Part 7

7.1K 409 63
                                    

Hari minggu sungguh bosan dirasakan. Daddy ikut abang golfing. Mummy ke rumah Datin Suraya, selang sebuah rumah dari rumahnya. Tinggal dia keseorangan di rumah. Kalaulah Izzul Haq sudah sah menjadi miliknya, alangkah indahnya dunia. Badan mula berguling guling di atas katil. 

"Rindunya kat awak Izzul Haq." Keluh Ariana.

 Sudah dua hari, dia menyepikan diri mengikut nasihat abangnya. Izzul Haq langsung tidak mencarinya. Sedih, bertepuk sebelah tangan. Telefon bimbit di atas meja dicapai. Aplikasi whats app dibuka. Dilihat last seen Izzul Haq, seminit yang lalu.

"Errmm.. kacau dia lah."

+ "Meeting you was fate, becoming your friend was choice, but falling in love with you was completely out of my control." Send

5 minit..

8 minit..

10 minit..

Langsung tiada balasan.

Ariana mencuba ayat baru.

+ "If I could reach up and hold a star for every time you've made me smile, the entire evening sky would be in the palm of my hand." Send

Masih tiada balasan.

+ "If a kiss was a raindrop, I'd send you a shower. If a hug was a second, I'd send you an hour. If a smile was water I'd send you the sea. If you needed love, I'd send you me." Send

+ "Sometimes your nearness takes my breath away, and all the things I want to say can find no voice. Then, in silence, I can only hope my eyes will speak my heart." Send

+ "Love is patient, love is kind, and what our loves express is true. No amount of tragedy can tear, or break the love I have for you." Send

Kesemua mesej cintanya langsung tidak di baca oleh Izzul Haq. Dibiar double grey tick sahaja.

Kamelia Ariana mengeluh hampa.

 Biippp.. biippp..

Bunyi pesanan masuk.

+ Tak ada kerja ke. ~Izzul Haq~

Ariana tersengih lebar melihat mesejnya sudah dibaca Izzul Haq.

+ I miss you. ~Kamelia Ariana~

Luah Ariana berani. Tiada balasan dari Izzul Haq. Ariana sudah dapat mengagak. Tak mungkin Izzul Haq juga rindukan dia.

+ You free hari ni? ~Kamelia Ariana~

+ Why? ~Izzul Haq~

+ I nak ajak you tengok movie. Nak? ~Kamelia Ariana~

+ Movie apa? ~Izzul Haq~

+ The curse of sleeping beauty? ~Kamelia Ariana~

+ Boring. ~Izzul Haq~

+ Habis tu you nak tengok apa? I follow. ~Kamelia Ariana~

+ Sure? ~Izzul Haq~

+ 100% SURE. ~Kamelia Ariana~

+ Assassins Creed. Boleh? ~Izzul Haq~

+ Anything for you. Janji you sanggup keluar dengan I. ~Kamelia Ariana~

+ So kita jumpa dekat Queensbay mall around 2 pm. ~Izzul Haq~

+ Ok.. cant wait. 😘 ~Kamelia Ariana~

Izzul Haq masih tersenyum senyum membaca mesej jiwang karat Ariana. Dia juga tengah kebosanan sebenarnya. Bila Ariana mesej ajak keluar, ibarat tengah mengantuk disorongkan bantal. 

"Manalah dia dapat ayat ayat macam ni." Kepala di geleng geleng.

                                                     


"Dah lama ke you sampai?" Soal Izzul Haq. Mereka sudah berjanji berjumpa di Marry Brown.

"Almost 10 minutes. Sit." Ariana mempelawa Izzul Haq duduk. Mahu terjojol anak matanya melihat Izzul Haq. Tanpa kemeja, tie and spec. Memang berbeza. Makin kacak. Hanya bertshirt kolar dengan jeans lusuh, tidak melihatkan dirinya seperti seorang doktor pakar langsung.

"Why? Something wrong with me?" Izzul Haq menelek badannya sendiri.

"No. Just... Err.. you look handsome." Puji Ariana.

"Owh.. thanks. Habis tu sebelum ni, I tak hensem ke?" Izzul Haq tersenyum melihat wajah Ariana sudah berbahang malu.

"Hari ni extra hensem." Jawab Ariana tersipu sipu, mukanya ditundukkan. 

Terlepas gelak dari mulut Izzul Haq. Kamelia Ariana mengangkat keningnya. Pelik, tiba tiba Izzul Haq ketawa.

"Tak pernah I lihat you malu sebelum ni. First time ni." Izzul Haq merenung Ariana. Cantik bertshirt pink dengan jeans. Simple, yang paling penting tak seksi sangat walaupun tshirt tu body fit.

"Jomlah. Dah dekat pukul 2 ni. Tadi I tengok show 2.15. Tapi I tak beli lagi tiket." Ariana bangun berdiri.

"Tak apa, hari ni I belanja sebab you sanggup tengok movie yang I pilih." Izzul Haq berjalan beriringan dengan Kamelia Ariana. 

Bila bahu mereka bersentuhan, Izzul Haq menjarakkan dirinya. Wangian yang terbit dari rambut Ariana membuaikan. 

"Bahaya. Syaitonnn..!!" Ngomel Izzul Haq. Dalam hati mula beristighfar berulang kali,

"Apa?" Ariana bertanya. Dia lihat mulut Izzul Haq terkumat kamit, tetapi langsung tidak didengarinya.

"Tak ada apa apa lah. You tolong beli air mineral boleh?" Izzul Haq menyuakan duit rm20 sekeping kepada Ariana.

"Air dengan popcorn, biar I yang belanja." Kamelia Ariana menolak duit Izzul Haq.

Sepasang mata memerhati gelagat pasangan itu dari tadi. Dihampiri Ariana yang sedang beratur membeli popcorn.

"Hai, Ariana. What a coincidence." Tegur Mikael bersahaja.

"Eh.. Mikael kan. You sorang?" Tanya Ariana. Cuba berlagak selamba, walaupun dalam hatinya menyampah melihat senyuman di bibir Mikael.

"No, dengan adik I. You dengan siapa?" Tidak sabar Mikael mahu mendengar jawapan dari mulut Ariana.

"Kawan." Belum sempat Ariana membuka mulut, Izzul Haq sudah menjawab sepatah. Ariana tidak sedar bila Izzul Haq sudah berada di sisinya.

"I'm Mikael." Tangan dihulur pada Izzul Haq.

"Izzul Haq." Tangan Mikael disambut, bertaut erat. Terasa kekok dengan pandangan tajam Mikael.

"Hurmm.. Okay lah, we got to go. Wayang dah nak start. Bye." Pantas Ariana menarik lengan Izzul Haq ke arah pawagam.

"Ariana, tolong jaga batas you. Kita bukan mahram. Kalau berlapik, I tak kisah sangat." Izzul Haq menegur Ariana yang menarik lengannya tanpa lapik.

"Ops sorry." Ariana menekup mulutnya. Comel.

"It's okay. Siapa Mikael tadi?" Tertimbul tanda tanya bila melihat Mikael seperti hendak menelannya hidup hidup.

"Kawan abang I. I pun baru jumpa dia sekali kat office hari tu. Tak payah layanlah. Rimas lah dengan dia tu." Luah Kamelia Ariana. Izzul Haq hanya mengangguk. Tiada niat masuk campur. Lagipun Ariana bukan special girlfriendnya. Hanya sekadar mengisi kekosongan harinya.


KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit)Where stories live. Discover now