Part 1

15.2K 429 51
                                    

"Wehh.. bro. Lama tak nampak. Cuti pergi mana?" Sapa Ilham Wazir. Seminggu tak nampak batang hidung kawan baiknya. Tup tup muncul hari ni.

"Aku ada hal sikit. Release tension." Jawab Izzul Haq selamba.

"Dah lah, aku banyak patient hari ni. Gerak lu dude." Izzul Haq seperti tiada mood mahu bercakap panjang lebar dengan Ilham Wazir. Hatinya masih teringatkan isteri kawannya itu, Amanda Aisyah. Memang payah hendak melupakan sesorang yang disukainya dalam diam. 

Badan diboloskan ke dalam lift. Aras 3 ditekan.

Sebaik Izzul Haq melanuhkan duduk di atas kerusi, pintu biliknya dikteuk dari luar.

"Masuk.!"

Tan Sri Mahmud ditolak masuk ke dalam bilik Izzul Haq. Tan Sri Mahmud adalah salah seorang pesakit saraf berkerusi roda,  yang mendapat rawatan sebulan sekali dengan Doktor Izzul Haq. Biasanya dia ditemani anak lelakinya, Amirul. 

"Assalamualaikum, Tan Sri. Macam mana hari ni?" Tegur Izzul Haq ramah. Punggung diangkat dari kerusi dan menghampiri Tan Sri Mahmud. 

"Walaikummusalam. Dah berapa kali uncle pesan tak payah nak ber Tan Sri bagai. Mati nanti bukan boleh masuk kubur pun title Tan Sri tu." Izzul Haq hanya tersengih menayang giginya yang tersusun rapi. Cermin mata yang sudah terlorot sedikit, diangkat naik ke atas batang hidung. Ibu jari kaki Tan Sri Mahmud digerakkan dengan tangannya.

"Amirul mana? Tak nampak pun?" Izzul Haq melilaukan matanya ke arah pintu.

"Mirul pergi Hong Kong. Ada meeting penting dengan supplier sana." Jawab Tan Sri Mahmud.

"Habis, uncle datang dengan siapa?" Soal Izzul Haq.

"Anak perempuan uncle. Ariana. Ada kat luar tu." Jawab Tan Sri Mahmud.

"Tak pernah tahu pun uncle ada anak perempuan. Kenapa tak suruh dia masuk je." Ujar Izzul Haq lagi.

"Doktor Izzul nak berkenalan dengan anak uncle ke?" Sakat Tan Sri Mahmud. Memang dia berkenankan Doktor Pakar Saraf di depannya ini. Hormatkan orang tua, sopan, yang paling penting tak berlagak. Andai kata dapat bermenantukan Izzul Haq, mahu satu Malaysia dijemputnya.

"Aiisshh.. ke situ pulak Tan Sri ni." Berbahang muka Izzul Haq. Malu diusik Tan Sri Mahmud.

"Tengok tu, Tan Sri lagi."

"Oppss.. tersasul uncle. So, saya tolak pergi bilik rawatan kat sebelah yer." Izzul Haq mula menolak kerusi roda Tan Sri Mahmud ke bilik sebelah melalui pintu sliding di tengah biliknya.

Kaki Tan Sri Mahmud sudah 2 tahun lumpuh. Akibat accident. Dari ujian yang dilakukan, dia yakin Tan Sri Mahmud mampu berjalan kembali. Jangka masa yang diagak untuk sembuh 3 tahun atau mungkin lebih. Bergantung pada usaha dan semangat Tan Sri Mahmud sendiri.

"Ingat Tan Sri, jangan lupa datang fisio tiap-tiap minggu." Pesan Izzul Haq sebelum Tan Sri Mahmud keluar dari biliknya.

"Izzul.. berapa kali uncle nak pesan. No.. Tan.. Sri." Perkatan Tan Sri ditekan. 

Lantas pintu dibuka luas, Izzul Haq menolak kerusi roda Tan Sri Mahmud keluar setelah hampir sejam memeriksa keadaan Tan Sri Mahmud tadi.

"Ariana..!" Tangan dilambai pada seorang wanita yang duduk dibangku.

Terbuntang mata Izzul Haq melihat wanita dihadapannya. Seksi, lepas tu makeupnya... Ya rabbi.. Mesti berkilo bedak yang ditempek. Gincu merah menyala... Seram, tegak bulu roma. Minta dijauhkanlah dipertemukan jodoh dengan wanita sebegini.

"Ariana, ni doktor yang rawat daddy. Izzul Haq." Tan Sri Mahmud memperkenalkan Izzul pada anaknya, Ariana. Kamelia Ariana menghulurkan tangan untuk bersalam.

Izzul Haq hanya mengangguk segan. Telapak tangan digosok-gosok ke belakang leher.

"Maaf." Ucap Izzul Haq sopan.

"Hurmm... susah nak cari lelaki yang tak sentuh tangan I ni. You yang first tau. Not bad. Hensem you ni. Dah ada girlfriend? Or wife?" Soal Kamelia Ariana bersahaja. Tersenyum manis menunjukkan giginya yang memakai pendakap gigi berwarna warni. 

"Hahhh..!! Err.. Belum. I busy tak ada masa nak bergirlfriend ni." Jawab Izzul Haq tergagap-gagap. Terkejut mendengar soalan cepumas wanita badut sarkas depannya. Ayah baik, alim. Anak jauh panggang dari api.

"Ariana.. agak-agaklah nak tanya macam tu. Tak malu ke?" Tan Sri Mahmud menjeling anaknya yang tersengih sengih.

"Alah, apa salahnya daddy. Daddy pun tak cakap sebelum ni yang doktor daddy ni hensem macam pelakon korea." Mata dikerdip-kerdipkan melihat wajah Izzul Haq.

Izzul Haq terasa nak terkencing melihat mimik wajah badut sarkas di depannya. Loya pun ada.

"You cakap tak ada girlfriend kan? Kalau I nak lamar you jadi boyfriend I boleh?" Kamelia Ariana masih cuba mengumpan doktor Izzul Haq di depannya. Terasa seperti dirinya di awan-awangan melihat senyuman Izzul Haq. Bak kata orang, love at first sight.

"Ariana.. awak tu perempuan ingat sikit. Jangan nak malukan daddy." Tegur Tan Sri Mahmud perlahan. Dia pula yang malu dengan sikap selamba anaknya. Kalaulah dia tahu Ariana muka tak tahu malu macam ni, confirm dia tak suruh Arianan temankan.

"Rilekslah daddy, zaman sekarang kan perempuan sikit dari lelaki. Jadi perempuan kenalah berani. Takkan nak harapkan lelaki jer. Kan tuan doktor?" Kening dijongket-jongket ke arah Izzul Haq pula.

"Err... betul tu uncle." Berpeluh-peluh dirasakan. Lagi susah menjawab soalan badut sarkas di depannya dari menjawab soalan peperiksaan.

"Uncle, Ariana. I minta diri dulu. Ada kerja lagi ni." Izzul Haq meminta diri. Sudah malas nak menjawab soalan merepek dari Ariana.

"Owh.. Okay. Can I have your number?" Tanpa segan silu Kamelia Ariana mengeluarkan telefon bimbitnya dan dihulurkan kepada Izzul Haq.

Dengan serba salah, telefon di tangan Ariana diambil. Nombor telefonnya ditekan satu persatu tanpa rela. Hendak ditolak risau jika Tan Sri Mahmud terasa.

"Got it. Thanks." Kamelia Ariana tersenyum puas melihat nombor yang tertera di telefonnya. Mata dikenyit nakal kepada Izzul Haq. Tan Sri Mahmud hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah anaknya.

Izzul Haq melangkah pergi. Sebal hatinya dengan perangai anak Tan Sri Mahmud.

"Ini, kalau tunjuk kat mak confirm lah mak reject awal-awal." Gumam Izzul Haq sambil melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.


*****

CERITA INI JUGA BAKAL DIBUKUKAN UNTUK EKSPO BUKU MALAYSIA BULAN 12 NANTI. JADI SAYA AKAN POST SAMPAI CHAPTER 10 JER.. JALAN CERITA HAMPIR 80% DIUBAH DARIPADA YG ASAL.. ☺

KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit)Where stories live. Discover now