-Day 2 [ Day ]

548 58 15
                                    

"MORNIIIING"

"OMMA APA DIA BUAT KAT SINI ?! " Haera terkejut beruk. Yelah elok dia turun nak breakfast ternampak Taehyung dengan mulut penuhnya morning-kan dia.

"Dia nak hantar kakak pegi kelaslah. Dah alang-alang dia pergi kerja, hantar lah kakak sekali kan?" Omma Haera memandang Taehyung.

Taehyung mengangguk. Mulutnya yang masih penuh dipenuhkan lagi dengan roti kaya. Macam chipmunk.

Haera tergelak kecil. Dia melangkah kemeja makan dan duduk disebelah Taehyung. Roti dalam pinggan Taehyung dicuri lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Taehyung pandang Haera tajam. Dahlah roti last, minah ni curi pulak.

Tangan Haera tiba-tiba dipukul dari tepi. "Aish kakak ni. Ni omma dah buat untuk kakak janganlah ambik yang tae. Ish ish ish" omma membebel

"Ish ish ish" Taehyung mengejek Haera.

Haera tersengih kepada ommanya sambil kakinya menendang kaki Taehyung. Ada aduhan dari Taehyung tapi takpelah kisah apa?

Roti kaya itu sudah omma potong kecil-kecil jadi sekali suap terus semua masuk. Sekeping lagi roti diambil.

"Dah kalau kakak pegi dengan Tae kereta kakak macam mana? Kakak nak balik camne?"

"Omma nak drift dengan kereta kakak sebab kereta dia dah rosak. " Hoseok adik Haera entah dari mana muncul duduk didepan Haera.

"Jinjja?" Haera memandang ommanya.

"Haah kereta omma rosak. Harini omma nak keluar, appa kerja pulak jadi pinjam kereta kakaklah. Nanti omma pegi ambik kakak balik kelas ya?"

Aku mengangguk faham. "Tapi ma, jangan drift tau? Orang sayang kereta tu"

"tak janji" selamba omma membalas. Sambil itu dia mengambil tempat disebelah Hoseok. Letih pula sapu kaya atas roti sambil berdiri, baik dia duduk.

"Omma!" Haera menjerit kecil. Bibirnya dimuncungkan sedikit bersama kerutan di dahi.

"Gurau gurau alah kalau omma drift pon sekejap je. Kan Hoseok kan?"

Hoseok yang sedang mengunyah mengangkat muka dengan muka blur. Tapi melihat ommanya menyuruh dia mengangguk, dia anggukkan saja walaupun dia tak faham satu habuk pon ape jadi.

"Kau tak sekolah ke?" Taehyung menyampuk perbualan keluarga Haera. Roti ditangannya dituding ke Hoseok sebeluk dimasukkan kedalam mulut.

"Haah lah, tak sekolah ke,bang?" Haera bertanya. Tumpuan semua orang beralih ke Hoseok.

"Aku mc lah. Tulah sibuk date dengan taehyung hyung adik sendiri sakit pon tak tau." Hoseok mencebik.

Haera tergelak. " manade kitorang date lah hak alah" bibirnya diherotkan sedikit.

Hoseok cuma gelengkan kepala. Ape susah sangat nak mengaku?

Akhirnya Taehyung dan Haera berangkat ke universiti Haera lepas bergaduh dengan Hoseok pasal 'date' dorang. Kononnya mereka tak date pun, saje hangout-hangout macam kawan biasa.

"Jangan lupa dare tu. Lagi 6 hari campur harini" tak sempat Haera buka seatbelt,Taehyung ingatkan.

"Yelah yelah. Yang kau heksaited sangat nak kenal crush aku ni asal?" Haera memandang Taehyung dengan muka berkerut.

"Entah. Dah cepat kang lambat kang—"

"—ok ok bye"

Haera buka pintu kereta, keluar dan hempas pintu kereta.

"wOI KERetA AKu nI" Dari dalam, kedengaran suara Taehyung menjerit.

Haera tergelak besar sebelum menjelirkan lidahnya.


Selfie ◆kth◆ || Completed || Editing!!Where stories live. Discover now