bab 14

277 4 0
                                    

************************************

Assalamualaikum,

   Abang..sebelum abang meneruskan membaca surat ini sehingga habis,izinkan saya untuk memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki.Saya minta maaf sebab merahsiakan penyakit saya daripada abang.Saya bukan sengaja,cuma saya takut dengan penerimaan abang bila dapat tahu bahawa saya sakit.Saya tak sanggup melihat abang sedih mahupun risau.Sebab saya sayang abang..

   Abang...permintaan saya waktu dihospital dulu,saya benar-benar maksudkannya.Mesti abang tertanya-tanya kenapa harus Bella??Ya,sebab saya dah tahu tentang Bella. Dialah kekasih yang terpaksa abang tinggalkan demi pernikahan yang ditetapkan oleh keluarga kita,kan abang??Dia jugalah wanita yang berjaya membuatkan Nur Aryan Zafie termenung memikirkannya.Saya mula perasan tentang itu sejak pertemuan yang tak sengaja antara abang dengannya di shopping mall tempoh hari.Jadi saya selongkar barangan abang untuk mencari bukti.

  Sekali lagi saya minta maaf sebab selongkar barang abang dan terbaca diary abang dan disitulah tercacat segala tentang Bella.Maaf jika oleh kerana saya cinta abang terhalang.Jadi untuk kali terakhir ini,saya mohon abang nikahi lah Bella,agar saya dapat bersemadi dengan tenang.Melihat abang bahagia walaupun dari jauh cukup buatkan hati saya tenang.Mohon jangan kecewakan harapan saya.

  Saya harap Bella mampu menjaga abang.Saya akan tunggu abang dipintu syurga nanti.Berbahagia lah sayang..Saya sayang abang.Moga abang dapat tunaikan permintaan terakhir saya ni..jangan kewecakan Bella.

Akhir sekali,jangan abang meratapi pemergian saya.Jangan pernah merasa menyesal.Sebab tak ada apa yang perlu disesalkan.Jangan sedih.Saya tidak kuat melihat abang bersedih.Saya dah maafkan segala kesalahan abang.Kecapilah kebahagian abang dengan pilihan hati abang sendiri.Saya ikhlaskan...

Saya titipkan Bella untuk abang..bahagiakan dia.Jangan diabaikan perasaannya.Dia berhak untuk bahagia.

yang benar,
isteri yang mencintaimu.

************************************

Surat yang selesai dibaca digengam erat.Pilu sungguh perasaannya ketika ini.Amanah yang ditinggalkan agak berat untuk ditunaikan.Memang dia cintakan Bella.Tapi buat masa sekarang dia belum bersedia.

Bella yang duduk berhadapan dengannya dipandang sekilas.Wajah ayu itu lenjun dek airmata.Terharu dengan isi kandung surat itu.Bella diminta untuk mengahwini Zafie.Tapi..dia tidak pasti..Bersediakah dia??Ahh!!Buntu!!
______________________________________

"so??macam mana??" tiba-tiba Zafie bersuara.

"hah??macam mana apa??" jawab Bella dengan muka blur.

"alaa..tentang ni.." surat yang disampaikan oleh Dewi beberapi hari selepas kematian Syalina itu diangkat sedikit.

"ohh..entah..terpulang pada awak..saya ikutkan sahaja.." jawab Bella ringkas.

"awak tahu kan..saya masih sedih dengan pemergian dia..walaupun dah hampir 2 bulan dia pergi..tinggalkan saya.." muka Zafie kembali keruh.

"saya tahu..take ur time..kalau awak dah sedia nanti bagitahu saya.." jawab Bella tenang.

"awak...??" panggil Zafie dengan nada mendatar.

"hmm..?" wajah yang memangil itu ditatap.

"do u still love me like before??" soalan itu tiba-tiba terlontar dari bibirnya.

Izinkan Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now