Kakinya melangkah masuk ke dalam Jung's Holding dengan rasa bangga. Beberapa pasang mata tertumpu ke arahnya.
" Jaehyun ada di dalam?" Soal Yeseul kepada setiausaha Jaehyun yang sedang tekun membuat kerja.
" Maaf cik. Bos tak mahu diganggu." Balas gadis itu sopan. Mendengar jawapan itu, senyuman Yeseul semakin melebar.
" Don't worry, I bukan nak ganggu dia. You boleh sambung buat kerja." Yeseul pantas melangkah ke bilik Jaehyun.
" Cik! Tapi cik tak boleh masuk!" Gadis itu mengejar dari belakang. Yeseul langsung tidak menghiraukan gadis itu malah dengan beraninya dia menolak pintu bilik Jaehyun.
Jaehyun yang dari tadi sedang tunduk menilik kertas kerjanya mendongak apabila melihat pintu dibuka. Dia langsung tidak terkejut melihat kehadiran Yeseul ke pejabatnya.
" Saya minta maaf bos. Saya dah cuba halang dia."
" Tak apa. Awak boleh keluar, Yuna." Jaehyun memberi arahan. Gadis bernama Yuna itu sekali lagi menundukkan kepalanya lantas berlalu keluar.
" Kenapa you datang?" Soal Jaehyun kepada Yeseul. Dia memerhati gadis itu atas bawah. Yeseul tampak elegan dengan dress separas lutut. Betisnya yang putih gebu itu terserlah dan mampu menggiurkan mana-mana lelaki. Tapi dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya dia nampak lebih sopan hari ini.
" Puas you tenung anak dara orang sampaikan dah tak dengar apa yang I cakap?" Kata-kata Yeseul itu membuatkan Jaehyun tersedar.
" A.. Apa yang you cakap?" Tergagap-gagap Jaehyun menyoal.
" I cakap, I nak ajak you lunch. But seems like you lebih suka kalau kita duduk dalam bilik ni, berdua." Senyuman menggoda dilemparkan kepada Jaehyun sambil kakinya melangkah mendekati Jaehyun.
" You nak keluar lunch kan? Okay, jom!" Jaehyun cepat-cepat melepaskan dirinya daripada godaan Yeseul. Dia terlebih dahulu keluar dari pejabatnya. Yeseul hanya ketawa kecil melihat riak wajah Jaehyun yang panik itu sambil kakinya mengikuti langkah Jaehyun.
" Nak pergi makan kat mana?" Soal Jaehyun setelah mereka berdua keluar dari bangunan Jung's Holdings.
" I ikut you." Balas Yeseul tanpa banyak soal. Dia bukanlah mahu makan sangat pun, dia hanya mahu meluangkan masa bersama Jaehyun.
" You tunggu sini. I pergi ambil kereta."
" Em okay." Balas Yeseul. Dia tahu Jaehyun takkan ada niat untuk meninggalkannya kerana ke mana sahaja Jaehyun pergi, dia akan sentiasa muncul.
×××××
" Mana dia pergi?" Gumam Jaehyun perlahan sambil turun dari kereta. Perasaan hairan muncul dalam dirinya apabila kelibat Yeseul langsung tidak kelihatan.
Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah seseorang yang dikenalinya sedang membantu seorang wanita tua melintas jalan. Ya, dia ialah Han Yeseul. Tanpa disedari senyuman kecil terukir di bibirnya.
" Dia.. tak ada lah teruk sangat."
×××××
" Kenapa you bawak I datang sini?" Soal Yeseul sambil mengorak langkah. Sudah semestinya dia pelik apabila Jaehyun membawa dirinya ke rumah lelaki itu.
" I tak mahu orang nampak I keluar dengan you. Macam mana kalau wartawan nampak? Dan tak mustahil Hyena pun boleh tahu. I tak nak Hyena sedih." Sedikit sebanyak kata-kata itu membuatkan hati Yeseul terluka.
YOU ARE READING
Mistress (NCT's Jaehyun)
Fanfic1. Goda Jung Jaehyun. 2. Jadi perempuan simpanan Jung Jaehyun. 3. Putuskan pertunangan Jung Jaehyun. Misi untuk memikat jejaka kesayangannya. Walaupun kedengaran kejam namun ini sahaja satu-satunya cara untuk Han Yeseul bersama dengan Jung Jaehyun.