" Jom!" Hyena berkata lantas masuk ke dalam kereta Jaehyun. Hari ini merupakan hari yang gembira baginya kerana dia, Jaehyun dan kawan-kawannya akan pergi bercuti!
" Kawan-kawan oppa dah on the way ke belum?" Soal Hyena.
" Dah. Diorang cakap jumpa dekat airport. Kawan-kawan Hyena pula?"
" Haah, diorang pun cakap benda yang sama." Balas Hyena. Ya, dia membawa dua orang temannya iaitu Jieun dan Sora. Kedua-dua mereka mereka merupakan teman rapat Hyena dari sekolah tinggi hinggalah sekarang.
" Oppa, sebenarnya.." Kata-kata Hyena itu terhenti apabila telefonnya berdering. Dia melihat nama pemanggil.
" Yo. Dah sampai ke? Okay-okay, kitorang pun dah nak sampai. Ye, jumpa sana, bye." Talian dimatikan. Hyena memandang Jaehyun yang masih fokus memandu.
" Siapa call?"
" Sora. Dia suruh cepat." Balas Hyena. Dia bahkan sudah terlupa tentang perkara yang mahu dicakapkannya tadi.
××××××××
" Hyena!" Laungan itu membuatkan Hyena menoleh. Dia dapat melihat dua orang sahabatnya itu sedang bersama teman-teman Jaehyun.
" Awalnya korang sampai. Excited la tu." Hyena mengusik.
" Orang sponsor bercuti, mana tak excited nya." Balas Jieun selamba.
" Eh eonnie tak sampai lagi?" Kata-kata Hyena membuatkan Jaehyun menoleh ke arahnya. Dia melihat sekeliling. Taeyong, Mark, Mingyu, Dokyeom, Sora, Jieun, Hyena dan dirinya. Rasanya semuanya sudah ada, siapa pula ' eonnie ' yang dimaksudkan Hyena.
" Eonnie? Siapa lagi yang join kita?" Soal Jaehyun tertanya-tanya. Tak mungkin lah..
" Ah.. lupa nak cakap dengan oppa. Hyena ajak Ye-----"
" Sorry! Kitorang terlewat." Satu suara mengejutkan Jaehyun. Dia kenal suara itu, itu ialah suara Han Yeseul. Kini Yeseul dan Ten sedang tegak berdiri di hadapannya. Setelah hampir dua minggu terjadinya 'kejadian' itu dia dan Yeseul langsung tidak pernah bertemu. Mereka bahkan langsung tidak berhubung. Kedua-duanya menganggap perkara tersebut bagaikan tidak pernah terjadi.
" Hyena ajak Yesul eonnie, kebetulan kitorang terserempak minggu lepas." Hyena berkata dengan gembira tanpa menyedari bahawa Jaehyun sudah mula resah. Bagaimana dia tak resah kalau tunangnya dan kekasih gelapnya bercuti bersama-sama?
" You tak kisahkan I dengan Ten join korang?" Soal Yeseul tiba-tiba. Dia sengaja menghilangkan diri sehingga hampir 2 minggu kerana dia mahu Jaehyun mencarinya namun sebaliknya berlaku. Kini dia sendiri yang terpacak di hadapan jejaka itu.
" Mestilah." Senyuman hambar terukir di bibir Jaehyun.
" Ini boyfriend eonnie ke?" Soal Hyena sambil jarinya menunding ke arah Ten.
" Bu---"
" Oh dia ni lah Ten, boyfriend you yang you selalu ceritakan tu kan?" Jaehyun yang tiba-tiba memotong percakapan Yeseul tadi membuatkan Ten, Yeseul dan teman-teman Jaehyun yang mengetahui hubungan mereka berdua, terperanjat. Apa motif Jaehyun cakap macam tu?
" Serius ini boyfriend eonnie?"
" Ye lah, sayang. Yeseul pernah ceritakan pasal Ten pada oppa."
YOU ARE READING
Mistress (NCT's Jaehyun)
Fanfic1. Goda Jung Jaehyun. 2. Jadi perempuan simpanan Jung Jaehyun. 3. Putuskan pertunangan Jung Jaehyun. Misi untuk memikat jejaka kesayangannya. Walaupun kedengaran kejam namun ini sahaja satu-satunya cara untuk Han Yeseul bersama dengan Jung Jaehyun.