Episode 3

1.1K 20 0
                                    

“Hati-hati!” Ardiana menarik tangan Eric dengan pantas sebelum sempat lelaki itu terjatuh ke dalam longkang yang berada di hadapannya. Sudahlah longkang itu besar, tinggi pula tu. Kalau jatuh, memang masuk hospital dia hari ini.

“Terima kasih, tapi macam mana awak nak tahu saya nak jatuh?” soal Eric agak pelik. Dia memang nampak longkang itu. Memang dia sudah biasa dengan longkang tersebut, kalau tidak kerana seseorang yang melanggarnya dari belakang, sudah tentu perkara tersebut tidak terjadi.

“Instinct!” Ardiana sekadar tersenyum lalu melangkah meninggalkan Eric terpinga-pinga. Dia langsung tidak memahami maksud di sebalik sepatah perkataan itu. Sudahlah semasa gadis itu menyentuh tangannya sebentar tadi, seperti ada arus elektrik yang mengalir ke dalam badannya. Uitt! Penangan apakah ini? Detiknya sendiri.

“Woooo!!! Ini dah lebih dah ni, sampai pegang-pegang tangan segala,” Ferhad tiba-tiba muncul entah dari mana. Eric sekadar mencebik. Malas nak melayan teman karibnya yang seorang itu. Suka sangat buat spekulasi yang bukan-bukan. Dia melangkah berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Hari ini dia ada temujanji dengan nendanya untuk makan malam di salah sebuah hotel milik keluarga mereka.

“Eric! Aku tak puas hati la, apa hubungan kau dengan minah tu? Kau jangan tipu aku la, mustahil kau tak ada apa-apa hubungan dengan dia,” Ferhad merengus. Geram. Sakit hatinya bila gadis itu lebih suka melayan Putera Eric Zulkarnai yang dikenali sebagai lelaki tiada perasaan di kampus berbanding dengan dirinya, hero sepanjang zaman, lelaki yang paling terkenal di kalangan gadis-gadis.

“Weh, nama dia pun aku tak tahu, inikan pula nak ada hubungan, kau gila ke apa?” Eric meletakkan buku-buku yang dipegangnya di atas bumbung kereta Nissan Fairlady putih miliknya.

“Nama dia pun kau tak tahu? Nak menipu pun agak-agak la, siapa yang tak kenal dengan Putri Ardiana Aryasha yang sombong tu, yang tak suka berkawan, yang suka menyendiri, yang tak pernah senyum pada orang lain, kecuali dengan kau! Aku rasa semua student kat kolej ni kenal dengan dia, harap muka je cantik, tapi sombong gila!” Ferhad melepaskan segala rasa marahnya pada gadis itu. Tidak mungkin dia melupakan wajah gadis yang pernah menolak pelawaannya mentah-mentah apabila dia melamar gadis itu sebagai teman wanitanya.

“Aku rasa kan, kau sebenarnya yang ada hubungan dengan dia, semua benda pasal dia kau tahu!” Eric membuka pintu kereta. Bukunya yang berada di atas bumbung dicampakkan ke dalam kereta di bahagian duduk penumpang di sebelah pemandu.

“Nama dia pun Putri jugak ek? Cantik! Macam tuan dia!” Dia sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta. Tiba-tiba dia tersenyum bila mindanya mula terbayang wajah gadis itu.

KEABADIAN CINTA  (ERIC & ARDIANA)Where stories live. Discover now