"Kamu mahu melanjutkan pelajaran tiga tahun di UK dengan wang pinjaman ini," kata Pak Hassan Husein.
Dia keluar dari keretanya dan anak buah di sebelah ikut sama. Mereka berjalan ke bank terletak depan tempat letak kereta itu. Sengaja Pak Hassan membawa Widi awal di waktu pagi bila bank baru dibuka. Ini mungkin memberi peluang lebih baik di jadikan penjamin.
Sebelum ini sudah beberapa kali dia gagal memulakan perniagaan. Tiada siapa mahu meletakkan modal. Adiknya juga gagal jadi penjamin bila di buat permohonan bulan lepas. Sebelum ini pun dia pernah berkecimpung dalam perniagaan sama. Kemungkinan adik dia karektornya tidak layak sebagai penjamin.
Lain ah budak Widi ini anak bongsu adiknya. Pelajarannya sudah tamat tetapi dia belum tahu mahu kemana selanjutnya. Buku banknya juga bersih tiada sejarah lampau untuk di jadikan hal bank menolak permohonannya.
Semasa menunggu di panggil temuramah Pak Hassan sempat memesan Widi. "Mahu berurusan dengan bank sama juga seperti main bola dalam game applikasi kamu itu. Pemain dipilih berdasarkan kemampuan. Mana yang kamu agak akan berjaya, di pilih masuk pasukan. Penilaian begitu juga yang di buat pihak bank. Dia tengok bakat dan kemampuan. Pakcik buat ini sebagai perancangan masa depan keluarga kita. Sementara kamu teruskan pelajaran, perniagaan ini kami mula dan di uruskan keluarga. Kamu masih muda dan masa depan panjang. Bila tamat dan pulang kampung, Pak Cik serahkan semua untuk kamu uruskan," kata Pak Hassan.
Widi mengagguk kepala tetapi matanya tidak lepas dari permainan bola dalam talifon bimbitnya.
Pak Hassan juga yang menyuruh ayahnya menarik keluar permohonan Widi untuk biasiswa dengan syarikat ternama. Pesan ayahnya, dia mahukan Pakcik Hassan menguruskan masa depan dan kerjayanya. Bakat dan kemahiran Widi tidak mahu disia-siakan."Masa muda, kalau di rancang dengan baik tidak merugikan keluarga", kata ayah Widi. Dia di suruh untuk mencontohi Pak Hassan.
Dulu Pakcik Hassan selepas tamat biasiswa telah bekerja untuk beberapa tahun dan mewah kehidupan keluarga. Sayangnya apabila umur meningkat Pakcik Hassan di gantikan pula dengan pekerja muda. Ini pun dia cuba bertahan sementara memulakan perniagaan.
Sekarang Pak Hassan mahu anak sedaranya Widi mendapat meneruskan usaha keluarga. Detik itu pinjaman bank adalah permulaan bagi usaha berniaga syarikat keluarga yang dia rancangkan.
Giliran berjumpa pegawai bank telah sampai. Widi menyimpan talifon dan merapikan pakaiannya. Pak Hassan mengetuk pintu pejabat, dia masuk di ikuti oleh Widi di belakangnya. Apabila dia melihat pegawai bank, dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Kemudian dia di suruh menuggu di luar dan berikan surat-surat pada Widi.
Pak Hassan rasa terkejut tetapi tidak dapat membantah. Ini bukan pertama kali dia bertemu pegawai bank sama. Dia mengesat dahi dari peluh yang tidak kelihatan. Dia memberi Widi tempat duduk dan menepuk bahu anak muda tersebut sebelum keluar pintu.
"Berapa lama harus saya menunggu di luar, Widi kesini bersama saya bukan dalam kenderaan awam," kata Pak Hassan.
"Kamu boleh pergi ambil sarapan dan Widi akan menantimu di luar, Encik Hassan," kata pegawai bank Encik Yudi Borhan. Pintu pejabat di tutup dengan perlahan.
Pak Hassan mengangkat kedua belah tangan dan sapu ke muka selepas berdoa agar anak buah berjaya dalam temuduga ini. Dia menalifon adiknya memberitakan apa telah terjadi.
"Ini memang di luar jangkaan aku. Mungkin tuan Yudi sudah mensyaki rencana kita dalam menjadikan Widi alasan pinjaman bank," kata Pak Hassan.
"Kamu yakin Wiki berbakat cemerlang ujian ini. Dahulu dia sudah dapatkan biasiswa dari bank sama tetapi aku menolak bila mengikut kata nasihat kamu,"kata adik Pak Hassan dengan cemas.
"Kita lihat saja apa akan terjadi, aku yakin Widi anak bijak. Walaupun dia asyik bermain talifon bimbit setiap hati, dia pandai bagi masa dengan perlajaran dan bergiat dalam aktiviti sekolah," kata Pak Hassan. Lalu dia keluar menuju ke kenderaannya dan berehat seketika.
Rehatnya terganggu dengan panggilan talifon. Dia melihat nombor yang tertera dan menamatkan panggilan itu.
Kemudian talifonnya berdering sekali lagi. Di lakukan yang sama beberapa kali sehingga terpancar pesanan text ringkas dari isterinya. Text yang mengatakan mereka sudah selesai membeli-belah dan mahu pulang. Mereka menanti untuk segera di jemput.
Pak Hassan tidak mahu tergesa-gesa kembali ke bank dan berjumpa Widi atau pun Encik Yudi Borhan. Dia menghidupkan radio dan cuba tenangkan fikiran.
Bayangan kegagalan seperti mengekorinya. Dari kaca depan kereta dia melihat Widi keluar pintu dan diekori pegawai bank Encik Yudi Borhan. Muka mereka kelihatan gembira dan tersenyum.
Apakah pinjaman sudah di luluskan atau Widi mahu ambil biasiswa dengan bank tersebut. Dada Pak Hassan berdegup dengan kencang. Dia hanya melihat Widi seorang diri menuju kearah keretanya.

YOU ARE READING
Terbanglah mimpiku
Roman pour AdolescentsAku percaya sesiapa yang berani berfikir akan mencorak perubahan dalam hidupnya. Mereka yang bercerita dan menyampaikan dari kotak kepala sendiri mampu membentuk dan membangunkan sekitarannya. Lebih hebat lagi pembaca yang dapat memahami tulisan ya...