"Kamu cari apa di bawah meja. Kenapa tidak dibuka lampu,"kata Pak Majid.
"Kucing saya keluar rumah, anak-anak kata dia ke arah warong. Jadi saya tengok sama ada mereka sembunyi di bawah ini,"kata Azam.
"Siang tadi ada juga dengar mengiau kucing nak kahwin. Semua lagi duduk minum kopi bincang politik terperanjat juga. Nanti aku tanyakan isteri dan anak di belakang. Mungkin mereka simpan kucing kamu di dapur,"kata Pak Majid.
"Terima kasih. Kenapa dengan politik sekarang,"tanya Azam sambil duduk dan di minum kopi yang di bawa Pak Majid.
"Kamu tak tahu ke hal Britain dan Amerika. Ramai anak Melayu dapat biasiswa belajar luar negeri,"kata Pak Majid."Iya lah, anak saya dah merancang mahu lanjutkan pelajaran ke Australia saja. Katanya pertukaran nilai wang tidak terjejas sangat. Kalau mahu buat pinjaman tidak banyak sebab Australian kan lebih dekat. Walaupun tidak hari-hari balik kampung, bila perlu tambangnya tidak sebanyak ke Amerika atau London sana,"kata Azam.
"Kita tidak rasa sangat masaalah negara jauh,"Kata Pak Majid. Masih terasa bahang apabila perniagaan berbilang bangsa di buat penyusunan semula. Mereka yang bekerja di pusat syarikat tersebut ialah bahagian Asia Pasifik tentu menantikan kena pembuangan atau sebaliknya,"kata Pak Majid. Kedua menoleh pada sebuah kereta mewah memasuki jalan kecil bersebelahan warung tersebut.
"Abang kamu ada bekerja di luar negara ke?"tanya Pak Majid.
"Sebelah isteri saya. Mereka juga ada beli barangan melalui talian dan keluar masuk negeri. Katanya cukai sudah dinaikkan. Pekerja tidak lagi dapat bekerja bebas ke lain pangkalan walaupun syarikat induk di Britain atau Amerika,"kata Azam."Kamu layan diri sebentar, aku mahu selesaikan masaalah dengan agen,"kata Pak Majid.
Anaknya kemudian keluar dari dapur membawa kucing kesayangan mereka. Azam beri insyarat untuk mereka pulang dahulu sebelum matahari turun dan suasana lebih gelap. Pak Majid keluar membawa makan petang untuk tetamunya. Kereta mewah berlalu pergi dan kedua mereka melambaikan tangan.
"Aku keluarkan sahan untuk bayar sewa warung. Saham pun tidak mendatangkan untung akhir-akhir ini. Dahulu dari keuntungan dapat juga buat bayar sewa warung,"kata Pak Majid.
"Tadi dia itu agen sewa ke?"tanya Azam.
"Dia dari pihak bank minta bayaran warung dan saran aku ambil aleh pemilikannya. Pihak bank boleh uruskan surat-surat rasmi,"kata Pak Majid.
"Dunia sudah berubah sedangkan seorang asal Pakistan Sadia Khan boleh jadi mayor London. Dan mat saleh sendiri si Cameron undur diri daripada menjadi menteri,"kata Azam.
"Dan aku ini sudah 30tahun menyewa kini di beri bantuan untuk memiliki warung pula, entah apa lagi akan terjadi,"kata Pak Majid.
"Pak Majid mahu beli warung ini dari pihak bank, itu belanja besar,"kata Azam.
"Aku sudah dapatkan pandangan ramai, mereka mahu masuk kongsi juga. Mungkin naikkan kembali tempat ini lebih menarik untuk kereta yang lalu di kawasan ini berehat,"kata Pak Majid.
"Kita kena ada wawasan saya sokong langkah Pak Majid. Biarlah Rusia, Cina dan Timur tengah dalam mendatar ekonomi mereka. Kita lihat apa didepan mata dulu. Cina dan India di katakan ramai penduduk dan penggerak ekonomi global. Adanya pembeli dalam negeri itu juga membuat kewangan terus kukuh. India lebih besar dari Malaysia, Indonesia dan Singapura juga Brunei. Penduduk muda mereka juga ramai. Tetapi kekayaan tidak mengalir pada rakyat berlainan casta. Nasib baik di Asia ini bangsa berbeza pun tidak menjadi masaalah. Mungkin perkembangan politik luar beri semangat muda membangunkan rumah mereka ke tahap lebih tinggi. Mungkin menggajikan anak muda di sini supaya tidak semua lari kerja di bandar atau keluar negara,"kata Pak Majid.
"Belum masa Pak Majid bersara, tetapi ini satu jalan masih dapat terukan menjana pendapatan di masa tua juga,"kata Azam."Anak aku yang bekerja dengan syarikat Amerika mahu pulang. Dia yang sarankan beli tempat ini. Katanya nanti dia gunakan kemahiran buat memajukan lagi. Malah mahu di buka cawangan di tempat-tempat lain. Isteri aku seronok saja ada keturunan sendiri mahu sambung usaha. Aku beri galakkan supaya mereka berjaya nanti,"kata Pak Majid.
"Hari-hari Pak Majid tinggal masa berehat dan bersara. Saya dan keluarga baru mahu merangkak sudah kena bedilan angin taufan. Tetapi masih bekerja sebab ada hasil tanah. Andai keadaan ekonomi global terus perlahan saya risau juga dengan dasar baru yang akan di perkenalkan pemerintah,"kata Azam.
"Dasar negara berubah pun sebab terjejas dengan permintaan global. Kalau permintaan luar merosot, kita juga akan terkena tempias sedangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Najib mahu meningkatkan kegunaan teknologi untuk penduduk. Saya rasa tidak perlu semua itu sekadar jaga ladang begini. Anak saya yang terus buang duit dengan top up data,"kata Azam.
"Kamu dengar pesan aku ini dimana kucingku, di dalam warung. Kamu pula hanya menghabiskan wang," Kata Pak Ma jid .
YOU ARE READING
Terbanglah mimpiku
Novela JuvenilAku percaya sesiapa yang berani berfikir akan mencorak perubahan dalam hidupnya. Mereka yang bercerita dan menyampaikan dari kotak kepala sendiri mampu membentuk dan membangunkan sekitarannya. Lebih hebat lagi pembaca yang dapat memahami tulisan ya...