Pelukis Harapan

62 6 1
                                    

Mejanya dipenuhi buku-buku pelajar yang belum diperiksa. Lonceng jam tangan memberi insyarat setengah jam waktu rehatnya sudah berlalu. Sebentar lagi dia perlu mulakan pelajaran seterusnya. Yeni Kurniawati merasa tidak selesa seperti diperhatikan seseorang. Dia bangun dari tempat duduk dan berdiri mengadapnya cikgu Khaoirul Azam. Ini rupanya lelaki yang menjadi kegilaan ramai pelajar wanita di sini.

“Penampilannya kemas dan bersepatu hitam kilat,” berbisik Yeni Kurniawati mengulangi kata-kata anak muridnya Nurul Hidayati.

“Maaf, saya tidak berapa dengar apa awak katakan tadi. Saya masuk tanpa memberitahu sebab terlihat pintu terbuka. Ini saya ke mari bawakan minuman panas untuk awak,” kata cikgu Khaoirul Azam sambil cuba meletakkan cawan di meja yang penuh.

“Terima kasih cikgu, kebetulan saya mahu pergi ambil minuman juga. Cikgu ke sini hanya untuk berikan air. Mungkin cikgu perlukan sesuatu yang boleh saya bantu,” tanya Yeni Kurniawati.

“Iya, ada juga. Saya mahu di bantu. Maksud saya ada sesuatu yang mungkin cikgu perlu tahu. Sudah beberapa bulan saya perhatikan cikgu tetapi tidak berpeluang bercakap dalam keadaan sesuai begini,” kata cikgu Khaoirul Azam.
Yeni Kurniawati merasakan anak muridnya mula senyap untuk mendengar perbualan mereka. Dia menemankan cikgu Khaoirul Azam ke muka pintu agar mereka tidak perlu lagi berbisik depan pelajar.

“Saya mahu beritahu yang saya kagum dengan kebolehan cikgu menguruskan pelajaran teknologi di sekolah kami. Anak murid di sini datang dari berbagai latar belakang mencabar. Sekiranya ada perkara perlu bantuan jangan segan memberitahu. Kami semua di sini bekerja sama sebagai satu pasukan demi kebaikan pendidikan masyarakat,” kata cikgu Khaoirul Azam.

Yeni Kurniawati rasakan mukanya di renung begitu mendalam sehingga senyum pada cikgu Khaoirul Azam mencairkannya. Tiada kata-kata dapat keluar dari mulutnya dan bibirnya dicunci senyum juga. Kepala Yeni Kurniawati mengangguk-angguk sehingga cikgu Khaoirul Azam rasa tidak perlu lagi berdiri lama depannya.

Yeni Kurniawati mengambil nafas panjang untuk tenangkan jantungnya yang berdegup laju. Sekembali dia ketempat duduk, anak muridnya semua terdiam. Suasana senyap dipecahkan pula dengan Muliyanah dan Rozak berlari masuk langsung mendapatkan tempat duduk mereka.

Yeni Kurniawati memulakan pelajaran dengan memancarkan di papan keputusan kuis kilat pelajaran semalam yang ditugaskan pagi tadi. Empat pelajarnya bangun dan berdiri di depan ramai. Johan Faris Rahman, Rozak Mohamed, Muliyanah Faisal dan Nurul Hidayati didapati tidak mengirimkan jawapan mereka dan keputusan ini perlu untuk perkiraan markah peperiksaan kemuncak.

“Maaf cikgu, talifon bimbit saya kehabisan bateri cikgu. Tadi saya baru chas dan akan kirimkan jawapan saya,” kata Nurul Hidayati.

“Baik, cikgu nantikan. Kirim jawapannya cepat pada saya,” kata Yeni Kurniawati Kurniawati mengarahkah Nurul ketempat duduknya. Dia memandang pada Muliyanah dan Rozak keduanya telah masuk sekolah lambat. Pandangan mereka tunduk ke lantai kerana tertangkap dengan kuis kilat mengejut. Walaupun soalan boleh di jawab langsung dengan talifon bimbit, mereka tidak sempat membuka aplikasinya semasa dalam perjalanan.

“Kamu berdua tahu akan denda bila tidak masuk sekolah tepat pada waktu,” tanya Yeni Kurniawati pada pasangan ini.

“Tahu cikgu, kami minta maaf dan tidak akan buat lagi,” kata Rozak.

“Kami minta maaf cikgu sebab ketinggalan menyiapkan diri untuk kuis ini. Tetapi baru sebentar tadi dikirim jawapannya,” kata Muliyanah.

“Kamu Rozak sudah dikirim jawapan kamu,” tanya Yeni Kurniawati. Mereka berdua menunduk kepala mengiyakan soalan Yeni Kurniawati dan diizinkan ketempat duduk masing-masing.

Terbanglah mimpikuWhere stories live. Discover now