" Who are you?" Soal Jaehyun hairan. Dia terkejut apabila gadis itu mendekatkan wajah ke wajahnya.
" Han Yeseul." Sepatah nama itu membuatkan Jaehyun mengerutkan dahinya. Tadi, nama itu juga yang meniti di bibir Hyena.
" Han Yeseul? You mean Yeseul si nerd dulu ke?" Wajah Yeseul yang dahulu tiba-tiba muncul di fikirannya. Dan kini, Yeseul yang dihadapannya pula dipandang. Dengan dress singkat, dengan wajah yang cantik, memang sangat lain.
" Kalau itu yang you nak panggil so silakan. But now, you sendiri tahu, I dah tak macam dulu." Tangan Yeseul merangkul leher Jaehyun. Pandangan menggoda dilemparkan. Dia tersenyum manis. Wajah Jaehyun yang tampak panik itu membuatkan Yeseul geli hati.
" Yeseul, maybe you belum tahu, tapi I dah bertunang." Jaehyun cuba melepaskan rangkulan Yeseul. Dia seorang lelaki jadi tak mustahil yang dia boleh tewas dengan godaan gadis dihadapannya itu.
" I know Jung Jaehyun. I know everything about you. You lupa? I pernah cakap yang bila I kembali, you akan jadi milik I. Dan I sanggup buat apa sahaja untuk jadikan you milik I." Bisik Yeseul di telinga Jaehyun.
" You ni gila ke apa?"
" Yes. I gilakan you." Suasana sepi. Jaehyun kehilangan kata-kata.
" Okaylah, I kena pergi. Kita akan berjumpa lagi, sayang." Yeseul mengelus pipi Jaehyun lembut lantas mengenyitkan matanya. Dia mula mengorak langkah meninggalkan Jaehyun sendirian. First mission, check!
××××××
Setibanya di mejanya, Yeseul dapat melihat Ten sedang duduk bersama kumpulan lelaki yang datang bersama Jaehyun tadi. Diorang kenal sesama sendiri?
" Ten, jom balik." Yeseul yang melangkah mendekati mereka itu, berkata.
" Yeseul, kau pergi tandas ke buat tandas?" Ten bertanya.
" Aku tolong makcik cleaner cuci tandas. Puas hati kau?" Yeseul menyindir.
" Wait, Han Yeseul?" Yeseul yang lupa tentang kewujudan beberapa orang lelaki itu mula tersedar yang bukan hanya dia dan Ten sahaja di situ.
" Oh, hi korang?" Yeseul menegur.
" Seriously you Yeseul yang..."
" Yes. I Yeseul yang nerd, yang tak cantik dan yang perempuan yang korang gunakan untuk cabar Jung Jaehyun. Korang lupa?" Yeseul tersenyum sinis.
" Oh my god! Matilah kita." Gumam Mingyu perlahan.
" Don't worry Mingyu, I tak makan orang." Yeseul yang mendengar kata-kata Mingyu itu bersuara.
" Err.. Yeseul, jom kita balik." Ten tiba-tiba mencelah.
" Ten, kau kenal diorang?" Soal Yeseul.
" Taeyong hyung ni, kawan aku masa aku tinggal di Korea." Ten membalas.
" Okay kalau macam tu. Jomlah kita balik. Oh ya, sebelum tu korang tolong bagitau Jaehyun jangan takutkan aku. Aku bukan sasaeng, aku cuma perempuan yang cintakan seorang lelaki." Setelah berkata sedemikian, Yeseul terus menarik Ten untuk pergi dari situ. Mereka berempat yang berada di situ masih terkedu.
YOU ARE READING
Mistress (NCT's Jaehyun)
Fanfiction1. Goda Jung Jaehyun. 2. Jadi perempuan simpanan Jung Jaehyun. 3. Putuskan pertunangan Jung Jaehyun. Misi untuk memikat jejaka kesayangannya. Walaupun kedengaran kejam namun ini sahaja satu-satunya cara untuk Han Yeseul bersama dengan Jung Jaehyun.