Bunga dan pengayuh basikal

18 1 0
                                    

Bunga duduk di perhentian bas menantikan bas number 13 untuk ke Hougang. Hari ini tidak dilihatnya pengayuh basikal membawa makanan yang dijaja ke pejabat. Sering semasa zaman sekolah dia melanggani penjual itu. Dari umur sekolah tadikah bapa dia memulakan melanggani jualan makanan berbasikal itu. Setelah tamat pengajian tinggi Bunga sudah terbiasa dengan makanan pengayuh basikal.

Hari ini dia akan mendapatkan pekerjaan dan hati Bunga berdebar-debar. Dia teringat kata-kata pengayuh basikal itu.

“Anak boleh dapat rezeki di mana-mana. Pentingnya berusaha dan bersungguh-sungguh,” kata pengayuh. Kemudian diberikan Bunga dua bungkus makanan ke sekolah. Setelah teman-temannya memulakan pesanan makanan dari dia, setiap hari pengayuh basikal membekalkannya ke sekolah. Dari hasil pendapatan sambilan itu juga Bunga dapat melanjutkan pelajaran tinggi dan kini memegang ijazah.

Bapanya sudah kembali ke ramahtullah, kini Bunga harus membantu keluarga sebab ibunya uzur. Adik-adik pula belum tamat sekolah.

Sebentar kemudian Bunga mendengar bunyi hon. Dia menoleh untuk perhatikan seorang wanita berlari-lari anak mendapatkan kereta yang dipandu seorang lelaki. Bunga melihat busnya perlahan masuk di belakang kereta tersebut menuggu ruang untuk bergerak kedepan.

Setelah kereta itu beredar, busnya mula mendekati stesen bus. Bunga menoleh kepala ke kanan dan kiri mencari buat kepastian pengayuh basikal tidak ada berdekatan. Di dalam perjalanan dalam bus, Bunga sibuk dengan talifon bimbit. Dia asyik memantau applikasi penghantaran makanan. Di bacanya menu untuk hari ini dan waktu penghantaran pada kawasan yang ingin di tuju.

Hati Bunga berdebar membayangkan pertemuan pertama ini.
Mujur ada perusahaan yang berminat mengendali perniagaan yang dipasarkan. Mungkin selepas pertemuan ini dia akan dapat membalas jasa pengayuh basikal itu. Perkara ini memang besar buat peniaga kecil seperti pengayuh basikal. Tetapi bagi Bunga ini satu loncatan jauh. Setelah berjaya mencipta aplikasi pemesanan makanan semasa di zaman sekolah, ramai tempahan di terimanya. Sehinggakan basikal dapat di naik taraf ke pengangkutan lebih besar.

Sememangnya Bunga akan meyakinkan pelabur keberkesanan teknologi tinggi.

Malah kejayaan meraih pendapatan tetap ketika masih lagi dalam persekolahan satu contoh kukuh dan sahih di laluinya sendiri. Cabaran mencipta aplikasi tidak terberhenti setelah dia berjaya melaksanakan matlamat memudahkan pemesanan makanan. Sambutan aplikasi dalam bahasa ibuda hanya membatasi penerimaan umum. Itu pun sudah cukup mendewasakan Bunga dalam perniagaan. Kini dia bersungguh mahukan pelabur buat meningkatkan penghasilan dan menyara keluarga pula.

Terbanglah mimpikuWhere stories live. Discover now