"Aik awal pulak balik?"
Kata-kata Hoseok cuma dibalas dengan sengihan. Dia kemudian dengan handbag kecilnya itu masuk ke dalam rumah, menuju ke biliknya. Baju yang dia pakai memang dah sah-sah Yuna punya jadi buat apa dia bawak balik. Pepandailah kawan dia tu basuh.
Haera balik sebab memang dia sudah bertekad nak jumpa Taehyung. Taknaklah dia jadi coward sepanjang hayat. Dalam hati berapa kali dia ingatkan diri ,sendiri alah tak mati pun kena reject . Tapi dia tetap rasa takut. Dia tetap rasa malu.
Macam mana kalau Taehyung dah tak nak kawan dengan aku?
"Argh!" jeritnya perlahan. Terus dia melompat ke atas katil. Kakinya kemudian menendang-nendang katil. Macam-macan perkara masuk ke fikirannya.
Macam mana kalau omma kitorang tanya kenapa aku dengan dia tak rapat dah?
Macam mana kalau Taehyung benci aku?
Macam mana kalau lepas ni, friendship kitorang titik macam tu je? Berdosanya aku putuskan silaturahim.
Tapi macam mana kalau.... Taehyung guna benda ni untuk usik aku depan orang lain?
Dia rasa makin malu. Laju sahaja badannya bergolek-golek di atas katil. Bunyi-bunyi yang tak dapat diceritakan tapi cukuplah korang tahu bunyi 'kesesalan' dan 'kemaluan' eh maksud aku 'ke rasa malu an' keluar dari mulut Haera.
Tapi golekannya terhenti apabila ada bunyi bising di luar tingkap biliknya.
Bilik Haera takde beranda apa semua tu. Dia cuma ada tingkap yang muat-muat orang masuk. Di luar pula ada dahan pokok yang cukup besar untuk tampung berat manusia. Dulu adelah dia main kat situ, tapi sekarang tak dah. Takut. Hoseok Hajun dengan Hana je yang selalu panjat pokok tinggi tu. Walaupun pokok tu besar gila ya ampun, pokok tu tak kacau pun rumah mereka. Ayah Haera selalu ada je cara untuk selamatkan pokok dan rumah sekaligus. Katanya, sayang nak tebang . Pokok tu lagi tua dari atuk Haera kut.
Haera berdiri lalu mengintai sedikit melalui tingkap itu curiga.Bunyi dari luar macam ada orang atas dahan besar tu. Haera menelan air liur apabila bunyi itu semakin kuat, menandakan orang di atas dahan tu pun makin dekat dengan biliknya.
Rasa takut dan cemas Haera makin menjadi-jadi apabila bayang-bayang lembaga muncul di cermin tingkapnya.
Tiba-tiba lembaga itu mengetuk kuat tingkap Haera. Termelompat dia dibuatnya. Serentak itu juga, muncul muka Taehyung dalam samar-samar cermin lut cahaya itu. Haera mengurut dada lega.
Ish buat terkejut aku je
.....Eh jap.
Mata Haera membulat. Terus dia berlari membuka tingkap biliknya. Taehyung juga cepat-cepat memanjat masuk ke bilik Haera. Takut juga dia dahan ni tiba-tiba patah. Kang tak pasal-pasal tak selesai juga masalah dia dengan Haera ni.
"Wei bodoh, kalau jatuh cam—"
Sebaik Taehyung masuk ke dalam rumah, tubuh Haera terus dirangkul. Terdiam Haera dibuatnya. Tak sempat bebelannya dihabiskan
"Kau pergi mana?" kata Taehyung dengan suara serak . Haera dapat rasakan degupan dada Taehyung dan nafasnya yang tercungap-cungap.
YOU ARE READING
Selfie ◆kth◆ || Completed || Editing!!
Fanfic" aku dare kau selfie dengan crush kau" "WHUUUTT" -dimana Jung Haera di dare oleh crushnya sendiri Start: 12/8/17 Under editting!