"Omma jangan bagitau siapa-siapa tau?"
"Iya"
"Lagi-lagi Nana. Nanti dia merajuk pulak. "
"Iyaa. Dah cepat-cepatlah pergi tu. Tak nak orang sedar tapi dia duk dekat sini lagi! Pergi keluar sana!"
Puan Jung yang mula rimas dengan bebelan anak sulungnya . Mana tak nya, dahlah keluar tak ajak. Macam-macam pula minta dia coverkan dari adik beradik. Tak tolong buat breakfast pula tu!
Haera tersengih. Dia terus melambai ibunya sebelum keluar melalui pintu belakang. Kasut dia dari semalam dah siap-siap letak dekat belakang. Biar senang nak keluar. Sebaik sahaja menyarung kasut itu ke kakinya, terus dia berlari ke pagar depan rumah. Pagar dibuka dan ditutup kembali. Dia terus berlari ke pagar rumah Taehyung. Nak ceroboh masuk macam kuajo je jadi dia tunggu di luar pagar.
"KIM TAE-"
Jeritan Haera terhenti sebaik Taehyung keluar dari pintu rumah sambil memakai jaket berhoodie. Lelaki itu mengenakan seluar jean bersama baju tshirt berwarna putih.
"Buka pagar" kata Taehyung sambil berlari anak ke pintu kereta sebelah pemandu. Tanpa membantah, Haera membuka luas-luas pintu pagar rumah Taehyung.
Sebaik kereta Taehyung keluar, dia terus menutup kembali pagar itu. Terkocoh-kocoh dia berlari masuk ke dalam kereta Taehyung. Cemas betul diorang ni. Macam nak kahwin lari aje gayanya.
"Dah?" Soal Taehyung sebaik sahaja Haera memakai tali pinggang keledar.
"Dah"
Haera tersenyum lebar. Taehyung turut tersenyum sebelum menukar gear. Keretanya mula meluncur tidak berapa laju tapi tidaklah perlahan diatas jalan raya.
Haera tersedar sesuatu. " Tae " , panggilnya
"Yow?"
"Baru pukul 8. Bukan E World tu buka pukul 10 ke?" Haera bertanya dengan kerutan didahi. Sambil itu, dia menunjuk ke arah jam yang terdapat di radio kereta Taehyung.
"Tahu"
Jawapan acuh tak acuh Taehyung membuatkan Haera memuncung. "Dahtu kita nak pergi mana?"
Bibir Taehyung mula menarik senyuman. Dia memandang Haera sekilas sebelum kembali memandang ke jalan raya, masih dengan senyuman yang sama. Senyuman menyeramkan yang sekali tengok rasa meremang sampai ke tulang.
Haera menelan air liur. Laju tangannya naik memukul-mukul bahu Taehyung. "ASAL KAU SENYUM CEMTU?" ,soalnya sambil tangan sibuk memukul Taehyung. Lupa dah dia yang Taehyung tengah drive.
Taehyung pula tergelak jahat. Memang dia sengaja buat muka macam tu tadi. Pukulan Haera pun rasa tak rasa aje dekat bahu dia ni.
"Woi woi aku tengah drive" Taehyung berkata bersama gelakan.
"DAHTU JANGAN AH BUAT GITU"
Taehyung terkekek lagi. Tangan Haera yang pukul dia dari tadi dengan senang dia tahan lalu dia genggam. "Duk diam-diam. Kang terbabas kang tak sempat nikah kita dua" selamba dia berkata begitu sambil mengenggam tangan Haera.
Muka Haera yang tadi memerah sebab asyik duk pukul-pukul Taehyung makin memerah. Tangannya dalam genggaman Taehyung lantas ditarik. Dia berdehem perlahan, sangat perlahan sampai Taehyung tak dengar pun.
"Kita nak pergi mana ni?"
"Breakfast. Aku tahu kau kalau excited memang lupa dah benda lain. Jadi kita pergi breakfast dulu. Sempat ah dua jam. Pusing-pusing dulu ke" jawab Taehyung. Tanpa sedar dahinya berkerut sedikit, kecewa. Tangannya yang mengenggam tangan Haera tadi dibawa ke stereng semula. Entah kenapa dia rasa kecewa sangat bila Haera tarik tangan dia tadi. Namun cepat-cepat dia usir rasa tak sedap itu.
Sementara itu, Haera tersenyum lebar. "Waaaah! tahu-tahu je"
"Mestilah"
Muka 'well ini Taehyunglah'ditayang.
YOU ARE READING
Selfie ◆kth◆ || Completed || Editing!!
Fanfiction" aku dare kau selfie dengan crush kau" "WHUUUTT" -dimana Jung Haera di dare oleh crushnya sendiri Start: 12/8/17 Under editting!