"OK DONE SEKARANG AKU DARE KAU PULAK. AIH TAK GUNA . SEMUA ORANG PIKIR AKU TAK BETUL TADI TAHU?" Taehyung tersembur-sembur memarahi Haera.
Mana taknya, Haera dare dia jalan kaki ayam keliling taman 5 round dengan butang baju yang sengaja disalah pakaikan. Habis semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tak kenal Taehyung bagi pandangan judging sambil suruh anak mereka menjauhi Taehyung.
Haera dah merah muka. Dari tadi dia tak habis-habis gelak. Masa Taehyung cakap tersembur tu pun elok dia gelak.
"Dahlah" Taehyung mendengus. Geram pula dengan jiran merangkap kawan baik merangkap budak-3-tahun-lagi-muda-dari-aku-tapi-tak-sedar-diri dia ni.
"Ok ok sorry sorry aku tak gelak dah janj—HAHAHAHAHHA MUKA MAKCIK TU MACAM KAU NI JEJEK GILA PFFFT—SORRY BUT ITS TOOOO FUNNY" Haera cuba untuk berhenti gelak tetapi gagal. Teringat muka salah seorang makcik disitu yang pandang Taehyung macam Taehyung ni sampah masyarakat.
Taehyung menjulingkan mata. Kaki dahlah sakit jalan kaki ayam, datang sini hati pulak sakit. Dia berpeluk tubuh. Nak majuk ah camni!
Perasan yang Taehyung senyap selama dua minit dia gelak, Haera berhenti . Nafas dalam ditarik. "Ok ok hah dare lah aku cepat. Dah nak pukul 7 dah ni kena balik. Ni last eh?"
Taehyung berhenti merajuk. Senyuman nakal terukir dibibirnya. Keningnya turut diangkat-angkat mengusik.
"Jangan buat cemtu seton. Seram" Haera membaling salah satu super ring kemuka lelaki di hadapannya.
"Aku dare kau selfie dengan crush kau" tanpa hiraukan super ring yang baru jatuh dari muka dia keatas bangsal yang mereka duduki, terus dia keluarkan dare yang dah dia pikir sepanjang dia jalankan dare kaki ayam tadi.
"WHUUUT" hampir tersembur semua super ring dalam mulut Haera.
Taehyung sekali lagi tersengih nakal. Walaupun mereka rapat, Haera tak pernah beritahu siapa crush dia. Curious jugak Taehyung nak tahu. Lagi susah nak teka siapa crushnya bila Haera student U tapi dia dah bekerja jadi dare nilah satu-satunya cara untuk dia tahu sape yang dah curi hati kawan baik merangkap jiran terkamceng dia ni.
Haera pula dah macam-macam perkataan mencarut keluar.
"Alah bukan susah pon. Masa dia tidur dalam kelas tu kau curi-curi lah selfie ke ape."
Tak masalahnya—
"Aku bagi kau seminggu. Kalau kau tak buat, aku cium kau banyak mana yang aku selama 24 jam"
—kaulah crush aku .-.
"Ew pervert" dalam hati dengan luaran kena lain.
Haera mula rasa tak senang.
Hah sudah macam mana aku nak hantar selfie aku dengan dia? Alah aku tak sedia nak confess lagi!
° ° °
Haaaai koraang. New fanfic lagi. In Shaa Allah yang ni tak unpublish dah .
Note that hari dare ni dibuat ialah hari Ahad, means chap seterusnya hari isnin dan seterusnya :)
YOU ARE READING
Selfie ◆kth◆ || Completed || Editing!!
Fanfiction" aku dare kau selfie dengan crush kau" "WHUUUTT" -dimana Jung Haera di dare oleh crushnya sendiri Start: 12/8/17 Under editting!