bab 19

3.2K 4 0
                                    

Zafie duduk bersandar di kepala katil.Wajah Bella yang terlena disisinya dipandang sekilas.Terpancar kepenatan diwajahnya.Percintaan panas mereka tadi kembali muncul dikotak ingatannya.Nikmat yang dirasai tadi tidak dapat diungkap.Tiba-tiba bayangan Syalina muncul dibernaknya.Menyesal kerana tidak mampu memberikan rasa nikmat itu kepada Syalina suatu ketika dahulu.Wajahnya diraup kasar.

Setelah penat duduk,kini Zafie baring semula menghadap Bella disebelahnya dan tubuh kecil itu diraih supaya mendekatinya.Bahu Bella yang terdedah dikucup perlahan.Tangannya menyentuh pipi mulus isterinya."abang sayangkan Bella..tapi jujur..abang masih belum mampu mengikis perasaan bersalah ni terhadap arwah..tapi..demi Bella..abang akan cuba sedaya upaya.
abang tak nak menyesal untuk kali kedua..abang janji..abang akan cuba bahagiakan sayang.." bisiknya perlahan dan tangannya tak lepas dari mengusap pipi isterinya. "abang sayangkan Bella.." bisiknya lagi sebelum bangun melangkah ke balkoni.

Angin malam yang bertiup lembut membuai perasaannya.Laut yang terdampar dihadapannya tetap jelas kelihatan walaupun dalam kepekatan malam.Dia duduk dibalkoni itu sambil menghirup nescafe yang dibancuhnya sebentar tadi.Sudah seminggu mereka berbulan madu di Pulau Tioman itu,dan hampir setiap hari juga mereka ber'malam pertama'.Tapi entah kenapa,malam ini dia sukar untuk melelapkan mata sedangkan dia sangat penat ketika ini.Bella??Dia masih lena diatas katil tanpa berkutik sedikit pun.

Ralit menikmati bayu malam,Zafie mula mengantuk.Jam di telefon bimbitnya dijerling.Sudah pukul 3pagi.Perlahan dia bangun dan menutup pintu balkoni itu dan melangkah ke katilnya.Bella dipeluk erat sebelum dia memejamkan mata dan akhirnya terlena.

_______________________________

"dah siap packing??" tanya Zafie yang baru muncul dari ruang tamu."Belum..jp aeh..sikit lagi ni.." balas Bella sambil tangannya ligat memasukkan kain bajunya ke dalam bagasi.Melihatkan Bella sedang leka,Zafie perlahan menghampiri isterinya.Langkah yang diatur cukup tertib,agar sang isteri tidak perasan kewujudan Zafie dibelakangnya.

Dengan serta merta tubuh itu dipeluk dari belakang." agrhhh!!" jerit Bella."abang niii !!! terkejut Bella tau..haishh!! dia ni..tadi suruh cepat sekarang dia pula yang main-main.." kesal Bella pantas tangannya menyasarkan lengan si suami.Cubitan ketam dihadiahkan disitu. "aawww!! sakit lah.." adu Zafie."haaa..padan muka..sudah la..lepaskan Bel..Bel nk siapkan ni.." rayunya lembut.

Tangan yang melingkari tubuhnya cuba dileraikan.Namun pelukan itu makin kejap.Malas hendak melayankan kerenah suaminya,akhirnya merelakan saja sambil berdiri kaku.Tidak bergerak langsung.

"tadi kata nak kemas..tak jadi ae??" Zafie cuba menyakat.Tapi Bella tetap membatu."aikk!! merajuk ke sayang abang ni??kalau merajuk..emm..macam mana nak buat aeh??" katanya sambil jari telunjuknya mengetuk dagu tanda berfikir.Namun begitu pelukannya tidak juga dilepaskan."alaaaa.. nampaknya kita kena tambah pakej honeymoon untuk semalam lagi la macam ni..sebab abang nak pujuk isteri abang ni dulu..sebab..tak syok la abang nak drive kalau sayang merajuk..tak feel.." cubaan memujuk dari Zafie. "ok la..sayang siapkan packing barang tu..abang tak peluk dah..abang tengok je boleh??ke sayang nak abang tolong??" pujuknya lagi apabila isterinya tidak menunjukkan respon.Pelukannya tadi sudah dileraikan dan kini baju Bella yang bersisa diatas katil dilipat sebelum dimasukkan dalam bagasi milik isterinya.

Kini,giliran Bella pula yang memeluknya dari belakang.Senyum yang dari tadi disembunyikan muncul juga.Mujur dia dibelakang Zafie sekarang ini.Kalau tak kantoi dia sedang mengenakan si suami.Zafie hanya membiarkan pelukan itu sementara tangannya pantas memasukan baju yang terakhir ke dalam bagasi yang sudah penuh.Bella sengaja menguatkan lagi pelukannya.Bau badan suaminya dihidu sedalam yang mungkin.Bau yang menenangkan pastinya.

Dengan satu gerakan pantas Bella kini sudah ditarik untuk menghadapnya.Kini mereka saling berpandangan.Mata saling bertautan.Perlahan Zafie menundukkan wajahnya dan bibir Bella menjadi sasarannya.Lembut bibirnya menekan bibir Bella.Bella pula membalas ciuman itu.Makin lama ciuman itu semakin rancak sehingga mengeluarkan bunyi.Hampir 3minit begitu,mereka melerai ciuman tersebut sebelum mereka semakin jauh.Termengah-mengah keduanya mencari nafas.

"merajuk lagi??" tanya Zafie separa berbisik.Bella hanya menggelengkan kepala."good!!jom,abang dah habis lipatkan baju sayang ni..kita gerak sekarang ya??nanti lambat pula sampainya." sambungnya, kotak suaranya juga sudah kembali normal.Kemudian tangan isterinya ditarik agar mengiringi langkahnya menuju ke lobi.

________________________________

Kereta mereka sudahpun menempuh lebuhraya.Perjalanan untuk pulang ke ibukota mengambil masa lebih kurang 4jam lebih.Bella pula hanya diam sejak tadi.Zafie pula dari tadi memerhatikan isterinya dalam diam.

Bosan dengan suasana yang sunyi,Zafie mula bersuara."sayang??" panggilnya perlahan sambil matanya ralit memandang kehadapan. "hmm??" pendek saja balas Bella."napa diam je ni??ade pape yang tak kena ke??cuba bagitahu abang.." tanya Zafie lagi."ehh..tak ade ape lh..Bel ok..cuma..." balas Bella,sengaja dia tidak menghabiskan ayatnya.Segan mungkin." cuma apa??" tanyanya lagi.Risau dia andai isterinya itu punya sakit dimana-mana.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali."Bella..lapar..dari kat hotel tadi lagi..ingatkan abang nak bawa saya makan kat mana-mana tapi abang tak tunjuk tanda-tanda nak berhenti..." kata Bella sambil memandang suami disebelahnya dengan muka kesian.Zafie juga turut membalas pandangan itu.Kemudian tercetus lah ketawa besarnya.

"hahahahahah..." ketawanya dari tadi.Sampai berair matanya dek ketawa."asal gelak??!" tanya Bella separa merajuk."haha..tak ade lah..napa tak cakap awal-awal..abang ingatkan napa tadi..rupanya lapar.." kata Zafie dengan sisa ketawanya."itu pun lawak ke??" sebal Bella.

Pandangannya dihala keluar.Panggilan dan pujukkan Zafie langsung tidak diendahkan.Kali ini dia betul-betul merajuk.'Cakap lapar pun kena gelak.Tak masuk akal betul' getus hati Bella.

5minit kemudian,Zafie memakirkan keretanya dihadapan sebuah restaurant masakan kampung.Enjin kereta dimatikan.Bella tetap membatu ditempat duduknya.

"sayang..jom.." ajak Zafie lembut." tak nak..tak jadi lapar.." rajuknya. "jom la..nanti sayang sakit macam mana??ok..ok..abang minta maaf sebab gelakkan sayang tadi..abang tak tahan tengok muka comel sayang tu tadi..geram..sebab tu abang gelak.." pujuk Zafie panjang lebar.Mendengarkan itu Bella mengukir senyum.Cair dia dengar pujukkan suaminya seorang ini.

Pintu tempat duduk Bella dibuka.Tangan dihulur kepada isterinya dengan senyuman manis.Bella dengan senang hati menyambut huluran itu.Kedua-duanya melangkah masuk ke restoran tersebut.

"jauh lagi ke perjalanan kita??" tanya Bella sambil menyuakan nasi lemaknya yang berbaki separuh.Zafie yang sedang mengunyah mee goreng menghentikan kunyahan.Matanya memandang wajah dihadapannya."hmm..dalam sejam lebih lagi..sampai lah..napa??" tanya Zafie pula."tak ada ape..penat duduk dalam kereta lama-lama..sakit pinggang.." luahnya jujur.Zafie memberikan senyuman manisnya sebelum menjawab."sayang cuma duduk kat sebelah pun penat??abang yang drive ni pun steady je.." balas Zafie.Bella hanya tersenyum sumbing.Kemudian masing-masing kembali menikmati hidangan yang masih bersisa.15 minit selepas itu,mereka kembali melanjutkan perjalanan.

tbc..

sorry readers kalau bab yang ini agak membosankan..author xde idea la..please vote tau..kalau ade cadangan untuk bab seterusnya,sila tinggalkan cadangan anda diruang komen ye..daaa

Izinkan Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now