membuat keputusan untuk kembali ke Korea semalam. Tak sampai 24 jam, Ten kini sudah terpacak dihadapannya.

" Hehehehee tak adalah. So, boleh aku tumpang rumah kau?"

" No! Kau ada rumah sendiri kan?" Ten datang dari keluarga yang kaya dan dia juga pernah tinggal di Korea dahulu. Jadi, tak hairanlah jika dia juga fasih bercakap Korea. Rumah sendiri punya besar, ada hati nak tumpang rumah orang.

" Aku gurau je lah. Eh, kau dah jumpa Jaehyun?" Ten yang memang sudah arif tentang sahabatnya itu bertanya.

" Tak. Tapi aku jumpa tunang dia."

" What?! Kau serang dia ke? Tarik-tarik rambut tak? Siapa menang?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Ten.

" Hello! Zaman bila kau main tarik-tarik rambut? Aku bukan perempuan yang kotorkan tangan aku ataupun rosakkan imej aku untuk bergaduh." Yeseul membalas sekadar tersenyum sinis.

" Kau ni memang perempuan paling jahat yang pernah aku jumpa." Ten berkata.

" Dan kau lelaki yang paling menyakitkan hati yang aku pernah jumpa."

" Yeke? Bukan ke Jung Jaehyun lelaki yang paling menyakitkan hati?"

" Diamlah kau."

" Jom keluar?" Ten bersuara. Sudah lama dia tinggalkan Korea jadi, selok-belok Seoul memang sudah tidak jelas diingatannya.

" Pergi mana?"

" Makan."

×××××××

" Disebababkan kau yang ajak, jadi kau lah kena belanja." Yeseul bersuara setelah mereka masuk ke dalam sebuah restoran.

" Okay. Tapikan, boleh tak kau jangan pegang tangan aku? Kau buatkan aku ni nampak macam boyfriend kau. Kau tau tak berapa pasang mata pandang aku macam nak telan?" Ten berkata. Sungguh dia tak suka bila dipandang sebegitu oleh orang sekeliling setiap kali berjalan dengan Yeseul. Namun, dia tidak pula rasa terbeban. Malah, dia suka berkawan dengan gadis itu.

" Well, kau sepatutnya bangga tau sebab dapat jalan dengan aku. Wanita idaman dunia. Tapi, aku dah biasa pegang tangan kau, so aku taknak lepas." Yeseul memberi kata putus.

" Okay. Tapikan yang kau cakap pasal wanita idaman dunia tadi, aku rasa kalau orang tau perangai kau, tak ada siapa pun sudi jadi kawan kau tau." Yeseul mencebik mendengar jawapan Ten. Inilah sebabnya dia suka berkawan dengan Ten. Sebab Ten satu-satunya lelaki yang memahaminya lebih dari orang lain.

Yeseul dan Ten menjamah makanan sambil berbual panjang. Bermacam-macam topik yang keluar dari mulut mereka. Ada saja perkara yang mahu dibualkan. Tiba-tiba mata Yeseul terpaku ke arah seseorang.

" Jaehyun!"

" Huh? Aku cakap dekat kau mama aku suruh aku carikan aku isteri and kau jawab Jaehyun? Biar betul kau? Sanggup kau berkongsi dengan aku?"

" Bodohlah kau. Bukan! Tu, Jaehyun!" Jari Yeseul ditunding ke arah sekumpulan lelaki dan di antara mereka itu memang Jaehyun turut berada disitu.

" Wow handsome! Tapi, aku handsome banyak lagi." Statement merapu Ten tidak dilayan Yeseul apabila dia melihat Jaehyun bangun. Mungkin dia nak pergi tandas? Game start, Han Yeseul.

" Aku nak pergi tandas kejap." Dia berkata kepada Ten lantas bangun dan mengorak langkah.

×××××

Jaehyun melihat pantulan dirinya di hadapan cermin. Dia tersenyum sendiri. Dia sangat bangga dikurniakan rupa yang amat menarik dan mampu membuatkan wanita cair dengannya. Namun, dia sedar bahawa dia sudah mempuanyai tunang. Apapun jadi, dia mahu setia dengan tunangnya.

Jaehyun keluar dari tandas setelah puas menilik penampilannya. Tiba-tiba tangannya ditarik seorang gadis ke sebuah lorong kecil. Dia tersentak.

" Hello Jung Jaehyun. Nice to meet you, again."

First chapter! I'm so nervous. Hello nctstans! Vote and comment for this chapter! Saranghae readers ♡

Mistress (NCT's Jaehyun)Where stories live. Discover now