Tutt.. tutt..
"The number you have dialed cannot be reached at the moment.." Suara operator kedengaran.
"Issh.. kenapa tak dapat ni? Tadi dapat." Rungut Ariana. Kaki dihentak-hentak ke lantai.
"Ariana, kenapa ni? Bergegar rumah ni tau." Tegur Puan Sri Kirana.
"Mummyyy..." rengek Kamelia Ariana.
"Apa dia sayang.." Rambut anak gadis kesayangannya disebak ke belakang.
"Doktor daddy ni lah. Dari tadi Ariana call, tak angkat. Lepas tu dia boleh off pulak handphone dia. Geram lah." Bibir Kamelia Ariana sudah memuncung.
"Doktor mana ni? Mummy tak tahu pun. Setahu mummy tak ada lelaki yang berani tolak anak mummy ni." Bahu Kamelia Ariana diusap. Anaknya hanya dua orang Kabir Amirul dengan Kamelia Ariana. Merekalah pengubat hati, pengarang jantung dia dan Tan Sri Mahmud.
"Doktor Pakar Saraf daddy tu, Izzul Haq. Kacak sangat mummy, macam pelakon korea. Tapi kayu lah. Kaku je, malu konon." Lengan mummynya disauk, kepala dijatuhkan ke atas bahu mummynya. Memang anak manja.
"Habis tu mummy nak buat apa? Ariana tackle lah habis-habisan. Ni setakat call tak angkat dah muncung sedepa."
"Hurmm.. Ariana nak pergi hospital lah cari doktor kayu tu. Ariana pergi dulu, mummy." Terus pipi Puan Sri Kirana dicium kiri dan kanan.
"Eh, tak tukar baju dulu ke? Sembur minyak wangi dulu?" Soal Puan Sri Kirana hairan. Selalunya Ariana pantang keluar rumah tanpa tengok cermin dulu. Suka sangat berlawa. Duduk rumah pun bersolek bagai.
"Dah lambat lah mummy. Kan si doktor kayu tu keluar lunch, tak sempat lah Ariana nak ajak dia keluar." Tangan mummynya pula disalam.
Bergegas Ariana berlari anak ke arah kereta dan sempat dicapai beg sandangnya yang sedia tersangkut di tepi pintu. Alarm kereta ditekan. Badan dibawa masuk ke dalam kereta. Enjin turut dihidupkan.
"Bye mummy.." tangan melambai Puan Sri Kirana dari dalam kereta.
"Tu anak awak tergesa-gesa, nak pergi mana?" Tanya Tan Sri Mahmud yang baru muncul dari ruang tamu.
"Err.. nak jumpa kawan." Puan Sri Kirana menipu. Terpaksa demi anak gadis kesayangannya. Tahu suaminya tidak suka perangai Ariana yang suka menggatal dengan lelaki.
"Hurmm.. buatkan abang nescafe." Arah Tan Sri Mahmud. Matanya memerhatikan kereta anak bongsunya yang sudah meluncur keluar dari perkarangan rumah.
Puan Sri Kirana pula mengatur langkah ke dapur. Walaupun bergelar Puan Sri, tetapi dia tidak memerlukan orang gaji. Semua kerja rumah dibuat sendiri. Dari memasak, mengemas rumah hingga ke membasuh baju. Anak-anaknya juga sudah diasuh begitu, diajar berdikari. Tidak dimewahkan dengan wang ringgit. Mesti berusaha untuk dapatkan sesuatu.
"Izzul Haq..!! Doktor.. Izzul Haq..!!" Panggil Ariana kuat. Bergema ruang legar KPJ. Mustahil Izzul Haq tidak mendengar panggilannya.
"Hey, bro. Tu awek panggil kau. Cun tu. Seksi pulak." Ilham Wazir menyiku kawannya di sebelah.
"Hishh.. minah langau ni memang penyibuklah. Aku nak pergi toilet lah. Kalau dia tanya, kau cakap je je aku sakit perut." Izzul Haq berlari ke toilet meninggalkan Ilham Wazir di depan lift.
Mereka baru sahaja keluar dari perut lift untuk pergi makan tengahari. Nasibnya kurang baik kerana terserempak dengan Ariana yang baru melangkah masuk melalui pintu besar hospital.
"You, mana doktor Izzul? Tadi I nampak dia ada. Pergi mana?" Soal Kamelia Ariana pada Ilham Wazir tanpa segan silu.
"Awak ni siapa? Dia sakit perut, baru masuk toilet. Ada apa cari dia?" Ilham Wazir memandang wanita di depannya dari kaki, naik ke pinggang, perut, dada dan ke wajahnya.
'Perfect, cantik. Tapi kenapa si Izzul ni panggil langau. Pelik.. pelik..' Ilham Wazir tersenyum manis.
"Err.. I Ariana. Kawan doktor Izzul. I dah call dia banyak kali tadi nak ajak lunch tapi cannot get through. So, here I am. You.. err doktor Ilham Wazir." Tag nama Ilham Wazir dibaca sekilas.
"Owh.. jom kita ke cafe. Nanti pandai-pandailah Haq tu cari." Pelawa Ilham Wazir.
Langkah diatur ke cafeteria, Ariana mengikut dari belakang. Tempat duduk yang masih kosong dicari. Ariana melabuhkan punggung bertentangan dengan Ilham Wazir. Masing-masing berdiam diri. Sesekali mereka bertukar senyuman sementara menunggu Izzul datang.
"Haq..!!! Sini." Ilham Wazir mengangkat tangan menjerit nama kawannya sebaik kelibat Izzul Haq kelas di matanya. Suasana hingar bingar dan orang ramai di kafe menyukarkan Izzul Haq mencari tempat dimana Ilham Wazir berada.
Terbuntang matanya melihat Ariana ada bersama Ilham Wazir. Ingatkan dah bertapa lama dalam toilet boleh lepas dari minah langau, rupanya tidak. Kaki diatur malas ke arah meja yang dihuni Kamelia Ariana dengan Ilham Wazir.
Kerusi di sebelah Ilham Wazir ditarik dan punggung didaratkan.
"Weh, bro.. aku rasa aku tak boleh join korang lunch lah. Aku balik lunch kat rumah. Wife aku call, dia dah masak. Chow lu." Ilham Wazir tidak mahu menganggu pasangan di depannya. Untung-untung boleh makan nasi minyak hujung tahun ni.
"Hey.. kau agak-agak la nak kelentong pun. Kau jugak cakap tadi Manda dalam pantang kan. Pehal dia masak pulak. Kau jangan nak tinggalkan aku dengan minah langau ni. Seram sioottt..!" Bisik Izzul Haq. Lengan Ilham Wazir ditarik, supaya duduk kembali.
"No.. no... no.. hal korang kasi settle dulu. Aku malas nak ambik tahu. So, bro. Good luck." Mata dikenyit ke arah muka Izzul Haq yang masam mencuka.
"See you, Ariana." Ilham Wazir berlalu. Izzul Haq meraup kasar rambutnya ke belakang. Cuba menenangkan perasaan yang berdebar kencang melihat wanita seksi di depannya. Skirt labuh tetapi terbelah sampai ke atas lutut. Dengan baju tanpa lengan.
"Izzul Haq, you nak makan apa?" Ariana cuba berborak menghilangkan rasa janggal.
"I tak lapar." Jawab Izzul Haq dingin.
"Seriously? Atau sebab you tengok I dah kenyang." Serkap Ariana, kening diangkat-angkat menunggu jawapan Izzul Haq.
"You jangan perasan boleh tak? Listen here Miss Kamelia Ariana. I think I should straighforward with you. First, I tak suka you datang cari I tanpa sebab. Second, I tak suka you terpekik, terlolong jerit nama I. Lastly, please wear something properly. Sakit mata I tahu tak?" Mata tajam menjeling Ariana yang selamba berpeluk tubuh.
"Okay." Sepatah Ariana menjawab.
"What? What do you mean with okay?" Tinggi nada suara Izzul Haq bertanya.
"You nak I jumpa you bila I ada sebab kan. I'm here, because I miss you. You tak nak I jerit nama you kuat-kuat kan, so after this, I akan panggil you dengan nada paling manja. Izzuulll Haqqq..." suara sengaja dilenggokkan. Jari mula menari-nari di atas meja, berlagak menggoda.
"And yang last tu, I janji lepas ni I akan pakai sopan sikit. Now, can we proceed to next level?"
"Huhh..!!" Izzul Haq mendengus kasar. Susah bercakap dengan minah langau yang tak faham bahasa ni. Dah lah rupa macam badut, ingat aku ada hati nak suka dia.
'Next level apa kejadahnya.' Desis hati kecil Izzul Haq.
YOU ARE READING
KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit)
Genç Kız EdebiyatıIzzul Haq, seorang pakar neurologi yang kecundang dalam percintaan. Baginya tanpa cinta, hidup tetap boleh diteruskan. Kepala pun tak serabut. Dua kali gagal membuatkan dirinya dingin, beku dengan perempuan. Cukuplah dua kali hatinya dilukai, cukupl...