Kereta di parking masuk ke basement Keringat Berhad. Telefon bimbit dari dalam handbag dikeluarkan. Nombor Amirul didail.
"Hello abang, adik dah ada kat bawah. Abang turunlah ambil bekal ni."
"Adik bawak naik atas lah. Abang banyak kerja ni."
"Alah, malaslah." Ariana sudah merungut.
"Pleaseeee..." Amirul sengaja meleretkan suaranya. Merayu.
"Ermmm... yelah.." Ariana mengalah. Memang lemah bila abangnya merayu macam tu.
Hati memprotes tetapi diturutkan juga permintaan abangnya. Mood kurang baik sejak berjumpa dengan Izzul Haq tadi.
"Encik Amirul ada?" Soal Kamelia Ariana pada PA abangnya.
"Cik siapa? Encik Amirul sibuk. Nak jumpa kena set appointment first." Wajah Ariana dipandang sinis. Kuku di jari di belek belek. Kaki disilang menampakkan betisnya yang licin.
"Cakap dengan Encik Amirul, adik dia dah sampai." Perkataan 'adik' ditekan sedikit. Geram dengan PA abangnya yang berlagak bagus.
"Owh.. maaf cik. Silakan masuk." Kerusi ditolak ke belakang, Alisha gelabah bangun dan membukakan pintu CEO, En Kabir Amirul pada Ariana. Muka ditunduk segan kerana terlepas laku.
"Miss PA lain kali jangan berlagak sangat. Just do your job if you dont want to get fired." Tegas amaran Ariana. Cukup pantang dengan perempuan yang kerja sambil lewa macam tu.
"Maaf cik." Alisha sudah seram sejuk. Berpeluh telapak tangannya.
Kamelia Ariana membalas dengan jelingan. Dah la panas hati dengan Izzul Haq tak habis lagi. PA abang dia pulak cari pasal.
"Why adik? Muka macam cuka basi je?" Langkah di atur ke sofa di sebelah adiknya.
"PA abang tu berlagak sangat. Menyampah." Badan disandarkan ke sofa, mata dipejam. Tangan naik berpeluk tubuh, cuba menenangkan perasaan yang bercelaru.
"Ni bukan sebab PA abang je kan? Let me guess. Izzul Haq? Dia tak suka adik bawa lunch kat dia?" Raut wajah adiknya diperhati.
"Macam mana abang tahu?" Mata yang terpejam terus terbuka luas.
"Abang rasa adik kena tukar strategi lah. Izzul Haq tu jenis lelaki dulu dulu kot, dia tak suka perempuan yang kejar dia. Dia nak, dia yang mulakan dulu. Cuba adik buat tak tahu kat dia." Kabir Amirul memberi cadangan.
"Masalahnya sekarang ni, dia tak suka adik. Kalau adik buat tak tahu, dia bukannya kisah pun. Entah entah lagi seronok." Bibir dimuncungkan.
"Mana adik tahu. Adik belum cuba." Kening diangkat angkat.
"Adik dapat rasa dia tak suka adiklah. Adik nak buat macam mana lagi supaya dia jatuh cinta kat adik? Abang tolonglah..." lengan Amirul digoncang goncang.
Tokk. Tokk.. Pintu bilik dikuak dari luar.
"Weh... jom lunch." Tegur seorang lelaki berkemeja coklat.
"Sorry bro, adik aku bawa bekal untuk aku." Balas Amirul sambil menunjuk bekal di atas meja.
"Adik kau?" Kening diangkat memandang Kamelia Ariana.
"Adik, ni ketua engineer syarikat kita. Mikael."
"Adik aku, Ariana." Amirul memperkenalkan adiknya dengan kawan baiknya.
"Hai, nice to meet you." Mikael menghulurkan tangan sambil tersenyum manis.
"Haii.." tangan Mikael disambut. Mikael terus mengucup belakang telapak tangan Ariana. Gaya seperti playboy.
Kalut Ariana menarik tangannya, sangkakan bersalam biasa.
"Agak agak lah, adik aku pun kau nak try ke." Kabir Amirul menumbuk perlahan bahu kawannya.
"Aku tak tahu kau ada adik cantik macam ni. Kalau aku tahu dah lama aku suruh mama aku masuk meminang." Mata tak lepas memandang Ariana.
"I'm sorry. I'm single but not available. Encik Mikael salah orang ni. Abang, adik balik dulu lah. Panas. Jangan lupa makan tau." Tangan abangnya disalam, terus berlalu tanpa melihat wajah Mikael yang tersengih sengih. Geli.
"Sorry lah bro. Adik aku memang macam tu. Kepala angin sikit." Terang Amirul.
"Tak apa. Aku faham. Aku ni engineer cabuk je takkan dia nak pandang kan. Aku keluar lunch dulu lah." Bahu Amirul ditepuk perlahan.
"Kau lunch dengan aku lah. Banyak ni adik aku masak. Meh lah, tak payah nak segan segan." Lengan Mikael ditarik supaya duduk di sofa.
"Adik kau masak semua ni?" Bersinar mata Mikael memandang lauk pauk yang terhidang. Cukup membuka seleranya.
"Dia tu memang pandai masak. Tapi bila rajinlah." Tangan mula ditadah, doa makan dibaca.
"Eh, tadi adik kau cakap dia tak available. Dia dah ada special boyfriend ke?" Mikael masih belum puas menyiasat mengenai Ariana.
"Belum, tapi dia ada minat kat seorang doktor ni. Doktor tu pulak duk jual mahal."
"Oohh.. aku ada chance lah kan." Hatinya kembali berbunga bunga. Cerah harapannya.
"Kau? Kau nak jadi adik ipar aku?" Jari ditunjuk ke arah Mikael.
"Kenapa? Tak boleh ke? Sebab aku bukan anak dato? Anak Tan Sri?"
"Kau tanya soalan macam baru kenal aku semalam. Nak kena hempuk ke? Aku tak kisah, kalau adik aku on. Aku ok jer. Lagipun aku tahu kau macam mana. Jangan nak main mainkan adik aku sudah."
"Aku tahulah. Kau ni. Makanlah.. sedap ni." Suapan diteruskan. Untung kalau dapat Ariana. Cukup package. Pandai masak, cantik and smart.
"Kau boleh bagi nombor phone adik kau tak?" Soal Mikael, selepas mereka makan.
"Kau nak nombor dia, kau kena mintak sendiri lah. Aku tak nak masuk campur." Amirul bangun melangkah ke bilik air. Tangan dibasuh di dalam singki.
"Bila adik kau nak datang sini lagi?" Mikael membuntuti dari belakang.
"Yang tu aku tak pasti. Tapi tak silap aku lagi sebulan dia masuk kerja sini, as a new Architect."
"Oraitt..!!" Pelbagai startegi mula diatur dalam kepalanya.
"Jomlah solat dulu." Ajak Amirul. Mikael hanya mengangguk.
Mereka menuju ke surau di tingkat dua. Walaupun sibuk bekerja, perkara yang wajib tidak pernah ditinggalkan. Supaya rezeki dan hidup mereka diberkati. Itulah arahan Tan Sri Mahmud kepada semua pekerja beragama Islam di Keringat Berhad.
YOU ARE READING
KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit)
Chick-LitIzzul Haq, seorang pakar neurologi yang kecundang dalam percintaan. Baginya tanpa cinta, hidup tetap boleh diteruskan. Kepala pun tak serabut. Dua kali gagal membuatkan dirinya dingin, beku dengan perempuan. Cukuplah dua kali hatinya dilukai, cukupl...