bab 15

250 3 0
                                    

"assalamualaikum.."bunyi salam dari luar rumah.

Bella yang sedang bersarapan menghentikan kunyahannya.Dia ingin keluar untuk membuka pintu tapi ditahan oleh Mak Nab.

"takpe..kamu makan aje..biar Mak Nab yang bukakan pintu.." ujar Mak Nab lalu menuju ke pintu utama.

"wa'alaikumsalam..ehh..nak Zafie..Bella sedang sarapan masuklah dulu sarapan sekali.." pelawa Mak Nab sopan.

"ehh..takpe lah Mak Nab..saya dah sarapan tadi di rumah..saya tunggu diluar aje la.." tolak Zafie lembut.

"takpe masuk aje..sambil tu boleh temankan Bella tu bersarapan.." pujuk Mak Nab.

"hmm..baiklah Mak Nab.." Zafie mengalah.

"masuklah..Bella ada didapur tu..Mak Nab ke belakang dulu..ada kerja yang belum diselesaikan.." Mak Nab meminta diri.

"baik..terima kasih Mak Nab.." jawab Zafie sambil memerhatikan langkah Mak Nab.

Bella masih lagi belum selesai makan.Nasi goreng telur matanya masih berbaki separuh saat Zafie menghampirinya.Melihatkan kelibat Zafie yang makin menghampiri membuatkan Bella sedikit kekok.Mesej dari Zafie malam tadi bermain kembali diingatan.Segan dia saat ini.

"Good morning wife-to-be.." sapa Zafie dengan senyuman yang meleret.

"hmm..good morning.." gugup.Nasi goreng yang baru saja hendak disua ke mulut diletakkan kembali ke dalam pinggan.

"makan apa tu..?minta sikit.." sakat Zafie.

'ape kena dengan mamat ni..hari tu bukan main lagi..belum sedialah..masih sedih la..menyesal la bagai..ni ape kes??buang tabiat ke ape??astagfirullah al-adzim..Bella..Bella..asal fikir yang bukan-bukan ni..elok la tu..sekurang-kurangnya the old Zafie is back..kn ko rindukan dia yang macam ni..' suara hati Bella bertelagah sesama sendiri saat melihatkan perubahan sikap Zafie akhir-akhir ini.

"fikir apa tu??cepatlah suapkan abang..penat dah abang nganga ni.."

Bella tersentak saat mendengar suara Zafie yang seakan sangat hampir dengannya.Dia mengangkat sedikit wajahnya untuk melihat Zafie.Terkejut bukan kepalang dia saat melihat Zafie sangat hampir dengan wajahnya.Mukanya terus merona kemerahan.Perlahan wajahnya dijarakkan sedikit.

"err..err..sorry..ape dia tadi.??" tanya Bella sambil menunduk.Kalut.

"tak dengar ae??abang cakap..Bella makan ape??abang minta sikit..suapkan.." Zafie mengulang lagi soalannya.

"ohh..erm..nasi goreng telur mata..nak??saya cedokkan.." Bella ingin berdiri mengambil pinggan untuk Zafie tapi cepat dihalang oleh pemuda itu.

"takyah susah-susah..kita kongsi je..practice..lebih kurang 2minggu lagi kan kita dah nak kahwin..?" Zafie menyakat.

'gulp..' Bella terkedu.

"err..dah lambat ni..kita ada appointment kan..jom.." Bella mengalihkan topik perbualan.

"ehh..a'ah la..dah lambat ni..jom la.." Zafie terus bangun diikuti oleh Bella.

"Mak Nab..Bella keluar dulu ye.."laung Bella kepada Mak Nab yang berada di belakang.Mak Nab hanya melambai sebagai balas.

______________________________________

Dua minggu sudah berlalu.Lusa status Bella akan berubah.Dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama pujaan hatinya.Persiapan majlis sudah hampir siap sepenuhnya.Segala urusan majlis diuruskan oleh Mak Nab sekeluarga memandangkan Bella tidak punya sedara mara lain selepas kematian kedua ibu bapanya.

Walaupun Zafie adalah kekasih dambaan hati Bella,tetapi oleh kerana status Zafie iaitu seorang duda yang kematian isteri sedikit membuatkan Bella berasa gusar.Zafie yang sekarang sama seperti Zafie yang dulu dia kenal.Tapi dia takut apabila Zafie sah menjadi miliknya nanti,dia kembali dingin sama seperti dia kehilangan Syalina tempoh hari.Ahh..Bella tidak pasti.Apa yang pasti,dia mengharapkan ibu bapanya ada ketika hari bersejarahnya nanti.Rindu dia pada mummy dan daddynya kini hanya tuhan saja yang tahu.Kiriman doa untuk kesejahteraan ibubapanya disana tidak pernah diabaikan.Tanpa sedar Bella menangis kerinduan.Sedang asyik melayan perasaan,telefon bimbitnya berdering.Siapa lagi kalau bukan husband-to-be nya??

on call

"assalamualaikum.." suara dari orang sebelah sana.

"wa'alaikumsalam.." jawab Bella dengan suara seraknya yang baru lepas menangis.

"tengah buat ape tu..??" tanya Zafie lagi.

"tak buat ape-ape..hiks.." tanpa sedar Bella teresak sekali lagi.

"heyy,are u crying??kenapa ni??" tanya Zafie.Suaranya seperti risau.

"hikkss..tt..takk dddee...ppa..papeee.." jawabnya.

"Bella,cuba cerita dengan abang..atau..Bella sebenarnya belum sedia lagi untuk jadi isteri abang..?" Zafie mula serkap jarang.

"ehh..ekhemm!!" Bella membetulkan suara sebelum menyambung ayatnya."bukan sebab kita lah..it's just..hmm..Bella rindukan arwah mummy and daddy..Bel..Bella kalau boleh..hiks..nak..dorang ade masa majlis kita nanti..tap..tapi..hiks.." entah kenapa malam ni Bella diganggu emosi.

"ohh..pasal tu..ingatkan kita tak jadi kahwin..kecut perut abang tadi tau..Bella..dah..jangan sedih lagi..esok kita pergi ziarah kubur arwah,k??kita cerita semua kat diorang..insya-allah mereka mesti gembira lepas dengar suara Bella dan semestinya mereka juga akan bahagia kalau Bella bahagia.dah ye sayang..jangan nangis lagi.." pujuk Zafie.Lembut.Sejuk hati Bella.

"err..awak nak ikut sekali??" tanya Bella.

"panggil ape tadi??awak??tak nak la teman dia esok.." rajuk Zafie.

"opps!!sorry..abang temankan saya esok ye.." Bella menepuk dahi.

"haa..macam tu la..ok..esok kita pergi sama-sama k..lagipun kebetulan esok abang nak pergi ke kubur arwah Syalina juga..Bella temankan abang ye.." suara pemuda itu kedengaran mula berubah serak.

"yela..esok saya temankan..dan mulai sekarang kemanapun abang pergi saya akan temankan..lebih-lebih lagi bila kita dah kahwin nanti..abang nak pergi bilik air pun saya sanggup teman tau.." upps!! Bella menekup mulutnya.Ketelanjuran kata-katanya tadi membuatnya malu sendiri.

"waa..terharunya abang..sejuk sikit hati ni bila dengar sayang cakap macam tu.." kata Zafie.

"err..abang..tanya sikit boleh??" tanya Bella.

"lepas sayang buat abang berbunga tadi..sekarang sayang nk tanya banyak mana pun boleh..ape dia??" kata Zafie semangat.

"hmm..do u love me??" entah kenapa berani pula dia menanyakan soalan itu.

"erm..err..sayang..abang rasa dah lewat ni..kita patut tidur..esok pagi abang jemput sayang k..kita pergi ziarah kubur ibubapa awak and Syalina..ok??see u tomorrow..bye.." Zafie mematikan talian.

end call

Bella agak kecewa dengan Zafie.Entah kenapa,Zafie seperti takut untuk meluahkan perasaannya.Adakah Zafie tidak yakin dengan hubungan mereka?Adakah Zafie sekadar mahu menunaikan amanah Syalina semata-mata?Penat berfikir,Bella tertidur sambil memeluk telefonnya yang tadi diletakkan diatas dada.

tbc..

Izinkan Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now