bab 17

279 4 0
                                    

Perkarangan lobi hotel 5bintang itu bergema dengan bunyi kompang yang ditempah khas menandakan tibanya pasangan pengantin yang sedang diraikan itu.

Zafie kelihatan sangat tampan malam ini.Busana pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal terlihat sesuai dengan badannya yang tegap.Bella juga apa kurangnya.Sama cantik sama padannya dengan Zafie.Mereka memilih warna peach sebagai tema kerana warna itu adalah warna kesukaan Bella.

Berjalan beriringan menuju ke singgahsana sambil berpimpin tangan bagaikan pinang dibelah dua.Senyuman bahagia tidak lekang dari bibir pasangan dua sejoli itu kepada para tetamu saat melintasi mereka untuk melangkah ke pelamin dihujung sana.

Suara pengaraca majlis yang juga merupakan salah seorang rakan Bella memeriahkan lagi majlis tersebut dengan mengutarakan lagu-lagu romantis khas untuk raja sehari yang kini selamat tiba di pelaminan.

Akad nikah yang berlangsung tengahari tadi juga cukup meriah dengan kehadiran sahabat handai Bella.Walaupun Bella tidak mempunyai keluarga tapi Bella ada ramai rakan-rakan yang sudah dianggap seperti keluarga.

Majlis persandingan mereka diadakan disalahsatu hotel milik Datuk Zarul di ibu kota.Awalnya Bella menolak.Tapi memandangkan mummy dan daddy Zafie terus memujuk akhirnya Bella akur.

"sayang cantik sangat malam ni.." sempat Zarul berbisik ditelinga Bella saat menunggu ahli keluarga atau rakan-rakan untuk ditepung-tawar.

Bella yang mendengarkan itu menunduk malu.Sally yang sebagai pengapit pengantin perempuan sempat berdehem.

"ekhemm..nak sweet-sweet pun nanti-nanti la ye..malu kat orang .." kata Sally yang dibisikkan ke telinga Bella. "mana ada sweet-sweet..dengar je kau kan.." balas Bella perlahan.Muka Bella saat ini dah memerah menahan malu.

Pandangan dihalakan kedepan semula apabila giliran keluarga Zafie pula memulakan menepung-tawar.Mummy Zafie mengalirkan airmata kegembiraan saat tiba gilirannya.Salam dihulurkan kepada Bella.Bella menyambut salamnya dan sebuah pelukan dihadiahkan buat Bella.Bella diterima sebagai menantu dengan hati terbuka kerana Datin Azizah tidak punya anak perempuan.

Rizki hanya memandang Bella yang berada diatas pelamin dari jauh.Tidak sanggup dia untuk berlamaan disitu.Kiriman doa agar Bella kekal bahagia dan ucapan selamat tinggal disampaikan melalui angin lalu.Tanpa sedar Bella ternampak keberadaannya dan Rizki cepat-cepat berlalu.Bella yang nampak Rizki berlalu pergi berasa sedikit kecewa kerana Rizki langsung tidak menjamah apa-apa sebelum pergi.Keluhan kecil dilepaskan.

2jam kemudian majlis persandingan itu selesai.Semua tetamu juga sudah mula meninggalkan dewan itu.Hanya tinggal mereka suami isteri dengan ibubapa Zarul saja disitu.Sally sudah pulang dari tadi lagi bersama teman lelakinya.

"mummy dengan daddy balik dulu la ye..dah lewat ni..ape pun tahniah sekali lagi ye..mummy happy sangat hari ni..lena lah tidur mummy lepas ni.." kata Datin Azizah sambil memeluk menantunya.

"baiklah mummy..daddy..baik-baik memandu itu pesan kat pak samad tu.." pesan Zafie.

"yela..bye..enjoy your honeymoon..and cepat lah bagi mummy cucu ye.." kata Datin Azizah lagi sebelum menerobos memasuki keretanya.Beberapa minit kemudian kereta itu hilang dari pandangan.

"jom balik..saya dah penat ni.." kata Bella sambil memaut lengan Zafie."kita tak balik..kita tidur sini..daddy dah bookingkan honeymoon suite VVIP untuk kita.." balas Zafie sambil menarik tangan Bella untuk beriringan dengannya."hahh??habis baju??awak tak cakap pun kita nak bermalam kat sini..?so saya tak packing apa-apa pun.." Bella berhenti melangkah.

Tanpa menjawab pertanyaan Bella,Zafie terus mencempung tubuh kecil Bella ala-ala bridal style menuju ke lif.Pekerja dan pengunjung hotel yang berada disitu memandang dan berbisik sesama sendiri.Bella berasa tidak selesa dipertontonkan mula meronta minta dilepaskan.Dukungan Zafie makin kejap apabila Bella meronta tanpa henti.

Sampai saja didalam bilik hotel yang serba mewah itu barulah Zafie menurunkan Bella.Muka Bella membahang saat ini.Perasaan marah dan malu kini bersatu didalam hati.Zafie entah hilang kemana sejurus selepas menurunkan Bella tadi.Malas untuk berfikir akhirnya Bella merebahkan badannya diatas tilam empuk yang tersedia disitu.

Saat hampir diulit lena,Bella tersentak apabila merasakan ada pergerakkan di sebelahnya.Pantas matanya menoleh ke sebelah.Hampir berdiri dia akibat terkejut kerana Zafie yang hanya bertuala yang diikat pada pinggangnya telah berada disebelah sambil mengiring menghadapnya dengan senyuman manis."nape tak mandi lagi.??" tanya Zafie lembut.

"jauh lah..taknak mandi..biar je macam ni..sekurang-kurangnya awak takkan dekat..sapa suruh buat orang marah..tahu tak semua orang kat bawah tadi pandang-pandang kita..malu tau.."balas Bella.Merajuk.Sakit hatinya tadi masih bersisa.

"taknak mandi aeh??" Zafie tersenyum sinis.Pantas tubuh kecil itu diraihnya.Baju pengantin yang masih tersarung ditubuh Bella dibuka perlahan zipnya.Bella yang merasakan sesuatu yang bergerak dibelakang badannya cepat-cepat berdiri menjauh dari Zafie.Melihatkan Zafie cuba mendekatinya Bella sedikit mengundur ke belakang dan ke belakang sehinggalah belakang badannya terhalang dek dinding.Zafie tersenyum saat melihat muka cuak isterinya.Comel.Tubuhnya kini berada sangat hampir dengan Bella.Tangan Bella dikunci ke dinding.Perlahan mukanya mendekati muka Bella.Zupp.!!Muka Bella merona lagi.Malu.

"sapa suruh berawak-awak dengan abang lagi..??kan dah kena hukum.." perlahan ayat itu dibisikkan ke telinga Bella.Bella memandang ke wajah Zafie.Jadi itu lah sebabnya dia buat macam ni??Sebab panggil dia 'awak' je??Tak patut betul.

"ohh..salah saya la ni??" kata Bella perlahan."yes..salah lah ape lagi..sebelum ni boleh je panggil abang..bila dah sah macam ni tiba-tiba panggil awak pula..merajuk lah..tadi kata taknak mandi kan..haa,takyah mandi.." rajuk Zafie.

"yela-yela..maafkan Bella abang..Bella mandi ye..tapi abang jangan kat sini..abang tunggu kat luar aeh..nanti dah siap mandi Bella panggil.." pujuk Bella."Taknak!!nak kat sini juga..kenapa nak kena tunggu kat luar??malu abang tengok??" kata Zafie."yela-yela..duduk la situ..Bella mandi kejap.." Bella mengalah malas hendak layankan Zafie.Kuat menyakat tak sudah.Bella terus melangkah menuju bilik air tapi belum sempat dia menapak masuk bilik air langkahnya terhenti.Zafie ditoleh."abang..bella tak ade baju.." kata Bella sambil menguis jarinya." abang dah sediakan baju dah untuk sayang..ada kat dalam bilik air tu..dalam paper bag.." balas Zafis sambil tergelak kecil.Nasib tak didengari Bella." ok..thanks abang..sayangg abangg.." katanya manja.Langkah diatur kembali menuju bilik mandi.

tbc..

hai readers..author nak minta maaf..andai bab-bab seterusnya nanti ade adegan-adegan yang 18++..hehe..memandangkan mereka dah kawin kan..huhuhu..bagi yang suka sila vote,bg yang tak suka boleh scroll laju2 k..bye

Izinkan Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now