26

1.8K 184 23
                                    

Jimin tersenyum melihat isteri nya yang sedang nyenyak tidur. Penat barangkali gara - gara aktiviti mereka semalam.

Tubuh Haemi didakap dan muka nya disebamkan pada batang tengkuk Haemi. Dikucup lembut leher tersebut.

"Jangan laa…"

Gumam Haemi perlahan. Namun masih lagi didengari oleh Jimin. Jimin tersenyum. Dicubit perlahan pipi Haemi; dia geram.

"Sayang tidur laa. Oppa pergi buatkan sarapan eah. Oppa tahu sayang penat."

Haemi sekadar mengangguk dalam tidur nya. Lepas itu, Jimin turun dari katil dan bergerak ke dalam bilik air terlebih dahulu.

++

"Sedap!"

"Betul ke, sayang?"

Bersinar - sinar mata Jimin apabila menerima pujian dari isteri nya. Sarapan ringkas sahaja dia buat pown.

Nasi goreng.

"Iye, oppa. Boleh laa niey daripada tak sedap langsung. Dah meningkat sikit dari yang dulu."

Haemi tergelak kecil. Jimin pantas mencuit hidung Haemi sebelum menyambung makan.

Kemudian, mereka berdua terdengar suara Byul menangis. Dengan segera Haemi pergi mendapatkan Byul dalam bilik.

"Jangan laa nangis."

Dibawa Byul ke dalam dapur. Air mata nya disapu. Haemi menggagah Byul sambil menunggu Jimin membancuh susu untuk Byul.

Kemudian, Jimin datang.

"Nah!"

Diberikan susu tersebut kepada Haemi. Jimin menyambung makan semula.

"Nak ikut oppa balik rumah sana tak? Yoongi hyung kata Taehyung dah balik."

"Yeke?"

Jimin mengangguk.

"Boleh jugak. Hae pown dah lama tak jenguk Sohye noona. Pukul berapa nak pergi?"

"Sekejap lagi. Dalam pukul 9. Pastu petang nanti kita boleh pergi pantai kejap."

"Okey."

Byul tersenyum dengan tiba - tiba tatkala melihat Jimin. Comel sangat kowt appa dia. Jimin pun balas balik senyuman itu.

Selesai makan, mereka semua bersiap - siap.

++

"Park Byul-ah!!"

Jerit Taehyung dengan girang nya seraya mengambil Byul dari dukungan Jimin.

Haemi pula masuk ke dalam dapur setelah diberitahu oleh Yoongi yang isteri nya ada dekat sana.

Anak - anak Yoongi mengerumuni Taehyung dan Byul. Dicubit dan dicium budak itu. Sampaikan Byul naik rimas.

"Masa mana kau sampai?"

"Malam tadi. Berkali - kali aku kejutkan Yoongi hyung suruh dia bukak pintu. Dah laa sejuk."

[C] Pencuri Dompet | pjmWhere stories live. Discover now