" Kau tak keluar harini?" Soal Ten yang baru tiba di rumah Yeseul.
" Tak tahu lagi. Malaslah." Balas Yeseul sambil matanya masih lagi tertumpu ke skrin televisyen.
" Kau tak pergi jumpa Jaehyun?" Ten bersuara hairan.
" Aku gaduh dengan dia." Balas Yeseul. Ya, sudah seminggu dia tidak menganggu Jaehyun. Semuanya gara-gara pergaduhan kecil ketika di restoran seminggu yang lalu.
" Kau bergaduh dengan dia? Wow, dah macam pasangan bercinta." Ten mengusik.
" Shut up Chittaphon."
" Kau dah mengalah ke?" Ten tiba-tiba menyoal serius. Yeseul kekal membatu. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya.
" Han Yeseul, takkan sebab pergaduhan kecil tu kau dah mengalah? Wake up la Yeseul. Ini bukan Yeseul yang aku kenal. Kau nak ke usaha kau selama ni terkubur macam tu je?" Ten membebel. Dia tidak suka apabila gadis ini nampak tidak bersemangat dan lesu. Dia tahu Yeseul seorang gadis yang kuat. Buktinya, semasa di Thailand dahulu Yeseul tidak pernah menangis walaupun menonton cerita sedih. Ten pula yang beria-ria menangis bagai nak rak. Yeseul masih kekal dengan mukanya yang tidak berperasaan dan hatinya yang keras itu.
" Dah, sekarang kau bangun!" Tangan Yeseul ditarik Ten.
" Nak pergi mana?" Soal Yeseul malas. Sedikit-sebanyak kata-kata Ten tadi ada juga betulnya. Kenapa dia jadi tidak bersemangat sebegini?
" Kau pergi siap cantik-cantik and then keluar dan goda Jung Jaehyun." Yeseul terdiam.
" Tapi.."
" Tak ada tapi-tapi! Ini impian kau. Aku tak suka tengok kau lemah macam ni. Dah, bangun!" Potong Ten.
" Ye lah. Tapi sebelum tu.." Belum sempat Yeseul menghabiskan ayatnya, tubuh Ten dirangkul dalam pelukan.
" Thank you Chittaphon. Aku sayang kau. Kau lah sahabat aku sampai bila-bila." Ucap Yeseul. Ten ketawa kecil. Bukan senang untuk dengar Yeseul cakap sebegini.
" Ye, ye aku pun sayang diri aku." Mendengar sahaja jawapan Ten itu, tubuh Ten ditolak.
" Cis!" Yeseul memutarkan bebola matanya.
" Dah kau, pergi bersiap sana. Kau ada misi yang lagi penting." Ten berkata.
" Betul cakap kau. Misi memikat Jung Jaehyun."
××××××
Bunyi loceng serta ketukan bertalu-talu itu menganggu Jaehyun yang sedang berbaring di sofa. Siapa pula yang ke datang rumahnya? Dengan rasa malas, dia bangun lantas membuka pintu.
" What are you doing here?" Soal Jaehyun kaget apabila melihat Yeseul berdiri di depan pintu rumahnya. Dalam masa seminggu ini, hidupnya tenang tidak diganggu Yeseul namun pada masa yang sama, dia tetap rasa bersalah setelah Yeseul pergi ketika mereka makan bersama seminggu yang lalu.
" Boleh I masuk?" Yeseul tidak menjawab pertanyaan Jaehyun malah dia pula yang menyoal. Jaehyun memberikan sedikit ruang kepada gadis itu untuk masuk ke dalam rumahnya. Bukan apa, dia cuma mahu menyelesaikan semua ini.
" Tempat ni masih sama macam dulu." Yeseul berkata sambil memerhati sekeliling. Ya, rumah ini masih sama seperti 3 tahun lalu.
" Kenapa you datang sini?" Tanpa menunggu lama, Jaehyun sekali lagi bertanya.
" I datang melawat kekasih I sendiri pun tak boleh ke? Bukan you memang tengah tunggu I ke?" Yeseul menjawab sambil dia mendekati Jaehyun.
YOU ARE READING
Mistress (NCT's Jaehyun)
Fanfic1. Goda Jung Jaehyun. 2. Jadi perempuan simpanan Jung Jaehyun. 3. Putuskan pertunangan Jung Jaehyun. Misi untuk memikat jejaka kesayangannya. Walaupun kedengaran kejam namun ini sahaja satu-satunya cara untuk Han Yeseul bersama dengan Jung Jaehyun.