bab 16

229 2 0
                                    

Suasana ditanah perkuburan itu agak sunyi.Zafie dan Bella duduk berteleku ditepi pusara arwah mummy dan daddy Bella yang disemadikan dalam satu liang lahad.Surah yassin dialunkan dengan perasaan yang hiba.Airmata Bella tidak henti-henti mengalir dari tadi.Sehingga lah Surah yassin habis dibaca.

"Mummy..daddy..Bella rindu sangat dengan mummy n daddy..maafkan Bella sebab dah lama tak ziarah mummy n daddy.." kata-kata Bella terhenti seketika.

"mum..dad..i'm getting maried tomorrow..Bel harap sangat mum and dad ade masa hari bahagia Bel.." sambung Bella sambil tangannya ligat mencabut rumput yang tumbuh meliar diatas pusara itu.

"tapi..Bel faham..mummy and daddy cuma boleh lihat Bel dari jauh saja..Bel janji Bel akan cuba buat mummy and daddy bangga dengan Bel..Bel cuba untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk keluarga Bel..damailah mummy dan daddy disana ye..Bel sentiasa doakan kesejahteraan mummy dan daddy dari sini.." airmata yang mengalir ibarat air terjun yang melimpah.

"Mummy,ni Zafie..bakal suami Bel..lepas ni Zafie yang akan jaga Bel..mummy jangan risau ye.." kata Bella sambil memandang tepat mata Zafie.

"assamualaikum..Mummy,daddy,saya Zafie bakal suami Bella..saya janji saya akan jaga Bella selagi nyawa saya terkandung badan..percayalah..saya akan membahagiakan anak mummy dan daddy.." kata Zafie sambil tangan kanannya memegang kepala batu nisan yang tertera nama ibubapa Bella.

"Mummy,daddy..kami balik dulu ye..ada masa lapang nanti..kami datang lagi..assalamualaikum.." ucap Bella sebelum kaki melangkah pergi.

Sayu hatinya.Kemudian mereka bertolak ke tanah perkuburan tempat Syalina dimakamkan.

"assalamualaikum sayang..abang datang ni.." salam diberi.

Bacaan yassin mula kedengaran disitu.Zafie membaca surah itu dengan linangan airmata.Sungguh dia sangat kesal.Jadi dia bersetuju untuk menunaikan amanah arwah isterinya itu walaupun dia keliru dengan perasaannya sendiri waktu ini.Selesai membaca surah yassin,Zafie mula berbicara.

"Sayang..abang dah nak kahwin dah esok..semestinya dengan Bella.Sayang mesti suka kan??itu kan permintaan terakhir sayang..jadi sekarang abang dah tunaikan..insya-allah abang akan cuba bahagiakan dia.Tapi selepas abang mampu melupakan sayang.Abang sangat menyesal sebab tak pandai jaga sayang..sampaikan sayang sakit pun abang tak tahu..abang suami yang teruk kan??Sayang maafkan abang ye..abang akan cuba buat seperti yang sayang harapkan.." luahan hati Zafie.

"abang balik dulu ye sayang.." Tanpa berlengah Zafie terus berlalu.Tidak sanggup dia berlama-lama disitu.Pilu hatinya.
______________________________________

"Wei bella.." panggil Sally. "Em?" sahut Bella sambil memasukkan kad jemputan ke dalam sampul surat.

"Kau tak nak jemput Rizki ke?" soal Sally hanya untuk mengusik. "Nak jemput lah ni..." jawab Bella; acuh tak acuh. Terbuntang mata Sally mendengarkan jawapan Bella.

Sally menekupkan tangan kirinya ke dahi Bella. Tangan kanannya pula di dahi dia. "Kau ni dah kenapa?" soal Bella kehairanan. Berkerut-kerut dahi Bella melihat perlakuan Sally.

"Kau tak demam pun?" ujar Sally dengan muka aneh. "Aku tak demam lah.." ujar Bella sambil menepis tangan Sally. Sally tersenyum kambing.

"Habis tu? Tiba-tiba je kau kata nak jemput Rizki.. Terkejut lah aku.. Aku cuma bergurau.. Aku ingatkan kau demam tadi.." ujar Sally panjang lebar sambil bermain dengan bunga telur.

"Aduhh.." Sally memegang tangannya yang dipukul oleh Bella. Muncung itik dibuatnya. "Kalau pecah telur, siapa nak ganti? Haisyy.." Bella menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sally masih muncung. Bella menggeleng lagi. Sensitif sungguh kawannya sejak kebelakangan ini. Period kot? Bella hanya mengjungkit bahu. "Aku tak pernah dendam dengan Rizki. Mungkin dulu dia pernah tipu aku, sakitkan hati aku, kecewa kan aku. Tapi, tu semua dulu. The past is past. Now, aku dah move on. Lagipun, tak baik memanjangkan persengketaan." jawab Bella panjang lebar.
______________________________________

"assalamualaikum..dah lama tunggu??" tanya Bella yang baru saja tiba di Cafe Old Town White Coffee itu.

"ehh..tak lah..baru je sampai duduk la dlu.." balas Rizki semangat.

"ehh..takpe lah..saya kejap je ni.." tolak Bella.

"ohh..ade ape nak jumpa saya ni??" tanya Rizki.

"ohh haa..hampir lupa pula..saya nak bagi awak kad ni..nak jemput awak datang ke majlis saya esok.." kata Bella sambil menghulurkan kad jemputan kahwinnya.

"awak nak kahwin dah..??" tanya Rizki.Jelas kedengaran kecewa.

"a'ah..esok..datang tau..satu lagi..saya dah maafkan awak atas perbuatan awak selama ni..saya harap awak akan bahagia dengan perempuan yang lebih baik..jangan lah ada dendam antara kita..yang lepas tu biar lah lepas.." ujar Bella.

"hmm..yela..insya-allah esok saya datang.." kata Rizki.

"oklah..saya balik dulu..ada banyak lagi yang belum selesai ni..saya pergi dulu ye.." belum sempat Rizki membalas Bella sudah terlebih dahulu melangkah meninggalkannya.
______________________________________

Kad jemputan yang diberikan tadi dipandang sepi.Perlahan tangannya membuka sampul putih itu dan mengeluarkan isinya.Cantik kad tersebut.Nama pengantin lelaki dibaca sekilas.Jelas bukan namanya yang tertera.Beruntung lelaki yang yang bernama Nur Aryan Zafie.

Kecewa,menyesal,rindu dan sayang kini bercampur baur dihati Rizki.Betapa bodohnya dia mempermainkan Bella dahulu.Bella gadis yang baik dan pastinya kekasih yang setia disiakan begitu sahaja.

Rizki cuba untuk merencanakan rancangan jahatnya.Tapi selepas kata-kata Bella : 'jangan lah ada dendam diantara kita,yang lepas biarlah lepas' kembali membantutkan niat buruknya itu.Dia mula meredhai ketentuan Ilahi.Esok selepas saja menghadiri majlis Bella,Rizki berkeputusan untuk pergi.

Pergi membawa dirinya yang lara.Mungkin dengan merantau dapat mengubati sedikit lara dihati.Dan siapa tahu juga jodohnya hadir ketika merantau nanti.Manalah tahu ada wanita yang terpaut.Rizki juga tidak kalah kacaknya.Jika digandingkan dengan David Beckham pun mereka kelihatan setaraf saja..huhuhu

tbc..

Izinkan Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now