- Day 7 [Day <afternoon>]

515 45 6
                                    

"Haa tengok!"

Kata Taehyung sambil menarik brek. Pastu dia menunjuk ke arah barisan yang agak panjang di kaunter tiket. Parking ni pun kira paling dekat dah padahal jauh juga kena jalan.

Haera tersengih. Pelipisnya digaru dengan rasa bersalah. "Sorry heheeeee..."

Taehyung memandang Haera yang sedang tersengih lama sebelum melepaskan keluhan berat. Nak marah pun takde guna. Barisan kat kaunter tu tak surut-surut juga. Tali pinggang keledar dibuka lalu dia keluar dari kereta. "Dah ah. Cepat keluar"

Haera cepat-cepat keluar dari kereta. Sebaik pintunya ditutup, kereta Taehyung mengeluarkan bunyi 'beep' yang menandakan kereta itu sudah terkunci. Tanpa sepatah kata, Taehyung berpaling lalu melangkah ke pintu gerbang taman tema itu. Terkocoh-kocoh Haera mengejar.

"Wei tunggulah!"

Taehyung cuma tergelak kecil. Dia memperlahankan langkahnya . Sambil itu topi yang dari tadi dipegang diletak di atas kepala. Mujur dia memang letak topi dalam kereta. Kalau tak berpanaslah kepala dia harini. Haera yang baru menyamai langkahnya lantas dipeluk dari tepi.

"Jangan lari, panas ni." Taehyung berkata perlahan tapi tegas.

Haera gugup sekejap. Dia benci betul Taehyung buat suara macam ni. Rasa macam nak buat backflip je lepastu split.

"K-kaulah! Dah tahu kaki panjang jalan ah slow-slow" marah Haera menutup gugup. Taehyung cuma tergelak kecil.

Haera curi-curi memandang Taehyung. Dia mengigit bibirnya kuat. Apa ni dari tepi pun nampak handsome? Ish! Geram ah saje nak buat aku naik gila kan? Terus pandangannya dilarikan ke arah lain.

Mereka berdua tiba di barisan agak panjang itu dan terus masuk barisan. Disebabkan mereka di belakang, cahaya matahari terkena mereka. Atap dekat kaunter tiket tu tak cukup panjang. Lima orang depan mereka pun terpaksa berpanas.

"Hah tengok! Inilah aku nak pergi awal!" Taehyung yang sweet manis peluk Haera sekarang dah tarik rambut Haera. Pelan-pelan jelah Taehyung tak kejam lagi.

"Aduh!" Haera mengaduh. Bahagian kepala yang rambutnya ditarik tadi digosok-gosok. Tajam matanya memandang Taehyung. "Kau pun sama je lambat!" Kalini topi Taehyung Haera tolak kebawah sampai tak nampak muka dia.

"Aku pulak?! Kau yang nak sangat masuk situ!"

"Yang kau ikut kenapa?!"

"Dah takkan aku nak tinggal kau? Nanti nangis pulak"

Tadi selepas breakfast, ada kedai cumil-cumil di sekeliling kedai itu. Hipster duh, breakfast pun dekat cafe yang bukan calang-calang. Jadi lepas makan, Haera yang perempuan yang sememangnya suka mende kiut kiut pun masuklah kedai tu. Sedar tak sedar, dekat dua jam juga mereka jalan-jalan dekat kawasan itu.

"Oklah! Fine! Aku salah! Aku salah!" Haera mengalah. Dia tahu memang salah dia. Matanya digulingkan ke arah Taehyung.

Taehyung berdecit. "Heh mengaku pun"

Kemudian mereka berdua berdiri dengan senyap disitu. Tangan Taehyung yang masih belum melepaskan tubuh Haera muka dijatuhkan. Lenguh. Haera pula menelan liur. Alah kenapa lepas? Baru nak feeeeeeeeel. Keluhan perlahan dilepaskan tapi sangat perlahan sampai Taehyung pun tak sedar.

"Haera" terus mati kekecewaan Haera. Dia mendongak. "Ye?" . Taehyung tiba-tiba melipat tangan ke dada dan mengangguk ke suatu arah dengan muncungan. "Duduk sana dulu. Panas ni"

"Kau?"

"Aku takpe ade topi"

"Tapi topi ni tak tutup semua kepala" Haera masih tak mahu mengalah. Takkan Taehyung nak berpanas sorang-sorang?

Selfie ◆kth◆ || Completed || Editing!!Where stories live. Discover now