Tiga kawan bertemu kembali di dalam kalung yang sama. Si Merah kelihatan gembira, dia dapat bersama warna-warna kuning, merah jambu, oren dan hijau seharian ini. Merah tidak sabar bila bertemu biru dan hitam pada malam ini dan bercerita.
Tidak seperti malam-malam lain, si Biru agak letih, dengan urusan penting. Seharian dia di ketuk-ketuk atas meja apabila tercari kata-kata indah mahu disusun si pemilik mereka. Teman satu mereka si Hitam pula makin pendek dan sudah separuh badannya dikikis bagi menajamkan kepala hitam itu. Kesian si Hitam memandang riwayatnya yang akan pupus.
Tetap juga mereka berseronok bila bertemu kembali dan malam ini ada teman si Putih terhias dengan kerja tangan pemilik mereka. Merah masih teriyang-iyang kenangan bermain dengan warna lain. Dia masih terasa melayang-layang di hayun ke sana, ke mari dan mendarat sekali-sekala. Di pandangnya berapa putih menjadi menyala apabila merah beri sentuhan magika dalam gambar di muka depan.
Dia lah satu-satu warna mengalahkan warna kuning, oren dan merah jambu atau hijau. Begitu dia rasa di hargai sehingga dia di tempatkan berasingan daripada warna-warna lain.
Malam ini biru pening kepala dan di usap bahagian terkena ketukkan. Ada juga kesan gigitan yang kurang di senangi. Biru rasa tidak sepatutnya di perlakukan sedemikian. Lagipun hasil kerja dia kekal dan tebal tidak mudah di padam. Lain lah dengan temannya Merah atau Hitam. Biru memang harus dan kini digunakan buat perkara penting sahaja.
Hari ini semua yang biru buat akan kekal dalam putih. Malah beberapa kali biru telah menggantikan kerja si Hitam. Kalau biru membuat silap pada putih, tentu pemilik mereka akan sangat marah dan kecewa. Sungguh pun begitu, si Hitam juga yang dicapai sang pemilik. Badannya bersalut kayu senang di kikis untuk menajamkan kepala hitamnya. Perangai hitam memang lembut, dia mudah dengan putih dan jika tersilap akan di hilangkan dengan pemadam getar.
Siang tadi, putih begitu ternoda dengan si Hitam. Seluruh muka depan di lukis malah sebelum ini telah ada beberapa putih yang di hapuskan pemilik mereka. Hasilnya tiga kawan memandang kad putih cantik buat menyambut hari besar ibu si pemilik mereka.
YOU ARE READING
Terbanglah mimpiku
Teen FictionAku percaya sesiapa yang berani berfikir akan mencorak perubahan dalam hidupnya. Mereka yang bercerita dan menyampaikan dari kotak kepala sendiri mampu membentuk dan membangunkan sekitarannya. Lebih hebat lagi pembaca yang dapat memahami tulisan ya...