bab 20

1.8K 6 2
                                    

Mereka sudah sampai di ibukota.Bella yang terlena tadi tersedar saat kereta mereka berhenti di lampu isyarat.

"kita nak pergi mana pula ni??" tanya Bella pelik kerana suaminya itu tidak menggunakan laluan biasa yang menghala ke rumahnya.

"balik la..kemana lagi.." jawab Zafie lembut.

"tapi ni nak menghala ke mana??bukan kita patut ambik simpang tadi ke??" tanya Bella lagi.

Zafie hanya membiarkan soalan itu terbang bersama angin.fuhh!! ayat??hahaha

Kereta mereka mula memasuki satu kawasan perumahan mewah beberapa minit kemudian dan akhirnya Zafie memakirkan keretanya disalah satu rumah disitu.Rumah banglo 3 tingkat itu tersergam indah dihadapan mereka.Bella sudah terpegun melihat rumah itu walaupun hanya dari luar.

Zafie yang melihat Bella yang masih membatu bersuara tiba-tiba.

"jom sayang..kita masuk.." ajak Zafie yang mula keluar untuk ke tempat duduk Bella.

Pintu tempat duduk penumpang dibuka.Tangan dihulur buat sang permaisuri hati.Bella menyambut huluran itu dengan senyuman manis.

"err..ni rumah siapa??" tanya Bella.

Sejujurnya,dari tadi lagi dia ingin menanyakan soalan itu tapi tidak terluahkan.

"rumah kita la..mulai dari hari ini..kita akan tinggal disini.." jawab Zafie tenang.Bella tergamam.

______________________________

"sayang...jangan la macam ni..abang dah bincangkan semua ni dengan Mak Nab..dan dia setuju untuk tolong Bella jagakan rumah itu.." pujuk Zafie.

Ternyata keputusan untuk tinggal dirumah ini tidak disetujui oleh Bella.Dan dia menentang keras sama sekali.Baginya rumah agam peninggalan arwah Datuk Amirul adalah amanah yang perlu dijaga bukan malah ditinggalkan.

"kenapa abang tak bincang dulu dengan Bel??kenapa tak tanya dulu keputusan Bel??kenapa memandai sendiri??" protesnya lagi.

" Bel,awak tu isteri abang..so awak kena ikut abang kemana saja abang pergi..even abang bawak awak kebawah kolong sekalipun." kata Zafie sedikit tegas.Gelaran 'sayang' nya buat Bella hilang seketika.

"Sayang..." panggil Zafie lembut.Dia akan tetap memujuk.

"abang tahu abang salah sebab tak bagitahu awal-awal..dan tak bincang terlebih dahulu dengan Bella..abang sebenarnya dah lama beli rumah ni untuk kita..even sebelum abang dinikahkan dengan arwah Syalina lagi.." suaranya mulai kendur.

"Family abang pun tak tahu yang abang beli rumah ni..sebab...masa abang beli tu..abang ingat nak lamar Bella bila Bella dah balik dari Singapura dulu dan tinggal disini..tapi..tup.tup..daddy sakit and mintak abang kawin dengan arwah Lina demi syarikat..abang tak sampai hati tengok daddy sakit sebab abang.." matanya sudah berkaca.

Bella yang mendengarkan kata-kata suaminya itu sudah sedikit terkejut tapi dia masih membisu.Dia ingin mendengar luahan suaminya itu sehingga selesai.Setelah beberapa saat membisu Zafie sambung ceritanya lagi.

"untuk pengetahuan sayang..selama perkahwinan abang dengan arwah,tak sekalipun abang sentuh dia macam abang sentuh Bella..sebab tu..bila tahu dia sakit dulu abang macam tak boleh terima..abang kesian..kadang-kadang menyesal juga sebab tak sempat sempurnakan dia selayaknya seorang isteri..tapi sekarang abang dah ada Bella..abang harap sangat impian abang untuk hidup bahagia dirumah ni bersama Bella tercapai..lagipun ini yang arwah pernah amanahkan dulu..supaya bahagiakan sayang..sayang lupa??" katanya sambil menarik nafas lega.Segala yang terbuku kini sudah diluahkan dihadapan kesayangannya itu. 

Bella sudah mengalirkan airmata.Terharu dengan luahan tadi mungkin.Kini dia akur dengan permintaan Zafie.Dan dia setuju untuk tinggal disitu.

"erm..macam mana dengan pakaian dan keperluan Bella disana??" tanya Bella perlahan.

Zafie yang mendengarkan soalan itu mengukir senyuman.Itu bermakna Bella sudah mula bersetuju untuk tinggal disitu.Perasaan syukur dipanjatkan keatas Ilahi.

"yang itu sayang jangan risau..abang dah minta tolong driver abang ambil kan hari tu..semua barang peribadi Bella semua sudah dikemaskan oleh Mak Nab..dan dah siap tersimpan di bilik kita.." kata Zafie dengan yakin.Entah bila Zafie buat semua tu pun dia tidak menyedarinya.

"tapi rumah tu macam mana??" tanya Bella tiba-tiba.

"rumah tu abang minta Mak Nab jaga kan..sayang tak kisah,kan??" kata Zafie tenang.

"tak..asalkan rumah itu ada yang jaga..Bel ok saja.." jawabnya lembut.Zafie senyum.Senang dengan jawapan sang isteri kesayangannya itu.Perlahan tubuh langsing Bella diraih ke dalam pelukannya.

__________________________________

Dah hampir 2minggu mereka melayari hidup berumahtangga.Esok masing-masing sudah mula bekerja.Pasti selepas ini masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka.

"sayaaaangg.."panggil Zafie perlahan dan Bella dipeluk dari belakang.

Bella yang sedang memotong tomato untuk masakan tomyam nya terhenti seketika.

"hmm..napa??dah lapar ke??kejap ye..sikit lagi ni.." kata Bella tanpa menunggu jawap dari suaminya.

"lapar...laparkan sayang.." balas Zafie berbisik ditelinga isterinya.

Leher putih gebu isterinya dicium lembut.Bella hanya mampu mengeliat sedikit akibat kegelian.Namun tangannya masih ligat memasak.Walaupun dia tidak begitu pandai memasak,tetapi oleh kerana pak cik google sudi menolong maka hari ini dia dengan rela ingin mencuba.Semuanya demi perut cik abangnya.

"sayang masak apa ni??" tanya Zafie yang sudah meleraikan pelukannya dan bersandar di kabinet menghadap isterinya.

"tomyam..resepi pakcik google..hehe" balasnya sambil tersengih memperlihatkan barisan giginya yang putih.

"ohh..." jawab Zafie pendek.

Dia tahu yang Bella tidak tahu memasak.Tapi mujur isterinya itu rajin mencuba.Jadi dia yakin suatu hari nanti pasti Bella akan mahir.Sejujurnya selama seminggu ni Bella memasak berdasarkan google,dan hasilnya tidak pernah mengecewakan.Boleh dikatakan sedap juga.

Lauk untuk makan tengahari telah siap dihidangkan di atas meja makan.Zafie sudah terlebih dahulu bersedia di situ.Melihatkan kuah tomyam yang pekat berasap dan harum itu membuatkan dia tidak sabar untuk mencicipinya.

"makan lah.." jemput Bella lembut.
Dengar sahaja ajakan itu,Zafie terus mengangkat sudunya."eemmm...it's yummy!!!" kata Zafie teruja.Bella hanya mampu tersipu dengan pujian suaminya.Tanpa berlengah lagi Zafie terus makan dengan lahapnya.

___________________________________

Bella sedang menonton rancangan kegemarannya diruang tamu ketika ini.Zafie yang terlelap di biliknya selepas kekenyangan tadi muncul.Bella tidak perasan kehadiran suaminya itu kerana terlalu asyik melayan tv.

Zafie dengan perlahan merapati Bella dan..

chupp!!

Sebuah ciuman hinggap di leher isterinya.Bella sedikit kaget dengan ciuman itu."ish!! abang ni..terkejut sayang tau!!" kata Bella dengan wajah cemberutnya."hahaha!!Bella tu yang kusyuk sangat tengok tv..sampai tak perasan abang yang tinggi lagi sado ni datang.."balas Zafie."hmmph!! sado la sangat.."jawab Bella acuh tak acuh.
"Sayang tengok cerita apa ni?? tanya Zafie."goblin.." jawabnya ringkas."ohh..tak best la cerita ni.."kata Zafie lalu remote control tv diambil dan tv dimatikan."abang!!! jangan la kacau!!cerita tu tak habis lagi!!" rengek Bella.

tbc..

hai readers , sorry about the slow update.hakak xde idea..pecah pale pikir..hehehe..bab seterusnya mungkin macam 18++ sikit..so hrap korang xksah..hakak mnx maaf dulu lh bg yang xske tu..bg yg ok,plis vote..daaaa

Izinkan Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now