Part 4

6.1K 385 29
                                    

"Alamak..!! Apa minah langau tu buat kat sini?" Lantas badan dibongkokkan, menyorok sedikit di belakang Ilham Wazir.

"Eh, kau kenapa? Tapi ajak aku teman breakfast. Lapar lah, nak pengsan lah. Hey, bro.. dengar tak ni?" Ilham Wazir memandang pelik. Belakang badan Izzul Haq ditepuk kuat.

"Tu, kau tengok kat depan tu. Ariana kan yang bersinglet tu." Balas Izzul Haq masih terbongkok bongkok.

 Mata Ilham Wazir terus tertumpu pada seorang wanita yang bersinglet oren, berseluar jeans.

"Uihh... mengancam betul dia hari ni. Kalau kau tak nak, aku buat bini nombor dua pun okay jugak ni." Ilham Wazir tersengih sengih. Dagu yang berjanggut sejemput dilurut lurut.

"Jangan cari pasal dude. Aku report kat Manda baru kau tahu. Weh.. tolonglah. Aku tak sukalah minah langau tu. Meremang bulu roma aku tengok muka gatal dia tu." Izzul Haq menggosok gosok lengannya. Seriau..

"Apasal pulak. Ok jer. Kau terima jelah, kau pun dah 33 tahun. Nak tunggu apa lagi."

"Kau tengoklah pakaian dia. Mahu mak aku cincang aku hidup hidup bawa balik menantu tak cukup kain, dengan perangai meliuk lentok macam pokok nyoq kena tiup taufan. Hisshh.." mata menjeling Ariana yang sudah menapak menghampiri Ilham Wazir. Kelam kabut Izzul Haq masuk menyorok di bawah meja recepitionist pula. Isyarat zip your mouth diberi pada staff staff di situ yang memandangnya hairan.

"Hai doktor. You ada nampak Izzul Haq tak? I ada bawa bekal nasi lemak kat dia ni. Cari kat atas, diorang cakap doktor Izzul dah keluar breakfast. I cari kat cafe tak nampak pulak." Tegur Ariana lembut.

"You masak ke?" Mata memandang bekal yang dijinjit Ariana di dalam paper bag merah.

"Yelah, I bangun awal pagi tadi nak siapkan nasi lemak ni. You tolong pass kat dia lah. You pun bolehlah makan sekali. Maybe dia mengelak, tak nak jumpa I kot. Kirim salam kat Izzul Haq, cakap I miss him." Paper bag di tangan dihulur pada Ilham Wazir.

Ilham Wazir menyambut dengan riak serba salah. Kasihan melihat wajah Ariana yang kecewa. 

"Thanks doktor. Bye.." Ariana melangkah longlai. Matanya belum rabun. Dia nampak tadi Izzul Haq berada di sisi Ilham Wazir. Sekejap saja Izzul Haq sudah ghaib.

"Terima kasih Ariana. Sedap bau." Ilham Wazir berbasa basi. 

"Welcome." Tersungging senyum paksa di bibir. Tangan dilambai sehingga kelibat Ariana menghilang di sebalik pintu besar Hospital.

"Heyy..! Keluarlah. Dia dah blah." Meja receptionist ditendang sedikit. Izzul Haq menjengukkan kepala. Nafas lega dihembus.

"Nah..! Nasi lemak dia bagi. Kesian aku tengok dia. Monyok, sedih. Apalah kau ni bro. Tak baiklah buat dia macam tu. Kau tengok mata lelaki lelaki lain kat bawah ni. Semua duk ushar Ariana kau. Dia tak heran langsung, yang dia pandang kau je. Kau patut bersyukur tau ada perempuan cantik gila gilakan kau. Pasal pakaian dengan perangai gedik dia tu, kau ubahlah slow slow." Sembur Ilham Wazir seperti peluru berpandu. Paper bag tadi diletakkan di atas meja. Ilham Wazir terus berlalu tinggalkan Izzul Haq termangu mangu keseorangan.

"Lagi satu dia pesan, she miss you." Ilham Wazir berpaling menyampaikan pesan Ariana sebelum langkah kembali diteruskan semula ke kafeteria.

"Dude, kau nak kemana? Makanlah sekali dengan aku." Pelawa Izzul Haq.

"Tak nak lah. Kau makanlah sampai habis. Dia buat kat kau. Lagipun aku dah breakfast kat rumah. Nak tapau nescafe ais jap." Ilham Wazir menolak. Memang dia sudah kenyang.

Izzul Haq meraup rambutnya ke belakang, mata merenung paper bag di depannya. Diambil dan di bawa naik ke tingkat atas. Bau yang terbit dari bekas tupperware, makin menambahkan rasa lapar. 

Penutup tupperware dibuka. Punggung didaratkan di atas kerusi. Perut makin berkeroncong. Tanpa berlengah, nasi disuap ke dalam mulut. 

"Hmmm.. sedap. Entah entah orang gaji yang masak." Ngomel Izzul Haq. Suapan diteruskan sehingga licin bekal yang dibawa Ariana.

"Errkk.. Alhamdulillah." Kenyang perutnya. Berpeluh peluh dirasakan. Agak pedas sambal yang dimasak Ariana.

Tanpa sedar, terukir senyuman di bibirnya. Perangai Ariana yang tak kenal erti jemu memang lain dari yang lain. Sedikit sebanyak hatinya terusik.

Telefon bimbit di dalam poketnya diambil. Aplikasi whats app dibuka. Nama Ariana dicari.

+ Thanks. Sedap nasi lemak tu. ~Izzul Haq~

+ Welcome. You dah makan? Habis? You suka? Nak I masak lagi? I boleh sediakan anytime for you. Tiap tiap pagi pun boleh. ~Kamelia Ariana~

+ No need. You nak I gemuk ke. ~Izzul Haq~

+ Kalau you gemuk pun I tetap suka 💞. ~Kamelia Ariana~

Izzul Haq sudah tidak tahu mahu membalas apa lagi. Dibiarkan mesej Ariana bluetick sahaja.

+ Thanks, you sudi makan nasi lemak yang I masak. I ingatkan you tak sudi. Semakin berkobar kobar semangat I. After this, you makan breakfast yang I masak je ok? Esok you nak makan apa? ~Kamelia Ariana~

+ I tak nak susahkan you. Takkan you nak prepare breakfast kat I hari hari. You tak kerja ke? Lagipun kita bukan ada relationship pun. ~Izzul Haq~

+ I tak kisah Izzul. Susah ke, payah ke anything for you. I belum start kerja lagi. Baru habis study. ~Kamelia Ariana~

+ How old are you? ~Izzul Haq~

+ 24. You? ~Kamelia Ariana~

+ 33. You still young. Ada banyak lagi lelaki yang sesuai dengan you. Kita tak sesuai, Ariana. I tak nak you taruh harapan pada I. ~Izzul Haq~

+ I dont care. Selagi you belum bergelar suami kepada sesiapa, I tak akan give up. Please give me a chance. ~Kamelia Ariana~

Mesej Ariana dibiarkan. Pening kepalanya melayan Ariana. Buat tak layan, nampak dia kejam. Bila dilayan, Ariana melebih lebih pulak.

Kamelia Ariana sudah berguling guling di atas katil. Harinya terasa indah, berbunga bunga hatinya bila Izzul Haq sudi melayannya berwhats app. Mesej Izzul Haq dibaca berkali kali, walaupun tiada ayat yang romantik, tetapi cukup mengujakan dirinya. Bertambah seronok mengenangkan Izzul Haq sukakan nasi lemak air tangannya. 

Walaupun datang dari keluarga berada, dia memang cekap di dapur. Mummynya cukup pantang bila perempuan tak pandai memasak.

"Thank you, mummy..!!" Jerit Ariana kuat. Sekarang baru dia nampak kepentingan pandai memasak. Tidak rugi selalu diketuk dengan senduk. Berbaloi baloi...

                                                


KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit)Where stories live. Discover now