"Ariana, bila nak start kerja? Asyik melepak je kat rumah." Tanya Tan Sri Mahmud selepas bersarapan. Dia runsing melihat anak gadisnya seperti tanpa hala tuju. Suratkhabar sudah dilipat.
"Bagi Ariana one month lagi boleh daddy? Nanti Arina tolong abang." Balas Ariana. Pinggan berisi bihun goreng sudah ditolak ke tepi. Kenyang.
"Daddy pegang kata kata Ariana." Kerusi roda automatiknya bergerak ke ruang tamu. Ingin menonton tv.
"Ariana, bagi bekal tiap tiap pagi dekat doktor pakar saraf tu ke?" Soal Puan Sri Kirana. Suara diperlahankan cukup sekadar dia dan Ariana saja yang mendengarnya.
"Yelah, mummy. Dia suka Ariana masak." Balas Ariana gembira.
"Pagi ni, tak hantar ke?" Soal Puan Sri Kirana.
"Hari ni Ariana nak bagi dia bekal lunch pulak. Mummy ada idea tak nak masak apa?" Lengan mummynya dipeluk.
"Mana mummy tahu. Doktor tu pun mummy tak kenal."
"Kalu Ariana masak kari ikan bawal, sambal sotong, sayur kacang buncis dengan sambal belacan ok tak?" Ariana meminta pendapat.
"Hmm.. sedap tu. Jangan lupa singgah office abang sekali. Kalau tak... abang report kat daddy." Kabir Amirul menyampuk. Kepala adiknya digosok kuat.
"Issshhh.. abang ni kacaulah. Abang suruhlah girlfriend abang masakkan. Ni habis rambut adik." Tangan abangnya ditepis geram.
"Abang mana ada girlfriend ni. Ala sekali sekala singgah office abang. Bolehlahhh.." Kabir Amirul mengerdipkan mata berkali kali.
"Yelah yelah. Tapi adik lambat sikitlah. Kena hantar pergi hospital dulu, baru adik pergi office abang pulak."
"Tak kisahlah, janji adik sampai dengan bekal. Abang pergi dululah, mummy." Tangan Puan Sri Kirana di salam. Ariana turut menghulur tangan pada abangnya.
"Ariana masak lebihlah. Tak payah mummy masak dah." Puan Sri Kirana meninggalkan Ariana keseorangan di meja makan. Dia ingin menemani suaminya menonton tv.
Ariana hanya tersenyum. Mulut terkumat kamit menyanyi riang sambil tangan lincah mengemas meja makan. Dia memang rajin menolong Puan Sri Kirana. Sudah layak bergelar isteri bak kata mummynya.
Ariana menjinjit paper beg ke KPJ. Tidak diberitahu dahulu pada Izzul Haq. Hajatnya ingin membuat kejutan pada si jantung hati. Langkah dihayun teratur. Badan diboloskan ke dalam lift, punat nombor 3 ditekan.
Aras 3 kelihatan lengang, mungkin kebanyakan staff dah turun lunch.
'Harap harap Izzul masih ada lah dalam bilik dia.' Doa Ariana di dalam hati. Jam di pergelangan tangan dipandang 11.58 pagi.
"Awal lagi ni." Gumam Ariana.
Pintu bilik yang tertera nama Doktor Pakar Neurologi Izzul Haq diketuk.
"Masuk." Kedengaran suara Izzul Haq dari dalam. Kamelia Ariana tersenyum lebar.
"Hai.." sapa Ariana. Langkah diatur cukup menggoda dengan berdress labuh warna merah. Dah cukup cantik di mata Izzul Haq, tapi yang sayangnya tanpa lengan.
"Assalamualaikum." Perli Izzul Haq. Mata tertumpu semula ke mejanya. Kertas dan fail xray bertimbun di meja. Kerjanya agak banyak, bila ada kes kemalangan mengakibat kematian saraf tunjang semua dirujuk padanya.
"Waalaikummusalam." Jawab Kamelia Ariana selamba. Punggung dilabuhkan ke atas sofa yang bertentangan dengan kerusi Izzul Haq. Bekal yang dibawa diletakkan ke meja kopi. Dikeluarkan bekas tupperware satu persatu.
"Ada apa datang sini? Kenapa tak inform dulu?" Tanya Izzul Haq dingin.
"Saja nak buat suprise, lagipun I call bukan you nak picked up pun kan. Jom makan." Ariana sudah bangun mendekati Izzul Haq. Lengan Izzul Haq yang berlapik kemeja jalur jalur ditarik.
"Eh.. you buat apa ni?" Tangan Ariana di lengannya ditolak kasar.
"I nak ajak you makan lah." Kening diangkat.
"I tahulah nak makan bila. I tak lapar lagi. Lagi satu I tak suruh pun you bawa bekal datang sini. Kalau you rasa you lapar makan je perhabis." Tenang Izzul Haq menjawab. Wajah Ariana langsung tidak dipandang.
"I ingat you suka masakan I. I teringin nak lunch dengan you. I tahu, kalau I ajak you keluar lunch mesti you tolak kan." Punggung disandarkan ke meja kerja Izzul Haq. Wajah yang dirinduinya saban malam diperhati. Segak. Kacak. Macho.
"Tahu tak pe." Balas Izzul Haq perlahan tetapi telinga Ariana masih dapat menangkap butir bicara yang keluar dari mulut doktor kesayangannya.
Duppp.. cukup terasa, hatinya bagai disiat siat. Senyum paksa terukir walau perit.
"That's why, I bawa bekal nak makan sama sama dengan you. Jomlah, nanti sejuk dah tak sedap." Sekali lagi lengan Izzul Haq ditarik lembut. Cuba menenangkan hatinya yang tidak keruan dengan perangai sinis Izzul Haq.
"Miss Kamelia Ariana, you ni memang tak faham bahasa ke? I cakap, I tak.. Lapar... understand?" Tegas. Ariana di sebelahnya dijeling. Meluat.
Terus Kamelia Ariana kaku. Dia tidak mahu kelihatan lemah, tidak akan menitiskan air mata di hadapan Izzul Haq. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan Izzul Haq dia selalu kalah.
Nafas ditarik dalam, cuba menahan perasaan sebak yang mula mencengkam hati.
"Hurmm.. takpe lah kalau you tak lapar lagi. I tinggal bekal kat situ. Nanti you dah lapar you makanlah. Kalau you tak rasa nak makan, bagilah dekat siapa siapa. Jangan buang dalam tong sampah pulak. Penat I masak untuk you tahu." Ariana mengoyak senyum, walaupun senyumannya palsu.
"Bukan I suruh pun." Jawab Izzul Haq sengaja. Cuba membakar perasaan Kamelia Ariana.
"I yang nak masak untuk you, ikhlas. I tak harapkan apa apa dari you. I suka bila you puji nasi lemak I." Balas Ariana.
"You ingat I nak puji lagi masakan you. Macam tu? Oh, please lah Ariana. Wake up..! I dont like you..!!" Nada suara Izzul Haq sudah tinggi. Serabut dengan kerja bertimbun, serabut dengan minah langau ni lagi.
"I dah cakap tadi I ikhlas. Maybe you banyak kerja hari ni. Next time, I datang lagi. Jangan biarkan perut kosong nanti masuk angin. I pergi dulu. Assalamualaikum." Kamelia Ariana bergegas berlalu pergi, nasibnya tidak baik hari ni. Sungguh sakit hatinya. Pintu bilik Izzul Haq dibuka, mata mengerling Izzul Haq yang langsung tidak mahu memandangnya. Kaki melangkah keluar, pintu kembali ditutup perlahan. Perasaanya cuba dikawal sebaik mungkin.
"Say no to white flag Ariana." Yakin Izzul Haq akan jadi miliknya satu hari nanti.
Izzul Haq menyandarkan badannya ke kerusi. Dia terpaksa bertegas. Itu saja cara supaya Ariana tak menganggunya lagi. Aroma makanan yang terhidang di meja sungguh menarik seleranya. Perlahan lahan kepala digeleng.
"Ariana.. Ariana.."
YOU ARE READING
KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit)
Chick-LitIzzul Haq, seorang pakar neurologi yang kecundang dalam percintaan. Baginya tanpa cinta, hidup tetap boleh diteruskan. Kepala pun tak serabut. Dua kali gagal membuatkan dirinya dingin, beku dengan perempuan. Cukuplah dua kali hatinya dilukai, cukupl...