Part 3

6.3K 314 17
                                    

Tokkk.. tokkk..

"Masuk.!" Laung Izzul Haq lantang.

Pintu biliknya dikuak dari luar. Seorang pekerja wanita di tingkat bawah melangkah masuk.

"Doktor, ni ada bungkusan untuk doktor." Staff bahagian receptionist memberi satu bungkusan sederhana besar kepada Izzul Haq.

"Siapa beri?" Soal Izzul Haq. Mata memandang hadiah berbungkus cantik dengan pembalut berbentuk hati berwarna merah darah.

"Entah, lepas lunch tadi saya tengok dah ada atas meja kat depan tu. Ada nama doktor je kat depan ni." Jawab pekerja wanita itu

"Errmmm.. tinggal jelah kat situ. Nanti saya ambil." Izzul Haq meneruskan kerjanya membelek fail pesakit. Meneliti report yang telah dibuat.

Selesai sahaja semua kerjanya, bungkusan tadi dicapai. Dibelek belek tetapi tiada nama pengirim. Pembalut yang bercorak hati itu terus dikoyak.

Terpampang dua kotak coklat di dalamnya. Siap beriben bagai. Rasanya dia boleh agak siapa yang bagi. Sepanjang hidupnya tak pernah lagi menerima hadiah berbentuk coklat. 

'Ni mesti minah langau tu.'Bisik hati lecil Izzul Haq.

Lantas telefon bimbit di hujung meja dicapai. Nombor telefon Kamelia Ariana di dail.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikummusalam. Wahh.. macam mimpi doktor Izzul Haq call I." Suara Ariana kedengaran teruja.

"Iyelah tu. I nak tanya you ni, you ke yang bagi hadiah coklat?"

"Yes. You suka tak? I tempah special untuk doktor kesayangan I." Terdengar gelak kecil suara Ariana di hujung talian.

"Miss Kamelia Ariana, for your info I tak suka coklat. I hated it." Tegas suara Izzul Haq. Dengan minah langau ni tak boleh berlembut sangat.

"Then, you suka apa?" Kamelia Ariana masih cuba menagih cinta Izzul Haq yang keras hati.

"I suka kalau you tak kacau I lagi. Rimas..!!" Makin tinggi suara Izzul Haq melepaskan kemarahan.

"Sorry, yang tu I tak boleh buat. I tak boleh nak bernafas kalau I tak tengok atau dengar suara you dalam sehari. I cannot help." Lemah suara Kamelia Ariana. Rasa agak tercabar untuk melembutkan hati Izzul Haq yang beku.

"Lantak you lah. Yang I tahu, you jangan muncul depan I lagi. Jangan call I." Telefon terus dimatikan. Menyesal menelefon minah langau tu. Sakit hatinya.

Kamelia Ariana merenung telefon bimbitnya. Terngiang-ngiang suara Izzul Haq ditelinganya. 

'Benci sangat ke doktor Izzul tu dengan aku? Apa kurangnya aku ni?' Cermin di dalam bilik dihampiri. Direnung wajah sendiri yang terpantul dari dalam cermin. Diperhatikan bentuk badannya yang hanya bersinglet putih dan berseluar pendek paras peha.

"Hurmm.. aku kurus sangat ke?" Terlepas keluhan dari bibir Ariana. Jari menekan tulang bahu yang kelihatan.

Izzul Haq pula terus menyandarkan belakang badannya ke kerusi. Nafas dihela dalam. 

"Baru semalam jumpa, hari ni dah beri coklat. Esok-esok tak tahulah apa yang dia buat pulak." Gumam Izzul Haq sendirian dengan mata masih terpaku pada coklat di atas mejanya.



"Adik.. menung apa tu? Abang panggil dari tadi tak dengar ke?" Amirul duduk di sisi adiknya yang termenung di depan kolam ikan di halaman rumah.

"Hurmm.. abang. Adik tak perasan. Bila abang balik dari Hong Kong?" Wajah cuba diceriakan, senyum paksa terukir menghadap abangnya.

"Semalam, dah lewat malam. Adik pun dah tidur. Abang tak nak lah kejutkan." Balas Kabir Amirul.

"Adik ada problem ke? Wanna share with me?" Pelik biasanya payah melihat Ariana termenung. Kamelia Ariana seorang yang ceria dan mudah tersenyum.

"Abang kenal tak doktor Izzul Haq?" Soal Ariana berterus terang.

"You mean, pakar saraf daddy? Why?" Soalan berbalas soalan.

"I think I'm falling in love with him. But he does not like me." Kamelia Ariana melepaskan keluhan perlahan.

"Adik kan pakar nak mengayat lelaki. Takkan hal macam ni pun nak stress." Bahu adiknya yang monyok diusap.

"He's not like other men. Abang rasa dia macam mana? Adik tak tersenarai dalam taste dia ke?" Mata memandang wajah abangnya. Serabut kepala memikirkan pasal Izzul Haq.

"Entahlah. Abang pun baru kenal dia sejak teman daddy buat check up. Maybe adik kena usaha lebih sikit kot." Balas Kabir Amirul. Dia memang kurang arif pasal hati dan perasaan. Kalau tidak, masakan sampai sekarang dia masih sendirian.

"Dia tak suka adik bagi hadiah coklat. Dia tak suka adik kacau dia kat tempat kerja. Dia tak suka adik call dia. Habis tu adik nak buat apa? Adik buntu lah bang.." lirih suara Kamelia Ariana.

"Apa kata adik tunggu dia habis kerja, ajak dia dinner or watch movies. Cuba jangan nampak desperates sangat. Tunjuk selamba, buat tak kisah sangat. Dia bukan tahu pun dalam hati adik kan." Kabir Amirul memberi cadangan.

"Adik tak bolehlah kalau tak tengok dia sehari, adik jadi gelisah. Tak boleh nak tidur." Sekali lagi Kamelia Ariana mengeluh. Berat sungguh bebannya.

"Memang adik abang ni dah parah." Kabir Amirul menggelengkan kepala, dia sendiri tidak tahu cara menolong adiknya.

Ariana membuang pandang. Jam di dalam rumah dipandang sekilas. Lantas idea datang menerpa.

"Adik nak bersiap lah, dah dekat pukul 4 kan. Nak tunggu dia balik kerja. Nak follow dia." Tiba tiba mood Ariana berubah.

"Aihh.. dah ok ke? Tadi punyalah monyok. Good luck dik..!" ucap Amirul melihat adiknya yang kelam kabut memanjat tangga naik ke tingkat atas.         


                                         

Kamelia Ariana mengintip dari dalam kereta. Menunggu di bahagian luar pagar hospital. Parking staff kelihatan semakin lengang.

"Mana Izzul Haq ni? Tak balik lagi ke?" Stereng kereta diketuk ketuk. Terasa masa lambat berlalu.

Kereta Ford Fusion putih meluncur keluar. Ariana sempat melihat, Izzul Haq di dalamnya. Pantas saja, dia mengekori dari belakang. Ingin mengetahui lokasi rumah pengarang jantung hatinya. Tidak pernah pun sebelum ni dia jatuh cinta kepada mana mana lelaki. Hanya sekadar suka suka dan mengisi masa lapang yan terluang. Memang benar cinta tak berbalas menyakitkan. Tapi dia takkan mudah mengalah. Selagi Izzul Haq belum bergelar suami pada mana mana perempuan selagi itulah dia akan mencuba. Itu tekadnya di dalam hati.

Signal diberi ke bahu jalan bila kereta Izzul Haq sudah selamat masuk ke dalam sebuah rumah semi d dua tingkat. Berbaloi usahanya. Gambar curi diambil, Izzul Haq yang baru keluar dati kereta dan Izzul Haq yang sedang menutup pintu pagar. Boleh dibuat ubat tidurnya di malam hari.

"Ariana kau memang dah kronik." Gumam Ariana sendiri. Kepalanya diketuk sedikit sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

Bak kata orang, tak dapat tengok tuan badan. Dapat tengok bumbung rumah pun dah berbaloi. Lama Ariana termenung di dalam kereta. Mata tunak menghala pada rumah Izzul Haq. 

"Kalaulah.. aku dapat jadi isteri dia." Angan angan sudah memenuhi kotak fikirannya. Sekejap tersengih, sekejap berkerut raut wajahnya. Hampir 15 minit berangan angan, nafas dihela dalam.

"Don't give up, Ariana." Hati mengingatkan akal.



KAU MR BEKU, AKU MISS GEDIK (sudah terbit)Where stories live. Discover now