bab 18

2.3K 5 0
                                    

Selesai mandi Bella mencapai beg kertas yang dimaksudkan Zafie tadi.Dengan tak semena-mena matanya membuntang.Baju yang dimaksudkan Zafie tadi adalah baju tidur cotton yang sangat nipis beserta g-string.Bella akui yang selama ini dia agak seksi tapi baju ini agak keterlaluan baginya.Perlahan pintu bilik air dibuka dan kepalanya menjengah sedikit keluar pintu.

"abang....."panggil Bella dengan suara menggoda.

Zafie yang mendengarkan suara itu seperti terkena renjatan.Liur ditelan kasar tapi tetap menyahut panggilan itu."Ye sayanggg.."balasnya sedikit gugup.

"are u sure saya kena pakai jugak baju ni??"tanya Bella.

"terpulang..sebab baju tu pun tadi mama yang bagi..kalau sayang tak nak pakai so sayang bogel je la.." jawab Zafie selamba.Bella yang dengarkan itu cepat-cepat masuk semula ke dalam bilik air.Malu sebenarnya disakat begitu.Namun,mahu tidak mahu dia tetap menyarungkan baju tersebut walaupun hakikatnya dia tetap terlihat seperti berbogel kerana baju itu sangat jarang.

Dengan perasaan malu,Bella melangkah keluar dari bilik mandi itu.Zafie yang duduk di birai katil sedikit terpaku apabila matanya tertancap pada pernampilan isterinya itu.Sungguh indah sekali permandangannya saat ini.Bahkan sewaktu bersama arwah Syalina dulu pun dia tak pernah melihat susuk tubuhnya.Kerana setiap kali Syalina mandi Zafie akan menunggu diluar.

Perasan dirinya direnung cepat-cepat Bella melajukan langkahnya untuk ke katil dan menarik selimut.Tapi belum sempat Bella melabuhkan badannya,Zafie terlebih dahulu menarik Bella kedalam dakapannya.Bella merona lagi untuk kesekian kalinya.Dakapan Zafie makin erat saat merasakan penolakkan secara halus dari Bella.

"shhh..jangan tolak abang..abang dah lama teringin nak peluk sayang..so..inginkan abang lakukannya malam ni.."bisik Zafie tepat ditelinganya.Tangan kekarnya menggosok perlahan belakang badan Bella.Haruman rambut Bella membuai perasaannya ketika ini."hmmm..harumnya isteri abang..tenang je bila peluk sayang macam ni.."bisiknya lagi,kali ni suaranya mula serak.Nafsu lelakinya mula menunjukkan reaksi.

Bella yang dari tadi berdiri kaku turut terbuai dengan pelukan serta bisikan lembut Zafie.Pelukan Zafie dibalas.Kepalanya didekatkan pada dada suaminya.Terdengar degupan jantung suaminya yang kini agak laju seperti sedang marathon.Bella mendongak sedikit untuk memandang wajah suaminya.Dalam masa yang sama Zafie turut menjatuhkan pandangannya terhadap Bella.Rahangnya bergerak-gerak seperti ingin meluahkan sesuatu tapi tidak terluahkan.

"kenapa abang berdebar??"tanya Bella polos."hahahahah..mana sayang tahu.."ketawa Zafie demi menutup persaannya."lupa pula sayang kan doktor." sambungnya lagi.

Bella masih mendongak memandang suaminya.Tanpa dia duga sebuah ciuman mengenai bibir merahnya.Lembut saja sentuhannya.Bella mula khayal dan ciuman itu berbalas.Dari perlahan kini semakin rancak.Lutut Bella semakin melemah,mujur Zafie sempat memautnya.Tersedar yang masing-masing hampir kehilangan nafas,ciuman itu dileraikan.Dada masing-masing turun naik demi mencari oksigen yang kian menghilang tadi.

Tangan Zafie membelai lembut pipi Bella.Kucupan ringkas singgah dibibir Bella.Mata keduanya saling berpandangan."sayang..." panggil Zafie perlahan."hmmm.." balas Bella hampir berbisik.Dia masih terkejut dengan tindakan Zafie tadi.

Perlahan wajah Zafie menghampiri wajah Bella."sebenarnya..abang sayangkan Bella,sejak dulu lagi.Abang cintakan sayang.Abang takut nak luahkan sebelum ini sebab abang tak pasti dengan perasaan abang sendiri.Tapi lepas abang peluk sayang cium ubun-ubun sayang  macam ni.." ubun-ubun Bella dikucup sekilas.
"abang yakin..abang perlukan sayang sebagai perdamping hidup abang.."sambungnya lagi.

Bella yang mendengarkan luahan itu sudah mula hendak menangis.Terharu.Luahan itulah yang ditunggu-tunggunya selama ini.Akhirnya terluah sudah.Bahagia dia saat ini.Dalam hati berdoa agar kebahagiaan dapat dikecapinya hingga akhir hayat.

"Abang..."panggil Bella.Airmatanya yang ditahan dari tadi gugur juga.

"heyy..napa pula tiba-tiba nangis ni??betul la cakap orang..perempuan ni aneh.." kata Zafie.

"hehehe..takde apa lah..saya terharu..abang..terima kasih.." balas Bella dengan senyuman.

"hmm??terima kasih untuk apa??" tanya Zafie.

"sebab sudi terima saya seadanya..saya tahu saya bukan yang pertama dalam hidup abang..dan..mungkin masih agak sukar untuk abang melupakan dia..tapi saya harap..hati abang akan dapat memberi ruang untuk saya sepenuhnya..dan saya juga akan cuba jadi yang terbaik untuk abang..juga untuk anak-anak kita suatu hari nanti.." luah Bella dengan panjang lebar.

Zafie yang mendengarkan luahan seikhlas hati isterinya itu turut bersama mengalirkan airmata.Tubuh Bella diraih kembali dalam dakapannya.Ubun-ubun isterinya dikucup lama.Tenang perasaannya ketika mencium ubun-ubun tersebut.

"ekhemm..sayang..abang rasa dah lewat sangat dah ni..kita tidur ye sayang..esok kita nak bertolak ke terengganu..kita honeymoon kat sana..ikutkan daddy,dia nak kita pergi Bali..tapi tempat perlancongan kat Malaysia ni pun abang belum habis teroka buat apa nak pergi negara orang..sayang tak kisahkan??" kata Zafie.Dia ingin sekali melakukan lebih dari sekadar memeluk isteri nya.Tapi,memandangkan malam semakin larut dan badan yang penat,dia menangguhkan hasratnya.Sabar ya Zafie,tak larinya Bella kamu tu.

"takpe abang..saya tak kisah..kemana saja abang bawak saya..asalkan abang tetap disisi saya.." balas Bella sambil tersenyum manis.

"great!!how sweet u are..untung abang ade isteri macam ni..dah..jom tidur..malam ni abang nak rasmikan bantal peluk baru abang.." kata Zafie sambil menarik tangan Bella menuju ke katil.

"kita tidur ya..abang dah penat dah ni..sayang pun tidur la..abang peluk k??" ujar Zafie yang sudahpun merebahkan badannya dengan selesa atas tilam.Bella pula meletakkan kepalanya diatas lengan Zafie,tidak perlu menunggu lama Zafie terus memeluk isterinya dan akhirnya keduanya lena.

tbc

hai..bertemu kmbali..sorry sbb lambt update..idea lngsung xde..kdg2 rse mcm nk batalkan je penulisan ni..tp syg plak..hihihi..pape pun vote n comment tau..mne tau korang bley bg idea ke..huhuhu

Izinkan Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now