Pintu kaca ditolak masuk apabila kedengaran kuncinya dibuka. Encik Ahmad baru pertama kali memasuki bangunan serba canggih ini. Di tempat lain sudah tentu ada kerani wanita menjemput barangan yang di hantar untuk karyawannya. Tidak pula di sini. Sebelah ruang menunggu ada beberapa peti terisi barang yang perlu dia ambil untuk buat penghantaran.
Pejabat ini sudah menyediakan alat pengimbas, hanya pelekat namanya di gantikan dalam peti yang perlu di kirim untuk pelanggan pagi ini.
Mujur dia sudah ambil kursus berbahasa Ingris, mudah dia mencari bilik atau bangunan yang mahu dibuat penghantaran.Setelah bersara pada umur 65 tahun, pekerjaannya sebagai kerani sudah digantikan dengan teknologi. Nasib baik komputer belum mampu buat penghantaran barang besar atau berat. Anak muda pula pandang kerja penghantaran ini kurang mencabar. Sebagai kerjaya peralihan mengisi masa tua Ahmad terima saja kerja sekarang. Persaingan global membawa masuk pekerjaan baru dan teknologi lebih tinggi.
Encik Ahmad mengurut dada sebab sudah lepas tanggungan menyara keluarga. Dia mengalihkan kotak ke atas papan lunsurnya untuk di tolak keluar. Sebenarnya kerja sambilan ini pun akan dia lepaskan kerana badan tidak bertenaga menolak yang terlalu berat lebih lama.
Sepanjang perjalanan mata Encik Ahmad melihat-lihat sekeliling kawasan makmal tersebut. Dia memegang mesin remote control (RC) dengan teliti supaya kenderaan mengikut arahan yang di kirim. Pada pertama kali bermula dia kekok memegang alat seperti permainan kanak-kanak. Tetapi RC ini banyak memudahkan kerja dia dan tidak memenatkan jasmani.
Di dalam sebuah makmal Encik Ahmad melihat seorang lelaki lanjut usia sepertinya tetapi lagak pakar sedang memberi arahan pada anak didiknya. Encik Ahmad mengangkat tangan melambai kepadanya. Barangan yang di bawa di terima dan diletakkan atas meja khas. Dari saiz agak kecil tetapi mungkin bernilai tinggi. Itu sebabnya mereka mengambil pekerja penghantaran lebih berumur agar senang mempercayakan dengan satu tanggung jawab tanpa pemantauan terperinci.Prof Ahmad memberikan tepukkan di bahu dan meminta Encik Ahmad menemaninya ke ruang rehat. Cawan berisi kopi hangat dijamah sambil mendengarkan penerangan Prof Ahmad. Dia dimaklumkan perlu membuat penghantaran jauh. Kerjanya tetap sama hanya kini dia perlu mengelolakan RC untuk helikopter barangan pula.
Mesin akan mengangkat barang di darat dan di terbangkan ke tempat penghantaran yang di tetapkan. Seperti kerja sekarang ini, dia perlu mengulangi beberapa jalan bagi melatih computer menurut arahan pemesan. Sebelum membuat calonan, Encik Ahmad perlu diwancara untuk memastikan kelayakkan untuk tugas baru.
Tidak seperti Prof Ahmad, Encik Ahmad sedar kepayahan bergaul atau mendidik orang muda. Dia agak gementar jika perlu keluar dari zon keselesaannya tetapi Prof Ahmad sedaya upaya mahu meyakinkan kebolehannya agar lulus temuduga pertama.
Persahabatan dua insan ini bermula di kampung. Walaupun di besarkan di sekolah sama, mereka masing-masing menjalani kehidupan berbeza. Selesi sekolah Encik Ahmad menjadi posman bekerja di tempat sama sehingga bersara. Sementara Prof Ahmad meningkatkan pelajarannya lebih tinggi.
Dia sentiasa mendalami minat dan bersusah payah dengan cabaran. Sehingga terus memerah otak bersaing dengan anak muda walaupun usia sebaya dengan Encik Ahmad. Mungkin itu sebabnya sekarang Prof Ahmad dikelilingi projek berbagai dan tidak pernah lengang.
YOU ARE READING
Terbanglah mimpiku
Ficção AdolescenteAku percaya sesiapa yang berani berfikir akan mencorak perubahan dalam hidupnya. Mereka yang bercerita dan menyampaikan dari kotak kepala sendiri mampu membentuk dan membangunkan sekitarannya. Lebih hebat lagi pembaca yang dapat memahami tulisan ya...