-Day 3 [Night]

477 48 17
                                    

Pintu rumah dikuak perlahan. Eh tak kunci? Haera mengangkat bahu. Memang omma tunggu dia kut. Kasutnya ditanggalkan.

Melekit pulak badan dia berjalan seharian harini. Selesai membuka kasut, dia membuka pintu lebih luas dan mula melangkah masuk kedalam rumah.

"Kakak dah balik" Haera berkata perlahan. Yelah masa-masa macam ni biasanya semua dah tidur.

Baru Haera nak tutup pintu, tubuhnya dipeluk.

"OH GOSH HAERA KAU PERGI MANA?! KAU TAHU TAK SEKARANG PUKUL BERAPA?! AKU AMBIL KAU PETANG TADI, PUKUL 9 LEBIH KAU BALIK"

Haera hanya mendiamkan diri. Sejujurnya dia masih berkecil hati dengan Taehyung. Selama ni Haera nak pergi mana-mana sendiri mesti dia halang, bahaya katanya. Tapi tadi elok je dia suruh pergi sendiri siap suruh balik jalan kaki lagi. Terkilan betul Haera.

Nasib dia jumpa Jimin tadi.

Taehyung melepaskan pelukan. Pelik bila Haera langsung tak balas pelukan dia. Sebaik sahaja pelukan dilepaskan, Haera terus meloloskan dirinya kearah Hoseok yang sudah berdiri disofa. Terkebil-kebil Taehyung memandang kelibat kawannya itu. Niatnya lepaskan Haera tadi nak cakap dengan Haera, tup tup, Haera lari pula.

"Sorry kakak balik lambat. Don't worry, kakak dah bagitau omma."

Taehyung ada rasa yang pelik dihatinya. Bagaikan ada sesuatu yang menghempap hatinya dan membuatkan dia rasa satu perasaan yang pelik. Yang dia tahu, dia betul-betul sakit hati dengan perbuatan Haera. Sampai hati Haera abaikan dia.

Aku ada buat salah ke?

Haera menepuk bahu Hoseok dan naik tangga kebiliknya ditingkat atas, diekori Hoseok. Taehyung juga sibuk mengikut dua beradik tu naik atas.

"Kakak pergilah mandi,biar abang pilih baju, kemas katil"

"Takpelah kakak nak alone jap. Abang keluar jelah"

Hoseok cuma mengangguk kekok. Hoseok tahu kakaknya akan gunakan panggilan kakak-abang dengannya apabila badmood sahaja. Kalau tak dia akan beraku-kau tapi ada jugaklah terselit panggilan kakak abang tu.

#siblingsgoals2k17

Hoseok keluar dari bilik Haera. Taehyung pula tak berganjak, kekal berdiri dihadapan pintu bilik Haera. Haera abaikan Taehyung dan tutup pintu bilik tapi sempat ditahan Taehyung.

"Kau pergi mana?" Lembut dia menyoal.Tanpa mengendahkan aura dingin dari Haera, dia membelai rambut gadis itu.

"Mall"

"Bukan aku suruh kau balik ke lepas beli makanan?" Taehyung menyoal lagi. Lembut sahaja kedengaran suaranya.  Nak pujuk kan.

"Entah"

Taehyung mengetap bibir. "Pergi dengan siapa? Sorang je ke?"

"Tak, aku terjumpa Jimin. Dia yang pelawa aku ikut dia pegi sana" majuk-majuk pon still jawab soalan. Tak bukan apa tapi kalau dia tak jawab soalan tu, memang sampai ke pagi lah Taehyung kacau dia.

Taehyung meneguk liur. Panas pulak hati bila dia sibuk duk risau pasal Haera, Haera elok je keluar dengan laki lain. Panas tau panas.

Haera menepis tangan Taehyung dikepalanya. "Bye aku nak tido"

"Kej—"

Bamm!

"—ap"

Taehyung mengeluh.

Apa salah aku?

Selfie ◆kth◆ || Completed || Editing!!Where stories live. Discover now