Bangkit

7 1 0
                                    

Ayam selalu berkokok di sana, atas atap rumah papan. Aku masih ingat lagi jalan ke sana. Itu jalannya setiap subuh ke masjid. Tidak mudah luput dari ingatan memandang keindahan pancaran cahaya di langit sana. Setiap pagi awan gelap dengan perlahan ditiup warna terang dan pancaran matahari. Dan tidak juga dapat ingatan ini melupakan satu malam langit terang seperti matahari jatuh ke atap rumah papan sana. Aku yang sedang tidur di angkat keluar Abang Man. Kepala aku masih lentok di bahunya. Tetapi mata yang masih mengantuk ini dapat melihat ibu, dan adik berkumpul bersama semua anak dan kaum hawa jiran tetangga. Suasana huru-hara, ada memekik api-api itu di sana atas atap akan merebak. Apabila langit mulai terang aku lihat ibu sedang menangis. Abang Man dan bapa keluar sehelai sepinggang dari tanah rata yang hitam. Di sana itu lah tempat dahulunya rumah kami. Kini sudah tiada lagi, bersama seluruh isinya dijilat api.

Hari yang sama juga kami bertolak keluar dari suasana kemusnahan itu. Matahari tegak atas kepala dan aku dapat lihat arah rumah Atuk Leh yang mahu dituju. Dalam sepanjang perjalanan ke kampung berdekatan bapa jalan dahuluan dengan Abang Man. Ketinggalan ibu, adik dan aku jauh di belakang. Sesekali adik menangis kehausan, tetapi ibu tidak hentikan berjalan ketika memberinya susu badan. Keluarga sebelah bapa ini gairah kami sekeluarga menetap di rumah mereka. Dahulu juga bapa dibesarkan Atuk Leh yang tiada zuriat walau sudah puas berusaha dengan Nek Yah. Kegembiraan duduk serumah dengan Atuk Leh dan Nek Yah, hanya seminggu. Rumah papan dua tingkap kurang luas untuk penghuninya. Air mataku berjujuran bila ibu beritahu Abang Man di amanahkan menjaga aku. Bila lagi akan bertemu adik dan ibu, soal aku dalam tangisan. Suara kecil pura-pura mereka tak hindarkan. Makan malam kali terakhir kami sekeluarga tidak aku sentuh. Kalau boleh aku mahu mengambil tempat adik di pangkuan ibu. Tetapi bapa menyibukkan aku bersama Abang Man dan Atuk Leh dengan cerita-cerita dia dan sungai di kampung itu.

Abang Man dengan mudah suarakan dia bersedia untuk teruskan usaha bapa dan Atuk Leh menyara kami berempat. Itu membuat bapa dan ibu rela meninggalkan aku dalam malam gelap semasa terlena tidur. Keesokkan hari baru aku sedar apa telah terjadi. Aku bangun sendirian dan terasa sunyi dalam rumah. Nek Yah disatu sudut sibuk menyusun kain-kain untuk di bawa menjaja di pasar.  Gara-gara umur kecilku, aku tidak diizinkan bersama Abang Man dan Atuk Leh mengambil barangan daripada pembekal di hulu sungai menaiki sampan.

Terbanglah mimpikuWhere stories live. Discover now